Saturday, August 31, 2013

Bersediakah??

Hati dan diri berbicara soal sedia

Hati : Bersediakah untuk mati??
Diri : Bagaimana amal ku? Tidak mungkin aku sudah siap.
Hati : Tapi itu pasti.
Diri : Aku masih mencari dan terkejar amal-amal itu


Sunday, August 18, 2013

Half of Me..

If you do not feel the pain, the tragic and the sufferance of this ummah, you are not part of it

Mr. Bie-Separuh Aku

CATATAN DOKTOR MEDAN RAB3AH ADAWIYYAH

Hospital Medan Rabaah
Sebagai salah seorang peserta demonstrasi yang telah biasa
berkhemah di Rabaah, saya memang berada di situ sejak Rabu pagi. Seawal
jam 6 pagi, arahan dikeluarkan kepada semua agar meninggalkan khemah dan
berada di dataran, dan sudah ada tanda-tanda kecemasan. Sekitar jam
6.30 pagi, saya mula mengalami masalah dengan isyarat talian internet
menyebabkan saya termangu-mangu, dan ketika saya tiba di belakang “Tiba
Mall” jam 6.40 pagi, barulah saya menyedari serangan telah bermula
dengan lontaran bertalu-talu gas pemedih mata yang dilontarkan tepat
ke tengah-tengah kawasan di mana peserta demonstrasi aman duduk.
Dalam tempoh beberapa minit, saya dapat melihat mangsa pertama dilumuri
darah dari luka yang parah di tangan yang kelihatannya telah melibatkan
sebahagian besar otot tangan kanannya. Sebagai pakar bius dan
pakar perubatan kecemasan (critical care physician), saya mengambil
keputusan untuk menawarkan diri bertugas di hospital Medan Rabaah
sejak awal perhimpunan diadakan, iaitu selepas Presiden Morsi digulingkan.
Hospital medan agak tersusun. Ia barangkali telah belajar daripada dua
episod pembantaian lepas.
Walaubagaimanapun mangsa bertali arus masuk dan dengan segera,
keadaan menjadi kelam kabut. Saya tidak merasai sendiri pengalaman
ketika pembantaian “Republican Guards’ atau pembantaian Al-Azhar,
maka saya berasa sangat terkesan melihat betapa ramainya mereka yang
mengalami kecederaan pada hari ini.
Dalam masa kurang dari 3 jam, hospital dan ruang-ruang dewan
berhampiran hampir penuh dengan mayat dan mereka yang cedera.
Kecederaan yang dialami adalah sama ada dari peluru tabur (birdshot)
kepada peluru hidup (live bullet).
Kebanyakan luka dari peluru hidup dijumpai di bahagian atas badan
dengan sebahagian besarnya di kepala dan leher yang langsung
mengakibatkan kematian.
Sekitar jam 10-10.30 pagi, gas pemedih mata mula dilemparkan ke
arah hospital, menyebabkan udara sekitar amat melemaskan dan semua
kakitangan hospital mula memakai topeng mulut. Oleh kerana saya tidak
berdaftar di hospital tersebut, saya tidak mempunyai bekalan topeng.
Sukar bernafas, saya tinggalkan aras pertama, aras di mana pesakit
diterima, dan cuba naik ke aras kedua
untuk mencari topeng tersebut di bilik
bekalan.
Di aras kedua, saya terjumpa sebuah bilik di mana kaum ibu membawa
anak-anak kecil mereka berlindung dari asap pemedih mata yang cukup
pekat itu. Saya akhirnya hanya menjumpai topeng biasa dan bukan
topeng yang dapat melindungi dari asap pemedih mata.
Saya menyambung tugas membantu mangsa-mangsa baru yang tiba di
hospital, tetapi keadaan semakin teruk
dengan pertambahan jumlah mangsa.
Ini termasuk kes-kes yang parah, asap pemedih mata (saya mendapat tahu
kemudiannya botol gas ini dilemparkan dari atas oleh helikopter). Bunyi
tembakan juga semakin hampir dengan hospital.
Jam 12.00 tengahari, terdapat arahan
