Monday, December 16, 2013

ISFP personality :)

Bismillah. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Final exam will approach us so soooon~
And home will be mine. Hewhewhew. A sem going to be a memory.
Satu sem not going home. First time kott.
Basically, this sem I registered for 8 subjects including the tilawah and study circle. And the most interesting subject to me always be psychology. Actually, I wanna take human science at first but pure science was my family choice. So,naaah. Proceed for the allied and now degree in Biomedical Sc. Insyaallah, later will take Psychology perhaps. But psychology class held at 630 pm until Isya..  Fall asleep often.. hee.. Ok. Sebenarnye nak kongsi satu link for a psychology test. Happy trying :)
These were my result!~
#spontaneous
#love of freedom
#artistic, independent approach
#very goal-driven
Klik sini :D jom test!

“You have to put yourself in environments and do certain actions where your iman will increase. There’s no neutrality in iman–you have to always put positive energy in or your iman will decrease. Your vehicle isn’t going to move unless you press the gas. Your nafs is dragging you down. Your have to put your heart in particular conditions to be able to receive the rain–the mercy.” -Shaykh Yahya Rhodus


Thursday, November 21, 2013

A word: Speechless

Really pretend to be strong now. Pretending as I dont really care. Smiling ;)

Silent when drag by problem. I am speechless.


I hope that you know what behind my smile.


But you are not.
This is the middle.
Are we going to fear it.
I am speechless now.
Totally speechless.

Wednesday, November 20, 2013

21.11.1957

Eid milad ummi. I miss you soooo much :)

Apa Perkembangan sekarang??

Bismillahirrahmanirrahim.

 Hmm.Feel like a long time not writing anything here. I had created a hypothesis actually. If I dont write any entry or status in fb ke, I actually dont read enough book. I mean books besides the anatomy or the chemistry book. Alhamdulillah, almost three months in Kuantan. In the garden of knowledge despite of the hestic day, I live my own life I thought. Alone. Often. In the library. Carrel room specifically. Eh, wait! ALONE? So where is Allah? No. Not alone :)

Last week, I had the chance to meet my friends in Gombak as I go to al-attas's saturday lecture. I cant describe how happy I am. Hew hew >.< That Sunday morning we gather senior & junior and taaruf. Ok. Thats the point. "Apa perkembangan sekarang" Well, my senior ada yg dah kahwin. Bro Najib. haha. And one I think getting engaged. Else, busy with architecture projects and English classes. Me? I really do lot in Kuantan I think. Knowing many new peoples. And definitely new 'head'. Perangai macam-macam. Haha. New roomates that really encourage me to get married very soon~ Perhaps they want to choose "who" for me too. Erkk.. ( I said to Mira, I dont care, whoever he is, dont approach me, approach my wali. Insyaallah i will give a minute to think.Saying is easy akteli-.-) New classmates~ Colourfull~ Owh, back to Gombak. Aina and me going out with the Gombak-ians at Wangsa Maju. I dont know. What feeling I had that time. I am happy but I felt guilty too. I dont wanna mention here.

And time to back to Kuantan come. Really going to miss them again. The ticket state the bus will depart at 8.30 pm. The only bus available that day. And guess what, sudah menyusahkan someone to "delivery free" ke Greenwood and accompanied us until 9.00 pm..Really need too akteli walaupon dah beberapa kali suruh dia pulang. Greenwood is not a best location to wait for busses at the night tau.  The bus late. Janji Melayu perhaps? Btw, Thankyou you youu. END. tak tahu nak naip ape dah~merapu je.


We only love the beginning of things. We hate the middle, and fear the end.



Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Sesungguhnya orang-orang yang saling mencintai, kamar-kamarnya di SYURGA nanti terlihat seperti BINTANG yang muncul dari timur atau bintang barat yang berpijar. Lalu ada yang bertanya, "siapa mereka itu?", "mereka itu adalah orang-orang yang mencintai kerana Allah 'Azzawajalla." (HR. Ahmad)

:) Strive for final exam~

Wednesday, November 13, 2013

Perginya seorang Ammar..

Bimillahirrahmanirrahim. In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Nota yang terakhir Ammar tulis dan letak dalam begnya adalah kaedah pertama dalam risalah ikhlas, 

Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling, maka itu tidak penting. Jika Dia menerima sedangkan seluruh masyarakat menolak maka tiada kesannya. Setelah Dia meredhai dan menerima, jika Dia kehendaki dan selari dengan hikmah-Nya, walaupun kalian dalam keadaan tidak meminta, Dia akan menjadikan masyarakat juga menerima dan meredhai. Kerana itu, keredhaan Allah sahaja yang perlu dijadikan sebagai tujuan utama dalam khidmat dakwah ini."




