Monday, January 23, 2012

DAEI TAPI DENGKI???

Nak kongsi satu cerita dari faceb00okk..

Situasi di sebuah bus-stop tepi jalan. Hujan lebat. 4 orang di situ. Satu pasangan muda laki pompuan, dan 2 pemuda. Kelihatan si lelaki membuka payungnya lalu menggapai bahu si gadis, cuba untuk melintas jalan dalam hujan lebat...

Pemuda 1 bercakap-cakap dengan Pemuda 2 sambil memandang ke tempat lain.

Pemuda 1: Tak payahlah nak payung-payung..kan? Kalau dah couple haram tu, payung macam mana pun tak boleh lari dari dapat murka Allah. Cubalah sediakan payung pada azab Allah kalau boleh.

Pemuda 2: Ha'ah la. Yang haram ni la rasa lazat dan nikmat semua. Rasa bahagia dapat payungkan pasangan. Rasa romantik, rasa bertanggungjawab la kononnya. Si pasangan pula berbunga-bunga rasa dapat dipayungkan. "Fuh, bestnya dapat pakwe camni!"

Tanpa disedari, perbualan didengari jelas oleh si lelaki dan si gadis.

Lelaki: Bro, kalau couple haram dapat dosa, mengata "baling batu sembunyi tangan" ni sama juga dapat dosa. Lebih kurang mengumpat wlpn depan2. Adakah bro-bro rasa ni nasihat sinis yang terbaik utk dakwah orang? Kalau nak nasihat, apa kata bro datang kat saya; beri salam elok2, then sembang ringkas dua tiga patah, tanya saya siapa, duk mana..taaruf ukhuwwah fillah ringkas2. Jalinkan kemesraan dengan muka manis. Kemudian tanyalah saya siapa orang sebelah saya ni. Kalau couple saya, nasihati dan doakanlah saya. "Oh..awek ke..kahwin cepat-cepat tau. Allah.. kahwin ni antara pintu2 utama rezeki. Best gile ah kahwin ni. Bro doakan korang dimurahkan rezeki dan dapat kahwin cepat-cepat. Biar lancar segala urusan. Makin cepat makin bagus kalau ikut Islam. Makin bertangguh, makin banyak dugaannya." Susah ke? Barulah sesuai dengan 3 metode anjuran al-Quran:

Satu, "Bil Hikmah" (dengan hikmah)
Dua, "Bil Maui'zatul Hasanah" (dengan nasihat yang baik)
Tiga, "Wajadilhum billati hiya ahsan" (berbahas dengan cara yang baik)

Gadis: Actually, ni husband sy. Baru je kahwin bulan lepas. Kahwin muda. Saya 18, husband 25.

Lelaki: Maaf, kami minta diri dulu. Maaf andai terkasar bahasa. Assalamualaikum wbt.

Pemuda 1 dan pemuda 2 terkesima pening-pening lalat kena sedas-dua tazkirah dalam hujan lebat.

----------
dari Abu Hurairah ra. berkata,Rasulullah saw bersabda,**Janganlah kalian saling mendengki,saling menipu,saling membelakangi, dan jangan lah sebagian dari kalian membeli barang yang telah dibeli oleh org lain.JADILAH KALIAN HAMBA-HAMBA ALLAH YANG BERSAUDARA..Seorang muslim adalah saudara bg muslim yang lain dan tdk boleh menzaliminya,berbohong kepdanya dan acuh kepadanya.Takwa itu di sini,(beliau sambil menunujuk ke dadanya hingga 3 kali).Cukuplah seseorang dikatakan jelek jika ia  menghina saudaranya sesama muslim.DARAH,HARTA DAN KEHORMATAN SETIAP MUSLIM ADALAH  HARAM  BAGI MUSLIM YANG LAIN**(HR Muslim)

Renung2kan dan slmt b'amal..

Maru-c c0mel =)

This is Maru...A chubby cat...i dont know who is the owner~

 bak kata sahabat saya yang memperkenalkan si maru ini

"Kucing yang ada tapak kaki hitam selalunya kucing yang baek"
 
ok lah....secara jujurnya...saya rasa kucing kat rumah saya lagi comel,comot etc....hehe...but mungkin maru ni nak nmpak comel sebab tuan dye pandai wat video*no offence:P

