Friday, December 28, 2012

When the Heart Beat~

All this while, I search for you to be always beside me. Go through all the stuff. And now I decide not to search anymore. I'm in search of myself.Em..(ok that just fake story telling :P)Begiin~ She said, "How will they have your love, when they have no love to what you love,Allah" . I smiled. Yes,so true.


"Beware of what you let enter your heart. There’ll come a day when you’d give anything to remove it."
Yasmin Mogahed



Apabila hati resah… pasti ada perintah Allah yang belum dilaksanakan atau tegahan Allah yang telah dilanggar, atau kedua-duanya sekali.
Beristigfarlah… kemudian paksa hati dan anggota untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
Ingatlah wahai diri, melakukan taat lebih mudah berbanding melakukan maksiat. Jika taat itu pedih… maksiat itu lebih pedih!
~Ustaz Pahrol Mohamad Juoi~

Tersenyum..Melihat karenah adek2 yang gumbira,ceria itu,mengusik hati..Masih kanak-kanak tapi sibuk dengan hanset.Ipad lagi. Kira-kira kembali,masa aku tingkatan 3 baru aku punya hanset..Tersenyum lagi.

     "mesej sape tu dek?" 
"kawan"
"laki ke perempuan :)"
"laki..hehehe"
"amboi kemain..akak pon xde tau"
"tipu..weerk :P"
"eh,betullah,insyaallah lame agy..haha"

Sungguh aku masih malu berbicara lanjut apa-apa kaitan ini.Tapi kadang-kadang tak bisa dielakkan juga. Nak masuk 20-an sudah.  Rasa macam dah besar..haha.. :) Aku macam tak percaya. Sultan Al-Fateh menakluki Constantinople ketika berusia 19 tahun kan?? Apa yang telah aku takluki sebenarnya?? Dalam hati terfikir juga advance betul adik2 ni.. Sahabat-sahabat ku juga ada yang sudah bertunang. Bagiku kalau sudah ada orangnya,pasti sudah ada tarikh akad nya..hehe..'WHEN' first before find 'WHO'. Jadi bila aku masih tidak pasti tarikhnya,malas mahu pikir kan apa-apa.buat gapo lama-lama simpan perasaan tu wahai hati.. Melarat penyakit hati nanti. Stroke iman kang. Emm, Sedih lihat sahabat yang kecewa dengan manusia. Status di fb bertukar duka. Mungkin kita terlupa, Allah itu sentiasa bersama kita :)

P/S: Lucunya bila di UIA ini baru ku tahu apa itu 'khitbah', 'taqdim'.. Ya Allah terima kasih kerana menutup aibku. Tapi Allah,jangan Engkau biar mereka terlalu menyanjugi aku kerana sedikit kelebihan yang Kau pinjamkan,kerana aku takot mereka tidak tahan kelemahan aku nanti.. 

Wednesday, December 26, 2012

Memaknakan makna NILAI :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :)


    Hidup  ini adalah  masa-masa yang berharga buat si insan yang tahu erti nilai. Nilai..Apakah?? Nilai RM10 buat si pengemis  jalanan,mungkin sama seperti nilai RM100 buat kita atau mungkin RM1000?
RM10 yang sama  dibawa ke masjid, nilainya melambung,dibawa ke pasaraya mahupun Year-End-Sale di kotaraya,ah sudahh... cepatnya nilai itu turun. Jadi nilai ini  berubah ubah dek tempat kah??

    Baik itu contoh not-not kertas yang tertera nombor yang memberi taksiran berbeza mengikut tempat. Bagaimana dengan nilai sesuatu objek misalnya makanan.Jika anda di posisi seorang jutawan yang mempunyai perusahaan maju,gilang gemilang lagi,apa nilai sebuku roti buat anda?? Pasti nilai itu menjadi sebaliknya buat sesorang yang hanya mempunyai pekerjaan yang biasa-biasa sahaja bukan. Jadi kali ini 'nilai' berubah mengikut status??

Don’t count every hour in the day, make every hour in the day count.
~Anonymous


Kenapa masa terasa sebentar. Kadang-kadang rasa seminit macam sebulan. Kadang-kadang rasa menyesal dengan masa yang telah berlalu?? Bagaimana harus dinilai masa itu? Sebenarnya jawapan nya adalah pada erti syukur pada diri kita sendiri. Kerjalah pagi dan malam,jika masih meraba-raba erti syukur itu pasti nafsu tidak akan pernah puas! Percayalah kepada Ilahi. Nilaikan setiap yang kita lakukan dan adakan. Kadang-kadang kita terpaksa beli kebahagian dengan duit.. Hakikat.. Tapi duit bukan lah segalanya.Kita usaha,tapi rezki itu Allah yang beri :)