Satu sosok tubuh yang tak dikenali pun.
Tapi tak tahu kenapa turut rasa kehilangan. 
Kehilangan seorang pemuda.
Yang perginya diredhai ibubapanya.
Kebaikannya disebut-sebut.
Dikenang dan dirindui orang yang pernah mengenalinya.
Perginya menemui Ilahi.
Di bumi syahidnya pejuang2 islam.
Seusia diri ini.
Lantas.
Tertanya sendiri.
Bila masa nya pula diri ini??
Sungguh beza.
Aku dan dia.

Monday, October 21, 2013

A Word : Believe

Peace~
In a world full of confusion

Where we walk with pain in our hearts
O Allah guide us to heaven and show us all the right path

We pray that He'll forgive us and tears forever fall
Looking for a happy ever after when we are gone
I can be free nobody's holding me
I'm on the road to be
Where Allah is pleased with me

Little children with smiles on their faces
Wake up each day by saying His name
O Allah show us your mercy and brighten all of our day

We can be free
When we believe it
بالإيمان تصفو لنا الحياة 
We can be free
When we believe it
نحيا في دنيانا بحب الله 
-Saif Adam-

Saturday, October 5, 2013

The Cloud~

Jam menunjukkan 2 setengah, terkocoh-kocoh siap untuk ke study circle di masjid. Tersalah faham yang mula pada jam 5. Jauh beza sungguh salah faham nya. Sampai sahaja tersenyum malu sendiri kerana dah hampir sejam halaqah bermula tapi fasi tu senyum je :) Memang Allah takdirkan hari itu belajar pasal ikhtilaf. Salah faham. Panjang juga cerita nya. Mungkin entry seterusnya saya akan cerita. Yang menjadi concern hari ni adalah selepas pergi halaqah tu saya ziarah la kakak di talhah 5. Jumpa budak bulus comel. Tapi kesian dia kena cat. Tapi itu pon hanya sampingan juga. Nak cerita yang akak tu nak pergi usrah dia. Jadi diajaknya saya.. Hmm..Pikir juga,apa salahnya walaupun bukan jemaah yang sama. Tapi tujuan yang sama mengutip redha ilahi yang penting. Pergila. Terus dapat soalan apa yang menggambarkan diri anda? Dalam hati cepat2 jawab KUCING. tapi nanti dulu~


Awan..
Tidak tahu mengapa tapi rasa tenang sungguh hati melihatnya. Putih macam gula-gula kapas. *ttbe lapar rasa* Tapi sebenarnya awan maknanya cukup mendalam. Rasa sangat dekat dengan diri. Mahu sungguh menjadi sepertinya. Awan menangis tapi tetap sahaja menyejukkan manusia. 


[kredit]

Masih di sini menatap awan :)

Sunday, September 15, 2013

Selamat bertaaruf ye cik UIAMK :)

Bismillahirrahmanirrahim.....dah hmpir  2 minggu saya disini....jalan sudah,berlari pun sudah...kelas dah pergi...tapi untuk entry kali ni saya nak cerita mengenai bagaimana students iiumk menjalani taaruf week...^_^

Ketika mula-mula menjejakkan kaki ke uiamk saya rasa macam tak percaya...bangga pun ade...sedih pon ade.hehehe....tp yang paling first class nya layanan dari senior-senior....tolong angkat barang(yeke??), tolong tunjuk jalan, tolong macam2 lah...thanks a lot to all seniors....

Lepas dah habis je registration kitorang kena berkumpul dkt One Stop Center(OSC) berdekatan gate utama...punya lah semangat nak bertaaruf week...siap pakai baju batik merah lagi....cantik woooo....For sister better pakai tudung putih terus la masa registration.Senang, tak perlu terburu-buru nak tukar dah lepas tu.Lepas duduk dlm dewan tu buku program taaruf week tu penuh dengan main....heh.Tipu je. Semuanya briefing....fuhhh....kena bersedia fizikal dan mental ni...^_^ Alhamdulillah taaruf  "week" will last after 3 day. Then, ada post taaruf yang macam ok la.( I dont go)

Bila dah duduk dalam dewan tu faham2 lah ye...budak perempuan ni banyak ckp sikit.(kecuali saya la kan kan)..jadinya punya lah bising dewan kat OSC tu...biasa lah dah 3 bulan tak jumpa msti lah banyak cerita yang nak disharekan...bile time briefing semua pakat mengantuk....haha....

