Friday, December 28, 2012

When the Heart Beat~

All this while, I search for you to be always beside me. Go through all the stuff. And now I decide not to search anymore. I'm in search of myself.Em..(ok that just fake story telling :P)Begiin~ She said, "How will they have your love, when they have no love to what you love,Allah" . I smiled. Yes,so true.


"Beware of what you let enter your heart. There’ll come a day when you’d give anything to remove it."
Yasmin Mogahed



Apabila hati resah… pasti ada perintah Allah yang belum dilaksanakan atau tegahan Allah yang telah dilanggar, atau kedua-duanya sekali.
Beristigfarlah… kemudian paksa hati dan anggota untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
Ingatlah wahai diri, melakukan taat lebih mudah berbanding melakukan maksiat. Jika taat itu pedih… maksiat itu lebih pedih!
~Ustaz Pahrol Mohamad Juoi~

Tersenyum..Melihat karenah adek2 yang gumbira,ceria itu,mengusik hati..Masih kanak-kanak tapi sibuk dengan hanset.Ipad lagi. Kira-kira kembali,masa aku tingkatan 3 baru aku punya hanset..Tersenyum lagi.

     "mesej sape tu dek?" 
"kawan"
"laki ke perempuan :)"
"laki..hehehe"
"amboi kemain..akak pon xde tau"
"tipu..weerk :P"
"eh,betullah,insyaallah lame agy..haha"

Sungguh aku masih malu berbicara lanjut apa-apa kaitan ini.Tapi kadang-kadang tak bisa dielakkan juga. Nak masuk 20-an sudah.  Rasa macam dah besar..haha.. :) Aku macam tak percaya. Sultan Al-Fateh menakluki Constantinople ketika berusia 19 tahun kan?? Apa yang telah aku takluki sebenarnya?? Dalam hati terfikir juga advance betul adik2 ni.. Sahabat-sahabat ku juga ada yang sudah bertunang. Bagiku kalau sudah ada orangnya,pasti sudah ada tarikh akad nya..hehe..'WHEN' first before find 'WHO'. Jadi bila aku masih tidak pasti tarikhnya,malas mahu pikir kan apa-apa.buat gapo lama-lama simpan perasaan tu wahai hati.. Melarat penyakit hati nanti. Stroke iman kang. Emm, Sedih lihat sahabat yang kecewa dengan manusia. Status di fb bertukar duka. Mungkin kita terlupa, Allah itu sentiasa bersama kita :)

P/S: Lucunya bila di UIA ini baru ku tahu apa itu 'khitbah', 'taqdim'.. Ya Allah terima kasih kerana menutup aibku. Tapi Allah,jangan Engkau biar mereka terlalu menyanjugi aku kerana sedikit kelebihan yang Kau pinjamkan,kerana aku takot mereka tidak tahan kelemahan aku nanti.. 

Wednesday, December 26, 2012

Memaknakan makna NILAI :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :)


    Hidup  ini adalah  masa-masa yang berharga buat si insan yang tahu erti nilai. Nilai..Apakah?? Nilai RM10 buat si pengemis  jalanan,mungkin sama seperti nilai RM100 buat kita atau mungkin RM1000?
RM10 yang sama  dibawa ke masjid, nilainya melambung,dibawa ke pasaraya mahupun Year-End-Sale di kotaraya,ah sudahh... cepatnya nilai itu turun. Jadi nilai ini  berubah ubah dek tempat kah??

    Baik itu contoh not-not kertas yang tertera nombor yang memberi taksiran berbeza mengikut tempat. Bagaimana dengan nilai sesuatu objek misalnya makanan.Jika anda di posisi seorang jutawan yang mempunyai perusahaan maju,gilang gemilang lagi,apa nilai sebuku roti buat anda?? Pasti nilai itu menjadi sebaliknya buat sesorang yang hanya mempunyai pekerjaan yang biasa-biasa sahaja bukan. Jadi kali ini 'nilai' berubah mengikut status??

