Tuesday, May 28, 2013

Kerja Kecil, Jiwa Besar

Bismillah..



"Pergi ke masjid di sana dan belajarlah sesuatu daripada seorang lelaki." Begitulah pesanan pendek gurunya.
"Lelaki yang mana satu?" Tanya si murid,untuk lebih jelas.
"Kamu akan tahu nanti."

Si murid pun pergi ke masjid yang dimaksudkan. Setelah solat,dia melihat seorang lelaki sedang membaca al-Quran.Lama dituggunya,tapi lelaki itu terus membaca al-Quran tanpa mempedulikanya.Dia terpandang pula seorang lelaki berhampiran mihrab,sedang menelaah beberapa buah kitab. Setelah memberi salam,dia menegur, "Tuan,bolehkan ajarkan saya sesuatu?"


"Maaf,saya sibuk ni. Awak datang tidak kena pada masanya," jawab lelaki itu tanpa melihat pun kepadanya.Matanya terus asyik melihat kitab-kitab yang sedang dibacanya.

Si murid agak kecewa. Siapakah yang dimaksudkan oleh gurunya?

Oleh sebab tiada orang lain lagi di dalam masjid itu,maka dia pun bercadang untuk pulang. Ketika menyarung kasutnya dia terpandang seorang lelaki yang agak tua, sedang membersihkan longkang masjid. Pak cik itu menegurnya dengan ramah dan mesra sekali.


"Dah berapa lama pak cik kerja di sini?" Tanyanya,sekadar memeriahkan perbualan. Tidak ada apa-apa ilmu agama pun yang boleh dipelajari daripada lelaki yang kerjanya membersih longkang masjid ini,bisiknya dalam hati.
"Hampir 15 tahun."
"Seronok?"
"Seronok sekali nak," Kata lelaki itu sambil tersenyum.

Dilihatnya cara pak cik itu membersihkan longkang masjid itu begitu halus dan teliti. Celah-celah longkang yang paling kecil dan sempit juga dicucinya. Begitu tekun sekali.


"Pak cik, celah-celah rekahan longkang itu pun pak cik cuci.Hairan saya."
"Apa nak dihairankan?"
"Bukannya ada orang nampak pun benda-benda kecil sebegitu....."
"Tapi Allah nampak nak" kata pak cik itu sambil tersenyum.

Murid itu terdiam. Rupa-rupanya pak cik itulah yang dimaksudkan oleh gurunya!



(credit to buku Angguk Geleng by Ust Pahrol & Husna)  ^__^


***********************
Bila bekerja dengan ikhlas. Kita rasa Allah nampak kita. Bukankah itu definisi ihsan? Berniatlah setiap kali keluar bekerja apa sahaja kerana Allah. Kan dikira sebagai satu ibadat? Senyum :)
"Katakanlah Muhammad, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan seluruh alam."
( Surah Al-An'am : 162)


Alhamdulillah. Sem tiga sudah melabuhkan tirainya dan juga merupakan terakahir (Sungguh tidak pasti. Harap sangat ya).Aminn.. Menunggu keputusan dengan debaran yang teramat. Alahurobbi ini baru hekzem dunia. Bagaiman hekzem akhirat nanti?? Alhamdulillah juga banyak juga kerja yang boleh dibuat. Cuma harus memilih. Dari menjadi suri rumah hingga la babysitter. Tapi teringin sungguh untuk buat part-time di Hospital Al-Islam. Sebagaimana dahulu hati teringin benar belajar di UIA. Seorang sahabat ada juga recommend menjadi cleaner di hospital itu. Haha. Teringat cerita di atas. Itulah yang dikongsi di sini. Sungguh pekerjaan apa sekali pun kalau dilakukan kerna Allah tiada sia nya. Tapi ummi dan walid pasti tidak setuju. Aku faham. Mereka sudah berjerih payah untuk melihat kesenangan ku. Selalu pesan "Adik belajar sahaja lah". Sungguh aku terlalu menyanyangi mereka. 

-The End-

Sunday, May 5, 2013

Ini kalikah?

Assalamualaikum.

"Islam bukan hanya berkisar kepada topik politik dan munakahat sahaja"

Yes.Ini la yang aku mahu dengar. Hati riang gembira. Menang~ Topik yang listed at the bottom in my list.. Topik kecil je tu.Eh,betul ke kecil? Bendera merata sini sana. Membazir! Sumpah. Dah la tak cukup lagi umur. Baik kawin cepat kalau diri tu gatal sangat. Eh eh. Nanti dulu. Apa yang rakan sebelah aku buat ni. Kenapa dia mengangkat tangan? Kenapa dia seperti berdoa ketika melihat bendera biru dan hijau yang menghiasi jalan ke kampung itu. Eh,kenapa? Ika,apa yang awak doa tu?

"Saya doakan semoga Islam menang.Amin. Insyaallah"



Perasaan berbolak balik.Em.. Diri ini. Apa yang telah diri ini fikirkan. Bukankah politik dan Islam itu tidak dapat dipisahkan? Bukankah satu hari nanti juga engkau akan berumah tangga? Jika tidak suka jadi tidak perlu tahu langsung kah? Minda berputar ligat. Penghawa dingin dalam bus itu seperti cuba menyejukkan lagi hati yang mula berpeluh sejuk. Hati bermonolog. Kenapa tidak aku berdoa untuk Islam. Ini bukan ada kena mengena dengan parti apa pun. Allahurobbi. Banyak nya kurang diri ini.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui." 
(Surat CintaNya al-Baqarah:ayat 216)



Teringat kembali kata-kata ustaz yang mengubat seorang sahabiah terchenta. Seorang pemimpin ni kena tahu pimpin manusia dan alam jin. Tengok lah berlaku  yang berkaitan ini. Bagaimana pemimpin yang tidak tahu menahu mahu memimpin. Itu lah kita memilih pimpinan ulama. Bukan saja-saja. Aduh! Sungguh bagai ada kesedaran di situ. Pentingnya politik ni. Ini bukan main-main. Ini masa hadapan kita. KITA.


-I'riful haq, ta'riful haq- Ketahuilah kebenaran dan ketahuilah ahli-ahli yang benar-


Berdebar menanti keputusan. Hasbunallah wa ni'mal wakil!!