Tapi part yang paling best sekali kitorang kena solat berjemaah...kalau time jalan nak pergi masjid tu panjang je line...dari jauh nampak macam semut je...Cantik sungguh masjid tu plus besar. Menara dia malam-malam nampak macam menara KL je. Tapi masih bersesak juga la di masjid. Lagi-lagi di bahagian sisters.

Masjid itu~ [kredit]
Hari kedua tu dari pagi sampai petang kerja tadah telinga ja. Majlis ilmu insyaallah..hehe.. Petang ada riadah dan malam nya ada CULTURAL NIGHT. Tolong siapkan mental untuk mandi sekali saja dalam sehari atau paling banyak dua kali je. Baju memang malam basuh, pagi tu kena iron untuk keringkan.hehe.. Sepanjang taaruf week tiga hari tu memang pakai baju t-shirt dan baju batik taaruf yang dia bagi je la.

Hari ketiga pulak dari pagi sampai petang saja. Ucapan Dean dan sedikit persembahan. Macam CFS juga kena berbaiah dan nyanyi lagu IIUMK. Lepas Asar ,sudah rasmilah menjadi mahasiswi IIUMK. Simple kan?


Lillah,fillah tidak akan lelah! Insyaallah. Ganbatte~ 




Saturday, August 31, 2013

Bersediakah??

Hati dan diri berbicara soal sedia

Hati : Bersediakah untuk mati??
Diri : Bagaimana amal ku? Tidak mungkin aku sudah siap.
Hati : Tapi itu pasti.
Diri : Aku masih mencari dan terkejar amal-amal itu


Sunday, August 18, 2013

Half of Me..

If you do not feel the pain, the tragic and the sufferance of this ummah, you are not part of it