Don’t count every hour in the day, make every hour in the day count.
~Anonymous


Kenapa masa terasa sebentar. Kadang-kadang rasa seminit macam sebulan. Kadang-kadang rasa menyesal dengan masa yang telah berlalu?? Bagaimana harus dinilai masa itu? Sebenarnya jawapan nya adalah pada erti syukur pada diri kita sendiri. Kerjalah pagi dan malam,jika masih meraba-raba erti syukur itu pasti nafsu tidak akan pernah puas! Percayalah kepada Ilahi. Nilaikan setiap yang kita lakukan dan adakan. Kadang-kadang kita terpaksa beli kebahagian dengan duit.. Hakikat.. Tapi duit bukan lah segalanya.Kita usaha,tapi rezki itu Allah yang beri :)

Kaya sebenar bukan kerana memiliki tetapi apabila tidak dimiliki. Apabila kita terlalu ingin memiliki sesuatu atau seseorang, tanpa sedar kita telah "dimiliki" olehnya. -Ustaz Pahrol

Senang nak nilai jauh atau dekat satu tempat sebab ada ukuran tertentu kan. Wajib kita buat keputusan yang tepat supaya tak tersalah 'jalan'.Astaghfirullah.Sungguh diri ini kabur dalam menilai nikmat dalam setiap ujian Mu Ya Allah T_T. Harap sangat lepas ni boleh tetap bersyukur walau apapun terjadi! ::Keep Smiling:: 

-Pesanan ikhlas : Hargai ibu bapa kita walau apa pun nilai mereka di mata kita sementara mereka masih ada :) -

Wednesday, December 19, 2012

Oh Kerang :D

Allahu allahu :D

Adikku,
Jadilah sekuat cangkerang itu,
Agar betah kau tahan setelah jatuh
Adikku,
Harungi sahaja di depan mu,
Untung nanti kau ketemu mutiara,
Adikku,
Lihatlah semut itu,
pagian lagi sudah bekerja,
mari jadi serajin itu :)
Adikku,
Mari kita teladini burung di awangan itu,
Terbang bebas tapi tetap ke sarangnya,
Ayuh biar dicampak ke mana ingatlah identiti kita

Satu-persatu kenangan bersama Kak Hdariyani di Gempak Quran menjengah. Usai bacaan mathurat setiap pagi, akak akan memberi semangat buat adik-adik dengan mencontohi haiwan yang dia nampak. Di dalam halaqah ada semut. "adik-adik,mari kita contohi semut ini". Esoknya "adik-adik,dongak di awan,burung kan??Jom kita contohi burung hari ini" :D
Masih segar dalam ingatan ini juga kata-kata Uztaz Pahrol tatkala menghadiri satu ceramah "Orang yang dekat dengan alam ni adalah orang yang dekat dengan Allah swt. Bangunan? memang ciptaan Allah jugak tapi manusia perantaranya" Lebih kurang begitu. Betulkan jika saya tersalah :) Alhamdullilah 11/12/2012 kak haniy dah tukar status menjadi isteri orang..hehe..gembira dan lucu juga tengok :P 


Lihatlah sesuatu dengan mata hati :)

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati(akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta,tetapi yang buta itu ialah hati yang di dalam dada"

[Surat cinta bersampul hijau m/s 337 Surah Al-Hajj :46]


*Sedang membela sebijik seekor kerang. Confuse sebentar tadi,haiwan ke ni. Eh, eh.haha..Kerang juga hermafrodit.Atau simply said as khunsa. Kejap-kejap ku jenguk si kerang. Letakkan garam kerana mahu samakan dengan air masin(Abang Aslam yang suruh) . Tika itu juga terdetik, kalau kita nak jaga sesuatu,kita jenguk banyak kali. Kalau hati kita?? Jangan biar hati itu lalai ya :)

*Saya lebih cenderung kepada haiwan >.< sumel,comot! Tak seayu yang suka bunga,pokok bonzai,kaktus bagai..(Haip! I luv taekwando..dah level 6.Saya tak suka dibuli..hahaa :P haha~ganas juga sebenarnye)..

Monday, December 17, 2012

I really neeD to CHANGE!


In the Name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful.

Allahu robbi :) I try to accept everybody. Because nobody knows their ending right? So,i hope everyone can accept me too as what i am used to be.
"People change as time flies, but the memory may remain". - Anonymous

Forget all the people around you who want to put you down, they wanna see us fallback. They do this because you are one further step away from victory. Them? just a friction between you and victory/ultimate prize. *credit luqeem


As my heart yell loudly,so please listen a while.