Kaya sebenar bukan kerana memiliki tetapi apabila tidak dimiliki. Apabila kita terlalu ingin memiliki sesuatu atau seseorang, tanpa sedar kita telah "dimiliki" olehnya. -Ustaz Pahrol

Senang nak nilai jauh atau dekat satu tempat sebab ada ukuran tertentu kan. Wajib kita buat keputusan yang tepat supaya tak tersalah 'jalan'.Astaghfirullah.Sungguh diri ini kabur dalam menilai nikmat dalam setiap ujian Mu Ya Allah T_T. Harap sangat lepas ni boleh tetap bersyukur walau apapun terjadi! ::Keep Smiling:: 

-Pesanan ikhlas : Hargai ibu bapa kita walau apa pun nilai mereka di mata kita sementara mereka masih ada :) -

Wednesday, December 19, 2012

Oh Kerang :D

Allahu allahu :D

Adikku,
Jadilah sekuat cangkerang itu,
Agar betah kau tahan setelah jatuh
Adikku,
Harungi sahaja di depan mu,
Untung nanti kau ketemu mutiara,
Adikku,
Lihatlah semut itu,
pagian lagi sudah bekerja,
mari jadi serajin itu :)
Adikku,
Mari kita teladini burung di awangan itu,
Terbang bebas tapi tetap ke sarangnya,
Ayuh biar dicampak ke mana ingatlah identiti kita

Satu-persatu kenangan bersama Kak Hdariyani di Gempak Quran menjengah. Usai bacaan mathurat setiap pagi, akak akan memberi semangat buat adik-adik dengan mencontohi haiwan yang dia nampak. Di dalam halaqah ada semut. "adik-adik,mari kita contohi semut ini". Esoknya "adik-adik,dongak di awan,burung kan??Jom kita contohi burung hari ini" :D
Masih segar dalam ingatan ini juga kata-kata Uztaz Pahrol tatkala menghadiri satu ceramah "Orang yang dekat dengan alam ni adalah orang yang dekat dengan Allah swt. Bangunan? memang ciptaan Allah jugak tapi manusia perantaranya" Lebih kurang begitu. Betulkan jika saya tersalah :) Alhamdullilah 11/12/2012 kak haniy dah tukar status menjadi isteri orang..hehe..gembira dan lucu juga tengok :P 


Lihatlah sesuatu dengan mata hati :)

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati(akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta,tetapi yang buta itu ialah hati yang di dalam dada"

[Surat cinta bersampul hijau m/s 337 Surah Al-Hajj :46]


*Sedang membela sebijik seekor kerang. Confuse sebentar tadi,haiwan ke ni. Eh, eh.haha..Kerang juga hermafrodit.Atau simply said as khunsa. Kejap-kejap ku jenguk si kerang. Letakkan garam kerana mahu samakan dengan air masin(Abang Aslam yang suruh) . Tika itu juga terdetik, kalau kita nak jaga sesuatu,kita jenguk banyak kali. Kalau hati kita?? Jangan biar hati itu lalai ya :)

*Saya lebih cenderung kepada haiwan >.< sumel,comot! Tak seayu yang suka bunga,pokok bonzai,kaktus bagai..(Haip! I luv taekwando..dah level 6.Saya tak suka dibuli..hahaa :P haha~ganas juga sebenarnye)..

Monday, December 17, 2012

I really neeD to CHANGE!


In the Name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful.

Allahu robbi :) I try to accept everybody. Because nobody knows their ending right? So,i hope everyone can accept me too as what i am used to be.
"People change as time flies, but the memory may remain". - Anonymous

Forget all the people around you who want to put you down, they wanna see us fallback. They do this because you are one further step away from victory. Them? just a friction between you and victory/ultimate prize. *credit luqeem


As my heart yell loudly,so please listen a while.

HEY GUYS! I'M NOT AS PERFECT AS WHAT ON YOUR MIND. AND I'M REALLY DON'T THINK I'M THE ONE WHO DESERVE YOUR RESPECT. I'M SO SORRY FOR THE THINK I HAVE DONE. FOR THE WORDS I HAD SAID THAT MAKE YOUR HEART BLEEDING. YET,THAT INDICATE YOUR HEART STILL FUNCTIONING RIGHT?? :P

"Is it really that bad if someone sees who you are? Why is it humans have a problem with letting someone else see that they are human?" Its about humanity case?? people really choose not to see what you had done for them until you then choose to stop. So,okay please stop? oh no please let find someone else laaa~


#SUBHANALLAH.. Working in societies really make me look this life from very different angle. Its a must to let the people judge you. And your responsibility is to judge back what had they judged you. The really important is to remember, only Allah swt know everything. If you do things to please Allah,so care what other say to you??