Mr. Bie-Separuh Aku

CATATAN DOKTOR MEDAN RAB3AH ADAWIYYAH

Hospital Medan Rabaah
Sebagai salah seorang peserta demonstrasi yang telah biasa
berkhemah di Rabaah, saya memang berada di situ sejak Rabu pagi. Seawal
jam 6 pagi, arahan dikeluarkan kepada semua agar meninggalkan khemah dan
berada di dataran, dan sudah ada tanda-tanda kecemasan. Sekitar jam
6.30 pagi, saya mula mengalami masalah dengan isyarat talian internet
menyebabkan saya termangu-mangu, dan ketika saya tiba di belakang “Tiba
Mall” jam 6.40 pagi, barulah saya menyedari serangan telah bermula
dengan lontaran bertalu-talu gas pemedih mata yang dilontarkan tepat
ke tengah-tengah kawasan di mana peserta demonstrasi aman duduk.
Dalam tempoh beberapa minit, saya dapat melihat mangsa pertama dilumuri
darah dari luka yang parah di tangan yang kelihatannya telah melibatkan
sebahagian besar otot tangan kanannya. Sebagai pakar bius dan
pakar perubatan kecemasan (critical care physician), saya mengambil
keputusan untuk menawarkan diri bertugas di hospital Medan Rabaah
sejak awal perhimpunan diadakan, iaitu selepas Presiden Morsi digulingkan.
Hospital medan agak tersusun. Ia barangkali telah belajar daripada dua
episod pembantaian lepas.
Walaubagaimanapun mangsa bertali arus masuk dan dengan segera,
keadaan menjadi kelam kabut. Saya tidak merasai sendiri pengalaman
ketika pembantaian “Republican Guards’ atau pembantaian Al-Azhar,
maka saya berasa sangat terkesan melihat betapa ramainya mereka yang
mengalami kecederaan pada hari ini.
Dalam masa kurang dari 3 jam, hospital dan ruang-ruang dewan
berhampiran hampir penuh dengan mayat dan mereka yang cedera.
Kecederaan yang dialami adalah sama ada dari peluru tabur (birdshot)
kepada peluru hidup (live bullet).
Kebanyakan luka dari peluru hidup dijumpai di bahagian atas badan
dengan sebahagian besarnya di kepala dan leher yang langsung
mengakibatkan kematian.
Sekitar jam 10-10.30 pagi, gas pemedih mata mula dilemparkan ke
arah hospital, menyebabkan udara sekitar amat melemaskan dan semua
kakitangan hospital mula memakai topeng mulut. Oleh kerana saya tidak
berdaftar di hospital tersebut, saya tidak mempunyai bekalan topeng.
Sukar bernafas, saya tinggalkan aras pertama, aras di mana pesakit
diterima, dan cuba naik ke aras kedua
untuk mencari topeng tersebut di bilik
bekalan.
Di aras kedua, saya terjumpa sebuah bilik di mana kaum ibu membawa
anak-anak kecil mereka berlindung dari asap pemedih mata yang cukup
pekat itu. Saya akhirnya hanya menjumpai topeng biasa dan bukan
topeng yang dapat melindungi dari asap pemedih mata.
Saya menyambung tugas membantu mangsa-mangsa baru yang tiba di
hospital, tetapi keadaan semakin teruk
dengan pertambahan jumlah mangsa.
Ini termasuk kes-kes yang parah, asap pemedih mata (saya mendapat tahu
kemudiannya botol gas ini dilemparkan dari atas oleh helikopter). Bunyi
tembakan juga semakin hampir dengan hospital.
Jam 12.00 tengahari, terdapat arahan
untuk mengosongkan hospital kerana terdapat kebimbangan serangan di
situ. Semua staf di arah menyorokkan tag pengenalan identiti perubatan
mereka, menyorokkan kot putih atau sarung tangan bagi mengelakkan
tangkapan atau soal siasat.
Arahan meninggalkan hospital
Saya meninggalkan hospital tersebut dan melintasi satu dewan yang
dipenuhi mayat-mayat mangsa serangan, dan kemudiannya melalui
satu dewan lain yang penuh juga dengan mereka yang tercedera yang
dikategorikan sebagai kurang teruk (apabila saya maksudkan kurang teruk,
ini hanyalah bermaksud mereka ada beberapa jam untuk mengharungi
kecederaan tanpa pemerhatian rapi, tapi sebenarnya, dalam keadaan
normal, mereka adalah pesakit yang memerlukan pembedahan segera).
Hati saya sangat tersentuh tatkala saya melihat senario wanita dan orang tua
yang hanya mampu menangis di samping anak-anak atau saudara
mereka yang tercedera kerana memang tidak ada siapa yang dapat menolong
mereka di tengah-tengah serangan berdarah ini.
Saya berdiri di sebuah koridor di belakang hospital, yang berdekatan
dengan Masjid Rabaah. Di sini juga
beberapa mangsa di kalangan pemprotes berlindung setelah mereka
tiada lagi tempat di hospital. Salah seorang dari mereka yang cedera
(ditembak di kaki) berkata kepada saya
“Dr, kenapa berdiri sebegini? Pergilah
dan pindahkan atau tolong pesakit
lain”. Saya berasa sangat simpati kepada anak muda ini, yang tidak