HEY GUYS! I'M NOT AS PERFECT AS WHAT ON YOUR MIND. AND I'M REALLY DON'T THINK I'M THE ONE WHO DESERVE YOUR RESPECT. I'M SO SORRY FOR THE THINK I HAVE DONE. FOR THE WORDS I HAD SAID THAT MAKE YOUR HEART BLEEDING. YET,THAT INDICATE YOUR HEART STILL FUNCTIONING RIGHT?? :P

"Is it really that bad if someone sees who you are? Why is it humans have a problem with letting someone else see that they are human?" Its about humanity case?? people really choose not to see what you had done for them until you then choose to stop. So,okay please stop? oh no please let find someone else laaa~


#SUBHANALLAH.. Working in societies really make me look this life from very different angle. Its a must to let the people judge you. And your responsibility is to judge back what had they judged you. The really important is to remember, only Allah swt know everything. If you do things to please Allah,so care what other say to you??

#I'm really prefer working with the machine/plants/animals rather than human. I really do.. Because I know every human has fragile heart. Sorry for all my mistakes..to everyone who knows me secara sengaja dan tak sengaja :P TQ

-The worst part of being a writer is knowing exactly what you want to say and not knowing how to word it.-

Wednesday, December 12, 2012

12/12/2012

Allahu Robbi :)


    Tengok lah kita. Hamboi menghapdate status excitednye 12 Disember 2012. Unik kan nombornye?? (Ada saya kesah,macam nak teka nombor ekor pulak. Haram!Haram!) Apa yang saya mahu menaip ni?? Menyimpang pula.. Tak... Nampak betapa leka nya kita. Terkial-kial melihat kembali berapa haribulan dalam bulan Islam?? Sahabat wa adik-adik hari ni dah 27 Muharram 1434 H :) Harap mak long dan mak ngah ye... Kiamat 2012?? Allah.. Jangan kucar kacirkan iman yang tak berapa teguh tu. Pegang lah pada janji Allah :) Believe..

Interesting confusion~
1)Betul ya kita ini Islam??? Kenapa akhlak kita tidak mempamerkan sebegitu?
2)Bersyukur ya kita setiap hari?? Kenapa masih mengeluh??
3)Masa pantas berlalu.. Tapi tidurnya macam bayi~12 jam..=.="

Lets tadabbur :)

"It is not righteousness that you turn your faces towards the East and the West, but righteous is the one who believes in Allah, and the Last Day, and the angels and the Book and the prophets, and gives away wealth out of love for Him to the near of kin and the orphans and the needy and the wayfarer and to those who ask and to set slaves free and keeps up prayer and pays the poor-rate; and the performers of their promise when they make a promise, and the patient in distress and affliction and in the time of conflict. These are they who are truthful; and these are they who keep their duty." 
[Love letter Al-Baqarah 2:177]


ALLAH sees all. Oh ALLAH make us amongst the righteous. Keep us steadfast on our deen. آمِينَْ آمِينْ آمِينْ

p/s: Secara analoginya Islam itu gred A+, kalau kita gred E sekarang ni jangan samakan gred tu :) Muhasabah banyak2.. T_T nanes lagi~

Tuesday, December 11, 2012

JOM Gegirl Osem!


Subhanallah,wabihamdihi' (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya)
Jom jadi wanita yang menyinar seperti bintang bak saidatina Khadijah rdh. 
Sehebat Rabiatul Adawiyah :)
Semantap iman nya Asiah :D
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." 
 Imam Al-Ghazali

Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.
Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"
Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.
Sumber : http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1176-bagaimana-bidadarimu.html

Awak, dia chat,mesej awak tak semestinya dia ada hati kat awak. Kadang dia cuma ingin hilangkan rasa sunyi di hati dia. Hati-hati dalam menjaga hati tu awaaak :) Awak ingat Allah sentiasa ada bersama awak. Kalau ye ye dye nak awak,dye jumpa wali awak tau. Tak ade alasan belajar ke apa.Kalau tak mampu jangan main dengan hati awak  kan kan. 

JAGA HATI,JAGA IMAN.

Nanes sungoh2 dalam mujahadah T_T Sujud yang layu.. Subhanallah Allah noe best for us! Remember and dun worry :)

p/s: Tudung labuh,jubah,kopiah,niqab itu osem tahu :) Apa nak malu???

Sunday, December 9, 2012

KOsoNG...