Sunday, January 22, 2012

COUNSELING TRAINING..:) -Pantai mOriB-

Alhamdulillah..sudah selesai kem conuseling training anjuran peers club cfs iium...:)
WHERE???kat Pantai Morin sahabatku...1st time la saya menjejak kaki kat situ...mmg subhanallah indah tempatnye....rugi kalau kita tak dapat menikmati ciptaan Allah swt ni...hehe
WHEN???20 jan til 22 jan 2012...berkorbanlah saya mase cuti cina ni....^_^
WHAT???(haa..yg ni crite dye panjang...enj0y~)

TOGATHER WE LOVE..TOGATHER WE CARE (not my drawing):P

Hari jumaat tu sudah petang baru sampai kem elazzhar tu..ada wifi tau..hehee...malam ada sesi taaruf.. yang tak boleh lupa dalam kem ni sebab malam tu saya dan yang lain buat aktivite night walk..lain dari yg lain tau... kami perlu meredah mud..ape ea??mangrove la...huhu...geli sangat sebab tanah lembek2:P rase macam pijak katak je(saya mmg fobia bab ni....huhu..)
Hari Sabtu plak dengan mata yang mengantuk tapi nasib lah jiwa nak menuntut ilmu tu tetap ada..sampai ke petang otak terisi dengan ilmu kefasilitatoran...well,mmg sedikit sebanyak saya dah tahu sebab pegi TOF... tapi inilah kata br0 Ahmad,
  "Kita datang sini bagaikan tin kosong...barulah kita boleh isi ilmu kita dapat semaksimum yang mungkin.."
lebih kurang gitu la ucapan nye....hehe
okey...Last day!!(wah..xtau nape  rase seronok..hehe)
Kayaking~~best sangat...pastu kena buat meniti kayu2 halangan tinngi..lupa la namanye...seriously,my heart beat fast ever...gayat n fobia la jugak...:P
hurm.......dah banyak jugak menaip ni..hehe...lastly,i closed with

"Do not follow where the path may lead.
Go instead where there is no path and leave a trail.
Harold R. McAlindon"

Sunday, January 8, 2012

Iman,islam dan iHsan..:)

Dari Umar bin Khattab ra. berkata:
    ''Suatu ketika kami duduk2 bersama Rasulullah saw. tiba2 muncullah seorang laki2 berpakaian putih dan rambutnya hitam kelam,tidak terlahat padanya tanda2 bekas perjalanan jauh dan tidak seorang pun antara kami yg mengenalnya...Lalu duduklah ia di hadapan Rasulullah saw. lalu kedua lututnya disandarkan pada kedua lutut Nabi dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha Nabi,kemudian ia berkata. 'Hai Muhammad,beritahukan kepadaku tentang Islam.' Rasulullah saw. menjawab, '' Islam adalah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah swt. dan sesungguhnya Muhammad  adalah utusan Allah,mendirikan solat(shalat),membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan mengerjakan ibadah haji ke Baitullah jika engkau mampu melakukanya.' Orang itu berkata, ''Engkau benar''. Kami pun heran(pelik), ia bertanya lalu membenarkanya..
    Orang itu berkata lagi, ''Beritahukan kepadaku tentang iman,Nabi menjawab, ''Engkau beriman kepada Allah,malaikat-malaikat-Nya , kitab-kitab Nya ,Rasul-rasul Nya,hari kiamat dan beriman kepada takdir Allah yg baik ataupun yg buruk.'' Orang itu berkata, ''Engkau benar''

أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الله
   Orang itu berkata lagi, ''Beritahukan kepadaku tentang ihsan'', Nabi menjawab, ''Engkau beribadah kepada Allah swt seakan akan engkau melihat Nya,jika engkau tidak melihatn-Nya,sesunggunya Dia pasti melihatmu''
   Orang itu berkata lagi, 'Beritahukan kepadaku tentang hari kiamat',Nabi menjawab, ''Yang ditanya tidaklah lebih tahu dari pada yang bertanya''
   Orang itu pun berkata lagi,''Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya''.Nabi menjawab ''Jika budak perempuan telah melahirkan tuannya,jika engkau melihat   orang-orang  yang tak  beralas  kaki,tanpa memakai  baju,miskin  dan  pekerjaannya  menggembala  kambing,telah  berlomba-lomba  mendirikan  bangunan yang  megah.”
Kemudian  orang  itu  pergi,aku  pun  terdiam.Beberapa  saat  kemudian  Nabi  berkata kepadaku, “Wahai Umar,tahukah  kamu  siapakah  orang  yang  bertanya  tadi?” Aku menjawab, “Allah  dan Rasulnya  yang lebih  mengetahui.” Nabi  berkata, “Dia  adalah  malaikat  Jibril.Ia datang  untuk  mengajarkan  kepadamu  tentang  agamamu.” (HR. Muslim)