pedulikan kecederaan dirinya sendiri sebaliknya memikirkan sahabat-
sahabat lain di tengah-tengah serangan berdarah ini.
Saya sendiri tidak tahu hendak ke
mana setelah arahan mengosongkan hospital, jadi saya terus berlindung di
situ, hampir dengan masjid di mana wanita dan orang tua berada. Bunyi
tembakan peluru bersambungan dan semakin dahsyat, asap terus memenuhi
ruang. Selepas beberapa minit saya lihat gas pemedih mata menguasai
koridor di mana saya berdiri tadi, saya teringatkan pemuda yang menegur
saya tadi dan yang lain yang tercedera, adakah mereka sempat
dipindahkan atau tidak? Orang ramai mengipas-ngipas ruang udara mereka
dengan baju dan kain untuk cuba mengusir asap dan bau yang cukup melemaskan itu.
Hospital di Rabaah
Selepas sejam, saya berjumpa seseorang dari hospital medan tadi,
dan dia memberitahu sebuah hospital dari badan kebajikan Rabaah telah
dibuka untuk menerima pesakit. Saya segera ke situ dan segera bertugas
kembali, saya merasakan sedikit lega kerana dapat bekerja di hospital
sebenar, apatah lagi sahabat-sahabat sekerja saya berjaya mendapatkan
bekalan perubatan dari hospital Medan tadi. Kami mula bekerja dan saya
gembira kadar mangsa baru yang datang berkurang. Saya mula terfikir
yang tentera telah memberhentikan serangan mereka.
Saya mula bekerja dengan kes yang
ada dengan sepenuh kemampuan saya.
Ada beberapa kes yang teruk. Salah satu daripadanya adalah kes seorang
wartawan asing (saya diberitahu bahawa mereka dari Sky News) telah
ditembak di bahagian bawah dada,
mengalami pendarahan yang banyak sehingga beliau kelihatan pucat. Saya
sempat memberitahu rakan-rakan wartawan tersebut yang sahabat
mereka memerlukan pembedahan segera (hanya beberapa minit
kemudian, saya telah tidak dapat menemukan mereka, dan tidak tahu sama ada sahabat mereka terselamat
atau tidak). Namun saya sempat berpesan kepada kumpulan wartawan
ini, jika mereka boleh memberitahu dunia, untuk menyeru tentera supaya
jangan mensasarkan hospital dengan serangan peluru hidup dan gas pemedih mata.
Sniper mensasarkan hospital
Dalam keadaan yang agak aman ini, saya turun ke aras bawah tanah untuk
cuba merehatkan diri, tapi nasib saya, saya terjumpa dua orang yang
kebetulan dari kampung halaman saya.
Mereka bertuah kerana hanya cedera dengan tembakan di kaki dan di betis,
dibandingkan dengan kes-kes di luar sana.
Saya kemudiannya melakukan bantuan kecemasan resusitasi (CPR) kepada
seorang mangsa lain, malangnya tidak berjaya menyelamatkan beliau. Saya
cuba membantu pasukan perubatan untuk memindahkan jasad beliau, tapi
kami diberitahu bahawa peti penyejuk
tempat simpanan mayat telah pun penuh dengan lebih 40 mayat, dan
diarah membawa mayat tersebut ke tingkat 3. Saya amat terkejut melihat
dewan di tingkat 3 juga penuh dengan 30-40 mayat.
Saya meletakkan jenazah ke satu
bahagian di situ, dan turun ke tingkat bawah, hanya untuk kemudiannya
diberitahu bahawa pintu masuk ke
hospital sekarang adalah di bawah ‘ehsan’ seorang penembak tepat
(sniper) yang akan menembak sesiapa sahaja yang cuba masuk ke hospital.
Satu pemandangan yang memilukan melihat orang ramai berlari membawa
sama ada bekalan hospital, ataupun mangsa yang tercedera, dengan susah
payah mengelakkan diri dari sniper yang juga mensasarkan tembakannya
hatta kepada mereka yang cuba mengintai di balik tingkap hospital.
Tidak berapa lama kemudiaantembakan sniper itu mengenai kaca
tingkap yang pecah berderai. Jam 3 petang, keamanan yang kami nikmati
seketika hancur dengan ramai lagi mangsa dibawa ke hospital dengan
kecederaan yang lebih parah daripada
apa yang dilihat di sebelah pagi tadi.
Saya melihat mangsa yang berkecai kepalanya dan bersepai tisu otak di
atas lantai. Saya juga melihat mangsa dengan tembakan yang disasarkan
tepat mengenai kepala dan leher, ditembak sniper.
Jam hanya menunjukkan jam 4 petang,
apabila lantai di aras bawah tanah dan tingkat satu telah mula penuh dengan
mereka yang tercedera dan terkorban.
Saya tahu, di aras lain pun keadaannya serupa. Terdapat beberapa ambulan
yang cuba memindahkan pesakit dari pintu belakang, tetapi dengan
kecederaan parah mangsa-mangsa yang ada, saya rasa mereka hanya
dapat memindahkan sekitar 5% sahaja
dari keseluruhan yang memerlukan pembedahan. Keadaan semakin teruk,
kami tidak dapat merawat semua kes yang baru tiba. Kami hanya