Allahu Robbi :)

Dalam hidup ni banyak yang kita citakan dan cintakan. Ada yang kita dapat dengan senang. Ada dengan susah payah baru kita dapat. Dan ada juga langsung tinggal harapan sahaja. Lagi banyak yang kita tempuhi sehari hari dalam hidup,lagi banyak yang kita rasakan kita belum dapat dan tahu. Hakikatnya,dunia ini terlalu kecil dibandingkan dengan akhirat kelak.

"Seandainya dunia ini di sisi Allah punya nilai setara dengan sebelah sayap nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi minum seorang kafir seteguk air pun."

[HR. At-Tirmidzi, dishahihkan al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Ash-Shahihah no. 940]

    Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk. Jadi apa alasan kita untuk menangisi hidup kita yang tidak sebahagia orang lain. Konon nya. Sedangkan kita sudah terhijab untuk melihat cahaya bahagia dan harapan yang menjengah kita. Tatkala dunia rasa kosong. Sangat kosong. Apa yang hanya tinggal di fikiran?  Insyaallah matahari akan terbit pagi esok. Bisa lagi kita menikmatinya?

    Sebenarnya masih banyak perkara yang kita tutup mata. Ya,kita tidak nampak. Anak kecil sedang bermain. Eh,tiba-tiba bergaduh pula. Nakal! Itu yang terlintas dalam fikiran dengan cepat. Sudah sepuluh tahun budak kecil itu mungkin juga pendokong ummah tika itu. Mana kita tahu. Kita sekarang terlalu sempit fikir nya. Cuba kita luaskan. Tatkala nikmat Allah swt terbentang luas di hadapan, kita berpaling. Jadi,bagaimana harus lagi kita mengeluh di atas setiap kepayahan yang kita rasai??

      Apa yang kita kejarkan dalam dunia ini?? Cinta dan cita-cita yang tak pernah puas. Sampai bila? Mengejar cinta manusia, kerana Allah katanya, tapi taat kepada Nya ke mana. Solat ke mana. Peramah nya. Masyaallah. Sungguh yang wajib tidak terlaksana, apa yang kita harapkan sebenarnya?


Seek! Strive! Fighting!!
Bila seorang anak Adam itu jatuh sakit, Allah utuskan 4 malaikat kepadanya:

Malaikat Pertama : akan ambil SELERANYA.
Malaikat kedua : akan ambil REZEKINYA.
Malaikat ketiga : akan ambil KECANTIKANNYA (wajah menjadi puact) 
Malaikat keempat : akan ambil DOSANYA
Wallahua'lam :)

p/s : Stop the nonsense drama. Jangan fikir negatif. Bertambah sakit awak tu. Allah ada. Allah ada. Sakit itu kafarah dosa.  Do believe. :)

:: Bercuti Gaya Anak Soleh::

Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Masih bisa bernafas.
Masih bisa menaip.
:D

Poster :D 5 hari program, jadi 3 hari je. Ke UKM dan UPM dibatalkan

::Kita merancang dengan cita-cita. Allah merancang dengan CintaNya::
Subhanallah :)

Majid Sultan Zainal Abidin

Kat masjid ni pada hari pertama. Mendengar penerangan dari Encik Mahmud. He said :

"Kita perlu ambil essence dalam Islam. Tu orang bukan Islam kalau dia masuk Islam lagi bagus dari orang Islam.. Sebab kita ni tak nampak apa yang Islam bawa"

Lebih kurang begitu. Dan itu hakikat zaman sekarang.

Petang itu singgah di Taman Botani,Putrajaya selepas ke Masjid Putrajaya:)

::Hari Kedua 4/12/12::

Belajar buat cokelat dengan adik-adik. Buat bantal dan keychain daripada bahan Felt. Tak adalah susah mana pun. Boleh try jual...hehee
Siapakah kata laki-laki tak perlu tahu menjahit??hehee

::Last day 6/12/12:: Perpustakaan Raja Tun Uda dan Yayasan Restu::

Kemain post fasi post bersama adik-adik di Zon Kreatif!
Saya suka membaca. Rasa mahu lagi ke sini.. Berguling-guling~hee

Di Yayasan Restu,Shah Alam. Tempat perkilangan Al-Quran. Ada galeri tentang khat yang ada dalam al-Quran dan macam-macam lagi. Penuh dengan info.
Rasa mahu saja bekerja di sini. Ada hati di situ:)
Khat nama saya dan sahabat.. Teruja yang pasti
Sudah habis berprogram :]

Tadabbur =D Surat CintaNya ~

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” 
(Q.S. Al-Imran: 139)

“Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan orang-orang yang kufur.”
 (Q.S. Yusuf: 87)















Sunday, December 2, 2012

Muda 2 Kali!!!

