Wednesday, May 16, 2012

FITRAH..

Ustaz Don Daniyal:
         Fitrah itu islam....tu la bila orang yang peluk islam kita cakap KEMBALI kepada Islam...
~haaa....nampak tak??

Uztaz Muhadir Joll(UIA,PJ)
         Fitrah  tu  dah ade sejak masa kita lahir lagi....lahir lahir kita lapar..kita cari susu dekat mak kita...(english la~ni dah translate..hehe)


Dalam wikipedia anda akn dapati jwpn sepeti berikut hehee..

Fitrah berasal dari akar kata f-t-r dalam BARAB yang berarti membuka atau menguak. Fitrah sendiri mempunyai makna asal kejadian, keadaan yang suci dan kembali ke asal.
Dalam Islam terdapat konsep bahwa setiap orang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Fitrah dalam hal ini berarti bayi dilahirkan dalam keadaan suci, tidak memiliki dosa apapun. Seseorang yang kembali kepada fitrahnya, mempunyai makna ia mencari kesucian dan keyakinannya yang asli, sebagaimana pada saat ia dilahirkan.
Agama Islam sesuai dengan fitrah manusia

-FITRAH  ITU  PERLU  DIKAWAL  BUKAN  DIBUNUH..KAWAL  DENGAN APA??KAWAL DENGAN AGAMA SAHABATKU^_^ HAMPIRKAN FITRAH  KITA  DENGAN ALLAH SWT:)-

أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الله

     

KALIMAH SYAHADAH```


DALAM SEHARI HARI KITA SOLAT...KITA MENGUCAP KALIMAH SUCI INI.. KITA BERDOA KITA MENGUCAP LAGI...LAGI DAN LAGI...TAPI BERAPA RAMAI YANG DAPAT MENGHAYATI KALIMAH INI?? BERAPA RAMAI YANG ALLAH SWT JANJIKAN SYURGA KERANA SUCINYA KALIMAH TAUHID ITU??

 

أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الله

Bismillahirahmanirahim...
Abu Said ra. memberitakan daripada Nabi saw di mana baginda bersabda:
"(Pada suatu hari) Nabi Musa as. berdialog dengan Tuhan: "Wahai Tuhanku, ajarilah aku sesuatu yang dapat aku sebutkan Engkau dan aku dapat pula memohon pada Engkau, dengannya."

Nabi menyambung: "Tuhan menjawab: "Ucapkan La ilaha illallaah."

Nabi Musa as. menyambung: "Wahai Tuhanku, setiap orang hamba Engkau mengucapkan ucapan ini (sama dengan mereka)."

Allah SWT masih juga berfirman: "Ucapkan La ilaaha illallaah."

Nabi Musa as. menyambung sabda: "(Wahai Tuhanku) sungguhnya aku inginkan suatu ucapan yang di khususkan bagiku."

"Mendengar demikian Allah SWT pun menjawab: "Wahai Musa, seandainya langit langit yang tujuh dan bumi yang tujuh (lapis) diletakkan pada suatu daun neraca (timbangan) dan kalimah La ilaaha illallaah di letakkan pada suatu daun neraca, akan berat lagilah La ilaaha illallaah."

(HR An-Nasa'i, Ibnu Hibban dan Al-Hakim: Shahih)

Dalam hadis lain Ibnu Abbas ra.meriwayatkan Baginda Saw bersabda: "Demi yang diriku ditanganNya, jika segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa yang ada diantaranya dan apa apa yang ada dibawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La ilaaha illallaah di sebelah yang lain maka dacing kalimah itulah lebih berat."


Menyebut kalimah La ilaaha illallaah juga adalah untuk memperbaharui iman kita setiap masa

Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.