memikirkan kes-kes yang mempunyai
peluang cerah untuk hidup walaupun bilangannya sedikit.
Lantai dilumuri darah, dan pesakit baru terpaksa dibawa merentasi mereka
yang lain yang telah ada di atas lantai. Saya bekerja seperti sebuah mesin,
dan tidak percaya saya masih hidup melihat perkara ini terjadi di negara
saya sendiri. Saya pernah menjadi sukarelawan di hospital lapangan di
Dataran Tahrir pada tahun 2011, tetapi
tiada yang dapat dibandingkan dengan pembantaian Rabaah ini. Saya
sehinggakan tidak sempat mengambil gambar pesakit atau dokumen mereka
kerana terlalu sibuk menyelamatkan nyawa.
Bau kematian berada di mana-mana, dan baju saya basah dilumuri darah.
Saya terpaksa menulis sebuah buku
jika harus menceritakan semua pesakit yang saya rawati.
Polis menyerang hospital
Jam 5 petang, peluru sekali lagi
menghujani pintu, dan meranapkannya
sama sekali. Bunyi tembakan semakin dekat dan bingit. Setengah jam
kemudian, tembakan dilepaskan ke
Jabatan Kecemasan yang dipenuhi
dengan pasukan perubatan dan mangsa.
Ketakutan menyelubungi hospital dan
semua orang seperti terperangkap di
tempat sendiri. Sepuluh minit
kemudian, pegawai polis memecah
masuk ke hospital. Mereka berbadan
besar dan memakai pakaian khas berwarna hitam dengan senjata api
besar, yang belum pernah saya lihat
sebelum ini. Mereka mengarahkan
semua orang meninggalkan hospital.
Perdebatan tercetus di antara kami tentang apa yang kami perlu buat
dengan ratusan yang lain yang tercedera yang masih hidup di
hospital, dan adakah kami dapat
mempercayai polis-polis ini, namun apabila seorang polis masuk ke
ruangan di mana kami berada, seorang
demi seorang mula beredar.
Ketika mula beredar, saya memberitahu
seorang polis, yang masih terdapat
mereka yang tercedera di hospital itu.
Dia menjerkah saya berkata “Biarkan
mereka mati! Biarkan mereka mati!” dan berjalan ke arah saya dengan
senapang yang besar itu, seakan ingin
menyerang saya. Nasib baik, saya
sempat lari menerusi pintu kaca yang
pecah ketika dia sibuk dengan mereka yang lari ke arah berlawanan.
Polis membakar hospital
Di luar hospital, keadaanya lebih  mengerikan, mayat-mayat di atas
jalan, dan tembakan di sana sini. Kami berjalan di sepanjang tembok dengan
tembakan demi tembakan dan saya
tidak tahu jika orang di belakang saya  terbunuh atau tidak. Saya berjalan
terus ke jalan berhampiran, risau jika
saya ditembak atau ditangkap, tapi
nampaknya polis sibuk dengan saki-
baki pemprotes di tempat protes tadi.
Saya toleh ke belakang dan lihat asap
tebal, setelah mereka membakar
hospital dalam keadaan masih ramai
orang di dalam, mayat-mayat dan
mereka yang tercedera yang tidak  dapat meninggalkan hospital.
Sehingga saat ini, saya tidak dapat
melupakan kes terakhir saya, seorang
tua yang datang setelah ditembak di  kepala, tetapi beliau masih hidup.
Beliau ditemani oleh anak saudaranya
yang berumur antara 15-16 tahun. Saya
lakukan bantuan kecemasan ,
memasukkan tiub intubasi (intubation)  dan meminta anak saudaranya
mengepam udara masuk ke ruang
pernafasan menggunakan pengepam
(ambu-bag breathing). Dalam
perjalanan keluar, saya masih terlihat
riak wajah tak berdaya remaja ini
memohon pertolongan dari kami untuk
bapa saudaranya. Bapa saudaranya mungkin terbunuh dengan terbakarnya
hospital, tapi saya tidak tahu nasib remaja ini.
Saya berjalan keluar, berfikir, adakah
spesies manusia yang menyerang kami, atau bukan. Segala tembakan
adalah untuk membunuh, dan segala
keceraan adalah di luar imaginasi.
Saya tidak mahu percaya bahawa saya
telah hidup melihat penduduk Mesir terbunuh di jalan-jalan dan
hospitalnya dibakar, dengan pesakit
masih di dalamnya.
Jika ini berlaku kepada kita, oleh
mereka yang juga kaum Mesir yang
sepatutnya melindungi kita, apa akan
terjadi jika kuasa asing menyerang
negara kita? Saya menulis setiap baris
ini dan saya masih tidak
mempercayainya. Saya berharap semua
ini adalah mimpi ngeri yang saya akan
terjaga darinya.
Coretan ini ditulis oleh Dr Islam Abdel
Rahman, doktor pakar bius
(anesthetist).
Medan Rabaah.
9.44pm, 15 Ogos 2013


“Barang siapa tidak peduli dengan urusan umat muslim, maka dia tidak termasuk golongan mereka” (HR. Muslim)


-To anonymous.Moga saja kau baik-baik sahaja di sana. Dilindungi Allah swt selalu. Belajar menjadi doktor buat ummah ini. Insyallah,we will meet. Ameen :) -