ALLAH THE ALMIGHTY :)

Muda dua kali sebenarnya.Wah, gembira kan dengar. Seperti kita diberi gula-gula lagi seronoknya mendengarnya.Betapa nikmatnya selama di usia muda kan. Muda di dunia sekali. Muda di akhirat sekali :) Tapi bila dibandingkan kembali muda di dunia hanya lah lebih kurang 20 tahun, muda di akhirat selamanya. Tiada penghujung.

:D

         Sungguh kalau diimbas kembali apa yang kita telah lakukan di usia muda pasti kita sedikit kecewa. Lihatlah pemuda zaman ini dan dikala zaman dahulu. Jauh beza. Saidina Ali rh. ketika usia kita yang masih bermain teng-teng,monopoli dan sebagainya, beliau sudah berani menentang kaum Quraisy yang mencemuh Nabi Muhammad saw. Dialah pemuda yang berani sanggup menggantikan tempat tidur baginda di kala peristiwa hijrah. Diri ini sendiri masih megira-ngira apa yang telah dilakukan sepanjang usia muda. Tidak mahu aku kecewa di masa kudrat sudah tidak mampu dan hanya menuggu ajal. 

Take Five(5) Advantages before five. Remember! Health, Youth, Wealth, Ease and Live


"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". 
[Surat cinta Nya Surah Al-Asr:1-3] :)

Masa muda ini,aku mahu berjuang untuk agama Allah :) Fighting!

Lapangkanlah dada kami,Dengan karunia iman,Dan indahnya tawakkal pada Mu,Hidupkan dengan makrifat Mu,Matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah Pelindung dan Pembela ^_^

-My dear,hows your iman today?? sihatkah? sakitkah? sudah matikah?-
 uhibbukum fillah :)

Monday, November 26, 2012

Talk,Believe,Act

Alhamdulillah for the huda :)
Alhamdulillah, Alhamdulillah Ya Allah

I cried.
For what I am yesterday.
The loss.


Strong.

Kuat,Kuat :)

::Indeed every righteous person has a past, And every sinner has a future::
Everyone can change..Including you and me. Believe :)





Sunday, November 25, 2012

:)

I said I'm allergic to love. Talking about love make me sick. Yet,the heart still 'huru hara'' . The more I keep denied. It become hard to me :') Allahu robbi .Its my fault. Not keeping the heart lock.


"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami,sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."
[Surat cinta Nya:Surah Al-Ankabut 29:69]


Mudahnya hati ini terusik setiap kali ia menyapa. Kerana fitrahnya manusia itu sukakan kebaikan. Manusia yang baik?? Tapi tidak semua kebaikan itu datang dengan cara yang betul.

I will keep you away :) 'First step is always the hardest'. Be strong. Allah with you



MOGA ALLAH REDHA :)



..::Lesu dalam mujahadah tatkala dikelilingi hawa nafsu yang tak pernah lelah menghasut tanpa  mengira masa..:: :']

p/s: Dulu aku yang keras menolak buku itu memberi motivasi,semangat dan bla bla.Bagiku menatap gambar ummi dan walid,itulah semangatku :) Kini aku yang kutip sisa bacaan itu menguatkan hati ini. Terimalah pandangan orang lain kerana indahnya perbezaan pendapat~ *godek-godek artikel di iluvislam* >.<

Thursday, November 22, 2012

Istikharah ~

Dimulakan dengan bismillah~ Diakhiri dengan Alhamdulillah~lalala
-mood baekk :)-
Nak pilih sapeee ye??
Ok.Stop.Open your eye..Istikhara not only to choose your jodoh only.





Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

THE BEST ADVICE EVER :)

Jabir rh stated : "As the Prophet saw taught us the Quran, so also he instructed us to observe ISTIKHARA in every matter. The Prophet saw used to say, 'When you is perplexed over an important matter, he should perform two rakaah of sunat prayer and then make this doa. "O Allah, I ask You to show mw what is best I ask You to show me what is best through Your knowledge, and bring it to pass through Your power, and I ask You of Your immense favour; for You are All-Powerful and I am not, You know and I do not, and You are the Knower of the Unseen. O Allah, if You know this matter to be better for me in my religion, livelihood, and final outcome, then bring it about and facilitate it for me, and bless me with abundance therein. And if You know this matter to be worse for me in my religion, livelihood, and final outcome, then keep it from me, and keep me from it, and bring about the good for me whatever it may be, and make me pleased with it.’” [Sahih Bukhari]

:)


I want to die with forehead on the ground, The sunnah in my heart, Allah on my mind, Quran on my tongue, And tears in my eyes...