untuk mengosongkan hospital kerana terdapat kebimbangan serangan di
situ. Semua staf di arah menyorokkan tag pengenalan identiti perubatan
mereka, menyorokkan kot putih atau sarung tangan bagi mengelakkan
tangkapan atau soal siasat.
Arahan meninggalkan hospital
Saya meninggalkan hospital tersebut dan melintasi satu dewan yang
dipenuhi mayat-mayat mangsa serangan, dan kemudiannya melalui
satu dewan lain yang penuh juga dengan mereka yang tercedera yang
dikategorikan sebagai kurang teruk (apabila saya maksudkan kurang teruk,
ini hanyalah bermaksud mereka ada beberapa jam untuk mengharungi
kecederaan tanpa pemerhatian rapi, tapi sebenarnya, dalam keadaan
normal, mereka adalah pesakit yang memerlukan pembedahan segera).
Hati saya sangat tersentuh tatkala saya melihat senario wanita dan orang tua
yang hanya mampu menangis di samping anak-anak atau saudara
mereka yang tercedera kerana memang tidak ada siapa yang dapat menolong
mereka di tengah-tengah serangan berdarah ini.
Saya berdiri di sebuah koridor di belakang hospital, yang berdekatan
dengan Masjid Rabaah. Di sini juga
beberapa mangsa di kalangan pemprotes berlindung setelah mereka
tiada lagi tempat di hospital. Salah seorang dari mereka yang cedera
(ditembak di kaki) berkata kepada saya
“Dr, kenapa berdiri sebegini? Pergilah
dan pindahkan atau tolong pesakit
lain”. Saya berasa sangat simpati kepada anak muda ini, yang tidak
pedulikan kecederaan dirinya sendiri sebaliknya memikirkan sahabat-
sahabat lain di tengah-tengah serangan berdarah ini.
Saya sendiri tidak tahu hendak ke
mana setelah arahan mengosongkan hospital, jadi saya terus berlindung di
situ, hampir dengan masjid di mana wanita dan orang tua berada. Bunyi
tembakan peluru bersambungan dan semakin dahsyat, asap terus memenuhi
ruang. Selepas beberapa minit saya lihat gas pemedih mata menguasai
koridor di mana saya berdiri tadi, saya teringatkan pemuda yang menegur
saya tadi dan yang lain yang tercedera, adakah mereka sempat
dipindahkan atau tidak? Orang ramai mengipas-ngipas ruang udara mereka
dengan baju dan kain untuk cuba mengusir asap dan bau yang cukup melemaskan itu.
Hospital di Rabaah
Selepas sejam, saya berjumpa seseorang dari hospital medan tadi,
dan dia memberitahu sebuah hospital dari badan kebajikan Rabaah telah
dibuka untuk menerima pesakit. Saya segera ke situ dan segera bertugas
kembali, saya merasakan sedikit lega kerana dapat bekerja di hospital
sebenar, apatah lagi sahabat-sahabat sekerja saya berjaya mendapatkan
bekalan perubatan dari hospital Medan tadi. Kami mula bekerja dan saya
gembira kadar mangsa baru yang datang berkurang. Saya mula terfikir
yang tentera telah memberhentikan serangan mereka.
Saya mula bekerja dengan kes yang
ada dengan sepenuh kemampuan saya.
Ada beberapa kes yang teruk. Salah satu daripadanya adalah kes seorang
wartawan asing (saya diberitahu bahawa mereka dari Sky News) telah
ditembak di bahagian bawah dada,
mengalami pendarahan yang banyak sehingga beliau kelihatan pucat. Saya
sempat memberitahu rakan-rakan wartawan tersebut yang sahabat
mereka memerlukan pembedahan segera (hanya beberapa minit
kemudian, saya telah tidak dapat menemukan mereka, dan tidak tahu sama ada sahabat mereka terselamat
atau tidak). Namun saya sempat berpesan kepada kumpulan wartawan
ini, jika mereka boleh memberitahu dunia, untuk menyeru tentera supaya