#I'm really prefer working with the machine/plants/animals rather than human. I really do.. Because I know every human has fragile heart. Sorry for all my mistakes..to everyone who knows me secara sengaja dan tak sengaja :P TQ

-The worst part of being a writer is knowing exactly what you want to say and not knowing how to word it.-

Wednesday, December 12, 2012

12/12/2012

Allahu Robbi :)


    Tengok lah kita. Hamboi menghapdate status excitednye 12 Disember 2012. Unik kan nombornye?? (Ada saya kesah,macam nak teka nombor ekor pulak. Haram!Haram!) Apa yang saya mahu menaip ni?? Menyimpang pula.. Tak... Nampak betapa leka nya kita. Terkial-kial melihat kembali berapa haribulan dalam bulan Islam?? Sahabat wa adik-adik hari ni dah 27 Muharram 1434 H :) Harap mak long dan mak ngah ye... Kiamat 2012?? Allah.. Jangan kucar kacirkan iman yang tak berapa teguh tu. Pegang lah pada janji Allah :) Believe..

Interesting confusion~
1)Betul ya kita ini Islam??? Kenapa akhlak kita tidak mempamerkan sebegitu?
2)Bersyukur ya kita setiap hari?? Kenapa masih mengeluh??
3)Masa pantas berlalu.. Tapi tidurnya macam bayi~12 jam..=.="

Lets tadabbur :)

"It is not righteousness that you turn your faces towards the East and the West, but righteous is the one who believes in Allah, and the Last Day, and the angels and the Book and the prophets, and gives away wealth out of love for Him to the near of kin and the orphans and the needy and the wayfarer and to those who ask and to set slaves free and keeps up prayer and pays the poor-rate; and the performers of their promise when they make a promise, and the patient in distress and affliction and in the time of conflict. These are they who are truthful; and these are they who keep their duty." 
[Love letter Al-Baqarah 2:177]


ALLAH sees all. Oh ALLAH make us amongst the righteous. Keep us steadfast on our deen. آمِينَْ آمِينْ آمِينْ

p/s: Secara analoginya Islam itu gred A+, kalau kita gred E sekarang ni jangan samakan gred tu :) Muhasabah banyak2.. T_T nanes lagi~

Tuesday, December 11, 2012

JOM Gegirl Osem!


Subhanallah,wabihamdihi' (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya)
Jom jadi wanita yang menyinar seperti bintang bak saidatina Khadijah rdh. 
Sehebat Rabiatul Adawiyah :)
Semantap iman nya Asiah :D
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." 
 Imam Al-Ghazali

Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.
Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"
Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.
Sumber : http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1176-bagaimana-bidadarimu.html

Awak, dia chat,mesej awak tak semestinya dia ada hati kat awak. Kadang dia cuma ingin hilangkan rasa sunyi di hati dia. Hati-hati dalam menjaga hati tu awaaak :) Awak ingat Allah sentiasa ada bersama awak. Kalau ye ye dye nak awak,dye jumpa wali awak tau. Tak ade alasan belajar ke apa.Kalau tak mampu jangan main dengan hati awak  kan kan. 

JAGA HATI,JAGA IMAN.

Nanes sungoh2 dalam mujahadah T_T Sujud yang layu.. Subhanallah Allah noe best for us! Remember and dun worry :)

p/s: Tudung labuh,jubah,kopiah,niqab itu osem tahu :) Apa nak malu???

Sunday, December 9, 2012

KOsoNG...

Allahu Robbi :)

Dalam hidup ni banyak yang kita citakan dan cintakan. Ada yang kita dapat dengan senang. Ada dengan susah payah baru kita dapat. Dan ada juga langsung tinggal harapan sahaja. Lagi banyak yang kita tempuhi sehari hari dalam hidup,lagi banyak yang kita rasakan kita belum dapat dan tahu. Hakikatnya,dunia ini terlalu kecil dibandingkan dengan akhirat kelak.

"Seandainya dunia ini di sisi Allah punya nilai setara dengan sebelah sayap nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi minum seorang kafir seteguk air pun."

[HR. At-Tirmidzi, dishahihkan al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Ash-Shahihah no. 940]

    Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk. Jadi apa alasan kita untuk menangisi hidup kita yang tidak sebahagia orang lain. Konon nya. Sedangkan kita sudah terhijab untuk melihat cahaya bahagia dan harapan yang menjengah kita. Tatkala dunia rasa kosong. Sangat kosong. Apa yang hanya tinggal di fikiran?  Insyaallah matahari akan terbit pagi esok. Bisa lagi kita menikmatinya?

    Sebenarnya masih banyak perkara yang kita tutup mata. Ya,kita tidak nampak. Anak kecil sedang bermain. Eh,tiba-tiba bergaduh pula. Nakal! Itu yang terlintas dalam fikiran dengan cepat. Sudah sepuluh tahun budak kecil itu mungkin juga pendokong ummah tika itu. Mana kita tahu. Kita sekarang terlalu sempit fikir nya. Cuba kita luaskan. Tatkala nikmat Allah swt terbentang luas di hadapan, kita berpaling. Jadi,bagaimana harus lagi kita mengeluh di atas setiap kepayahan yang kita rasai??