Hadis Riwayat Tabrani: Sabda Nabi: Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat." :)

_______________________________________


When I’m alone and need someone to support me, no one comes to help me except Allah. When I pretend to be strong, no one sees my hidden tears except Allah. When I’m sad and need a shoulder to cry on, no one supports me but Allah. Pleasing a human is very difficult, pleasing Allah is the easiest. People sometimes punish me for mistakes I have not done, Allah ignores and excuses the ones that I did. This is Allah, The Greatest, The Most Almighty, The Most Beneficent, The Most Merciful, and all praise belongs to Him.

—Tariq Ramadan. 



If your legs dont take you to the masjid , how do you expect them to take you to Jannah..?

Jaga-jaga dalam menjaga hati. Oh dunia! Jangan memperdayakan aku. T__T

Wednesday, November 21, 2012

Ibrah Demi Ibrah :)

Allahu robbi, Allahu robbi ^.^


Rasulullah saw said, “Remember Allah during times of ease and He will remember you during times of difficulty.” 
(Tirmidhi)
*For every setback, Allah has a comeback. For every trouble, He helps you double. Every day He shows you the way. Alhamdulillah :) Remember He always with you. No doubt. Fullstop.
The only little kitten gone :")

Once, I wish can do nothing and yet when there is nothing to work about, I wish there is something to do. Can you see how ungrateful I am?? (tak bersyukur nyee budak ni!) But most of us will not feel enough with what we have. I am sure when the time we feel soo filled, as we are in Jannah. So,pray for jannah. Do pray ya ukhti wa akhi :)

"And your Lord says: "Call on Me; I will answer your (Prayer)"
[Love Letter chapter 40:60] :)



I catch events in a week. As Facilitator. Facilitator? Is a human,using things available to show others way or on the other hand amar ma'ruf nahi mungkar.There I took ibrah(s).. Haha.. Grammatical error. Means I learn a lot. We need Allah in every second. We doing deeds for our own advantages. Because Allah free from defect. 

The Facilitators and kids :D (Kem Anak Soleh 2012)

______________________________________________

*Just after watching video. The real situation in Gaza. Allahuakbar. This is not a season issues (isu bermusim..*sory if typo) . But seriously i had wrote this. Search entry 'Cinta di langit Gaza' . Can't imagine if the situation in Malaysia T__T
*Allahummahdi qaumi fainnahum la ya’lamun
(Ya Allah berilah petunjuk kepada kaum kami,sesungguhnya mereka itu tidak megetahui)
Allah T__T

*Yet,Alhamdulillah. JK approved. Gonna need cash RM4000! chayok :)
*Allah jaga hati ini :)huhuhu
*Merindu sang perindu syahid >.<

Saturday, November 10, 2012

aKU?


Bismillah..Dengan Nama Allah :) terjadi segala nya hanya dengan izin Nya..

Imbas kembali,dari SK Mengkuang,jejak ke High School BM. Agak terpinggir,tapi dapat la suasana english. Majority speak English. Sometimes can hear Tamil or Chinese.. I walk through that school as librarian. Pretty much a silent peep student.Dan akhirnya ke SBP.. Pertama kali berjauhan dari rumah(tak la jauh mana pon)..Banyak mengajar saat-saat bersama rakan-rakan. Apakah tu dorm.. Frasa-frasa baru..sodorm,oh da lupa..banyak lagi.Milo 3 in 1 yang dimakan begitu saja..or biar terbuka dan makan liat-liat..haha..pernah rasa?lucu sangat :) rasa nak tergelak bila teringat semua yang berlaku di asrama..hah paling memorable masa prep lah..Prep di tangga,kena marah dengan warden =.="



Tapi diakui terpenting,saya mula ditarbiah di UIA. Di rumah?mungkin tak berapa ambil port..hehee.. Entah.Biaah.Selalu je dengar di UIA orang cakap macam ni "Susah nak dapat biaah macam ni kat tempat lain.Biaah solehah.." Jadi saya fahamkan biaah itu suasana.Biaah solehah=suasana islamik...Sila betulkan jika saya tersilap ya..Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.. Sejak duk kat sini mula rajin nak g majlis ilmu.. pantang cuti mesti nak sesuatu untuk diisi.. Memang masa tak pernah cukup untuk isi kekosongan di dalam diri ini..