jangan mensasarkan hospital dengan serangan peluru hidup dan gas pemedih mata.
Sniper mensasarkan hospital
Dalam keadaan yang agak aman ini, saya turun ke aras bawah tanah untuk
cuba merehatkan diri, tapi nasib saya, saya terjumpa dua orang yang
kebetulan dari kampung halaman saya.
Mereka bertuah kerana hanya cedera dengan tembakan di kaki dan di betis,
dibandingkan dengan kes-kes di luar sana.
Saya kemudiannya melakukan bantuan kecemasan resusitasi (CPR) kepada
seorang mangsa lain, malangnya tidak berjaya menyelamatkan beliau. Saya
cuba membantu pasukan perubatan untuk memindahkan jasad beliau, tapi
kami diberitahu bahawa peti penyejuk
tempat simpanan mayat telah pun penuh dengan lebih 40 mayat, dan
diarah membawa mayat tersebut ke tingkat 3. Saya amat terkejut melihat
dewan di tingkat 3 juga penuh dengan 30-40 mayat.
Saya meletakkan jenazah ke satu
bahagian di situ, dan turun ke tingkat bawah, hanya untuk kemudiannya
diberitahu bahawa pintu masuk ke
hospital sekarang adalah di bawah ‘ehsan’ seorang penembak tepat
(sniper) yang akan menembak sesiapa sahaja yang cuba masuk ke hospital.
Satu pemandangan yang memilukan melihat orang ramai berlari membawa
sama ada bekalan hospital, ataupun mangsa yang tercedera, dengan susah
payah mengelakkan diri dari sniper yang juga mensasarkan tembakannya
hatta kepada mereka yang cuba mengintai di balik tingkap hospital.
Tidak berapa lama kemudiaantembakan sniper itu mengenai kaca
tingkap yang pecah berderai. Jam 3 petang, keamanan yang kami nikmati
seketika hancur dengan ramai lagi mangsa dibawa ke hospital dengan
kecederaan yang lebih parah daripada
apa yang dilihat di sebelah pagi tadi.
Saya melihat mangsa yang berkecai kepalanya dan bersepai tisu otak di
atas lantai. Saya juga melihat mangsa dengan tembakan yang disasarkan
tepat mengenai kepala dan leher, ditembak sniper.
Jam hanya menunjukkan jam 4 petang,
apabila lantai di aras bawah tanah dan tingkat satu telah mula penuh dengan
mereka yang tercedera dan terkorban.
Saya tahu, di aras lain pun keadaannya serupa. Terdapat beberapa ambulan
yang cuba memindahkan pesakit dari pintu belakang, tetapi dengan
kecederaan parah mangsa-mangsa yang ada, saya rasa mereka hanya
dapat memindahkan sekitar 5% sahaja
dari keseluruhan yang memerlukan pembedahan. Keadaan semakin teruk,
kami tidak dapat merawat semua kes yang baru tiba. Kami hanya
memikirkan kes-kes yang mempunyai
peluang cerah untuk hidup walaupun bilangannya sedikit.
Lantai dilumuri darah, dan pesakit baru terpaksa dibawa merentasi mereka
yang lain yang telah ada di atas lantai. Saya bekerja seperti sebuah mesin,
dan tidak percaya saya masih hidup melihat perkara ini terjadi di negara
saya sendiri. Saya pernah menjadi sukarelawan di hospital lapangan di
Dataran Tahrir pada tahun 2011, tetapi
tiada yang dapat dibandingkan dengan pembantaian Rabaah ini. Saya
sehinggakan tidak sempat mengambil gambar pesakit atau dokumen mereka
kerana terlalu sibuk menyelamatkan nyawa.
Bau kematian berada di mana-mana, dan baju saya basah dilumuri darah.
Saya terpaksa menulis sebuah buku
jika harus menceritakan semua pesakit yang saya rawati.
Polis menyerang hospital
Jam 5 petang, peluru sekali lagi
menghujani pintu, dan meranapkannya
sama sekali. Bunyi tembakan semakin dekat dan bingit. Setengah jam
kemudian, tembakan dilepaskan ke
Jabatan Kecemasan yang dipenuhi
dengan pasukan perubatan dan mangsa.
Ketakutan menyelubungi hospital dan
semua orang seperti terperangkap di
tempat sendiri. Sepuluh minit
kemudian, pegawai polis memecah
masuk ke hospital. Mereka berbadan
besar dan memakai pakaian khas berwarna hitam dengan senjata api
besar, yang belum pernah saya lihat
sebelum ini. Mereka mengarahkan
semua orang meninggalkan hospital.
Perdebatan tercetus di antara kami tentang apa yang kami perlu buat
dengan ratusan yang lain yang tercedera yang masih hidup di
hospital, dan adakah kami dapat
mempercayai polis-polis ini, namun apabila seorang polis masuk ke
ruangan di mana kami berada, seorang
demi seorang mula beredar.
Ketika mula beredar, saya memberitahu
seorang polis, yang masih terdapat
mereka yang tercedera di hospital itu.
Dia menjerkah saya berkata “Biarkan
mereka mati! Biarkan mereka mati!” dan berjalan ke arah saya dengan
senapang yang besar itu, seakan ingin
menyerang saya. Nasib baik, saya
sempat lari menerusi pintu kaca yang
pecah ketika dia sibuk dengan mereka yang lari ke arah berlawanan.
Polis membakar hospital
Di luar hospital, keadaanya lebih  mengerikan, mayat-mayat di atas
jalan, dan tembakan di sana sini. Kami berjalan di sepanjang tembok dengan
tembakan demi tembakan dan saya
tidak tahu jika orang di belakang saya  terbunuh atau tidak. Saya berjalan
terus ke jalan berhampiran, risau jika
saya ditembak atau ditangkap, tapi
nampaknya polis sibuk dengan saki-
baki pemprotes di tempat protes tadi.
Saya toleh ke belakang dan lihat asap
tebal, setelah mereka membakar
hospital dalam keadaan masih ramai
orang di dalam, mayat-mayat dan
mereka yang tercedera yang tidak  dapat meninggalkan hospital.
Sehingga saat ini, saya tidak dapat
melupakan kes terakhir saya, seorang
tua yang datang setelah ditembak di  kepala, tetapi beliau masih hidup.
Beliau ditemani oleh anak saudaranya
yang berumur antara 15-16 tahun. Saya
lakukan bantuan kecemasan ,
memasukkan tiub intubasi (intubation)  dan meminta anak saudaranya
mengepam udara masuk ke ruang
pernafasan menggunakan pengepam
(ambu-bag breathing). Dalam
perjalanan keluar, saya masih terlihat
riak wajah tak berdaya remaja ini
memohon pertolongan dari kami untuk
bapa saudaranya. Bapa saudaranya mungkin terbunuh dengan terbakarnya
hospital, tapi saya tidak tahu nasib remaja ini.
Saya berjalan keluar, berfikir, adakah
spesies manusia yang menyerang kami, atau bukan. Segala tembakan
adalah untuk membunuh, dan segala
keceraan adalah di luar imaginasi.
Saya tidak mahu percaya bahawa saya
telah hidup melihat penduduk Mesir terbunuh di jalan-jalan dan
hospitalnya dibakar, dengan pesakit
masih di dalamnya.
Jika ini berlaku kepada kita, oleh
mereka yang juga kaum Mesir yang
sepatutnya melindungi kita, apa akan
terjadi jika kuasa asing menyerang
negara kita? Saya menulis setiap baris
ini dan saya masih tidak
mempercayainya. Saya berharap semua
ini adalah mimpi ngeri yang saya akan
terjaga darinya.
Coretan ini ditulis oleh Dr Islam Abdel
Rahman, doktor pakar bius
(anesthetist).
Medan Rabaah.
9.44pm, 15 Ogos 2013


“Barang siapa tidak peduli dengan urusan umat muslim, maka dia tidak termasuk golongan mereka” (HR. Muslim)


-To anonymous.Moga saja kau baik-baik sahaja di sana. Dilindungi Allah swt selalu. Belajar menjadi doktor buat ummah ini. Insyallah,we will meet. Ameen :) -