"You keep running the love of the people,but you'll never get it. And what you do get, will never be enough. The hole inside you is too big. You see, it was made by God, for God. How could anything less fill it??"
-Yasmin    Mogahed-

LOOK AROUND, LOOK BETWEEN :')

Wednesday, November 7, 2012

CUTI vs FUTUR

Allah The Beginner with NO END..:')

Assalamualaikum and hello :)
Kucing saya^^emm..tapi dah takde

C.U.T.I= Cuba Untuk Terus Istiqamah ^.^

Futur= putus asa

Petama-tamanye kita perlu tahu setiap orang tidak sama ujian nya. Tapi kita kena percaya setiap ujian yang Allah swt telah titipkan untuk kita pasti kita dapat harungi. Ujian Allah itu tanda Dia sayang kita.Seringkali terlihat wajah sahabat anda tersenyum? Gembiralah untuknya,jangan fikir dia tidak diuji seperti anda kerana setiap kenikmatan juga boleh menjadi ujian :)
Oh,masuk kepada futur. Futur dalam hidup? Bukan bila terluah 'saya sudah tak sanggup lagi' atau 'saya mahu mati', tapi terkeluar saja keluhan,itulah futur. Jangan mengeluh! Percaya dan tetap percaya Allah swt itu bersama kita.. La tahzan wa la taqhaf, innalahamaa'na..



Lirik lagu Futur.Rajin-rajin la download lagu nye.(**sedap)

Futur - Fatih 

Kadangku merasa bimbang Berada didunia yang lapang ini Sampai kapan aku berjuang Dijalan dakwah panjang Takutku akan semua Semua yang takkan berlanjut lagi Hanya karna memikirkan Nafsu dunia yang fana Rasa futurku menghalangiku Menempuh semua perjalanan imanku Akupun ingat semua teman-temanku Yang masih coba

يامقلب القلوب ثبت قلبي على دينك


“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.”

Friday, November 2, 2012

Sahabat Lillah :)

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

" UKHWAH YANG DIBINA ATAS NAMA ALLAH TIDAK AKAN MENGHARAPKAN BALASAN SELAIN KEREDHAAN NYA :) "


Alhamdulillah, Alhamdullilah, Alhamdulillah.. Seringkali Allah swt titipkan sahabat yang baik buatku, sebagai peringatan.. Sahabat? Bukan yang sentiasa bisa mengukir senyuman buatmu.. Tapi yang bisa mendekatkan kita pada Nya.. Bestnye dapat kawan satu kepala kan kan? Kawan yang memahami,tidak membuka aib kita, yang dapat kongsi segalanya.. Yang sweet gila jiddan sahabat yang bertanya "Bagaimana iman kamu hari ini?" Fikir lagi dan lagi terselitkah SUDAHKAH AKU MENJADI SAHABAT SEPERTI INI??
Persahabatan itu terbina di atas ranting KEJUJURAN,
Bertunjangkan KASIH SAYANG,
Lalu membuahkan kemanisan IKATAN,
^_~
THE MAN WHO DEMAND GENTLENESS FROM HIS FRIENDS,IS NOT GENTLE~
Jambatan doa menghubungkan mereka yang tinggal dalam hati kita meskipun kita tidak melihat depa mereka ^_^

" Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya. "
(Imam al-Ghazali)


Kata-kata satu ulama "Hubungan kamu dengan sahabatmu adalah tanggungjawab kamu kepada Allah swt.Kamu tidak mengharapkan balasan daripada sahabatmu atas setiap kebaikanmu terhadapnya. Tapi kamu mengharapkan balasan Allah atas kebaikan kamu. Hubungan sahabatmu terhadap kamu? Itu adalah tanggungjawab dia kepada Allah " :)
Setingi-tinggi ukhwah adalah melebihkan sahabat berbanding diri sendiri,
Serendah-rendah ukhwah ialah berlapang dada ^,^


-UKKWAH FILLAH SAMPAI MATI ABADAN ABADA' TIL JANNAH :)-