      Apa yang kita kejarkan dalam dunia ini?? Cinta dan cita-cita yang tak pernah puas. Sampai bila? Mengejar cinta manusia, kerana Allah katanya, tapi taat kepada Nya ke mana. Solat ke mana. Peramah nya. Masyaallah. Sungguh yang wajib tidak terlaksana, apa yang kita harapkan sebenarnya?


Seek! Strive! Fighting!!
Bila seorang anak Adam itu jatuh sakit, Allah utuskan 4 malaikat kepadanya:

Malaikat Pertama : akan ambil SELERANYA.
Malaikat kedua : akan ambil REZEKINYA.
Malaikat ketiga : akan ambil KECANTIKANNYA (wajah menjadi puact) 
Malaikat keempat : akan ambil DOSANYA
Wallahua'lam :)

p/s : Stop the nonsense drama. Jangan fikir negatif. Bertambah sakit awak tu. Allah ada. Allah ada. Sakit itu kafarah dosa.  Do believe. :)

:: Bercuti Gaya Anak Soleh::

Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Masih bisa bernafas.
Masih bisa menaip.
:D

Poster :D 5 hari program, jadi 3 hari je. Ke UKM dan UPM dibatalkan

::Kita merancang dengan cita-cita. Allah merancang dengan CintaNya::
Subhanallah :)

Majid Sultan Zainal Abidin

Kat masjid ni pada hari pertama. Mendengar penerangan dari Encik Mahmud. He said :

"Kita perlu ambil essence dalam Islam. Tu orang bukan Islam kalau dia masuk Islam lagi bagus dari orang Islam.. Sebab kita ni tak nampak apa yang Islam bawa"

Lebih kurang begitu. Dan itu hakikat zaman sekarang.

Petang itu singgah di Taman Botani,Putrajaya selepas ke Masjid Putrajaya:)

::Hari Kedua 4/12/12::

Belajar buat cokelat dengan adik-adik. Buat bantal dan keychain daripada bahan Felt. Tak adalah susah mana pun. Boleh try jual...hehee
Siapakah kata laki-laki tak perlu tahu menjahit??hehee

::Last day 6/12/12:: Perpustakaan Raja Tun Uda dan Yayasan Restu::

Kemain post fasi post bersama adik-adik di Zon Kreatif!
Saya suka membaca. Rasa mahu lagi ke sini.. Berguling-guling~hee

Di Yayasan Restu,Shah Alam. Tempat perkilangan Al-Quran. Ada galeri tentang khat yang ada dalam al-Quran dan macam-macam lagi. Penuh dengan info.
Rasa mahu saja bekerja di sini. Ada hati di situ:)
Khat nama saya dan sahabat.. Teruja yang pasti
Sudah habis berprogram :]

Tadabbur =D Surat CintaNya ~

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” 
(Q.S. Al-Imran: 139)

“Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan orang-orang yang kufur.”
 (Q.S. Yusuf: 87)















Sunday, December 2, 2012

Muda 2 Kali!!!

ALLAH THE ALMIGHTY :)

Muda dua kali sebenarnya.Wah, gembira kan dengar. Seperti kita diberi gula-gula lagi seronoknya mendengarnya.Betapa nikmatnya selama di usia muda kan. Muda di dunia sekali. Muda di akhirat sekali :) Tapi bila dibandingkan kembali muda di dunia hanya lah lebih kurang 20 tahun, muda di akhirat selamanya. Tiada penghujung.

:D

         Sungguh kalau diimbas kembali apa yang kita telah lakukan di usia muda pasti kita sedikit kecewa. Lihatlah pemuda zaman ini dan dikala zaman dahulu. Jauh beza. Saidina Ali rh. ketika usia kita yang masih bermain teng-teng,monopoli dan sebagainya, beliau sudah berani menentang kaum Quraisy yang mencemuh Nabi Muhammad saw. Dialah pemuda yang berani sanggup menggantikan tempat tidur baginda di kala peristiwa hijrah. Diri ini sendiri masih megira-ngira apa yang telah dilakukan sepanjang usia muda. Tidak mahu aku kecewa di masa kudrat sudah tidak mampu dan hanya menuggu ajal. 

Take Five(5) Advantages before five. Remember! Health, Youth, Wealth, Ease and Live


"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". 
[Surat cinta Nya Surah Al-Asr:1-3] :)

Masa muda ini,aku mahu berjuang untuk agama Allah :) Fighting!

Lapangkanlah dada kami,Dengan karunia iman,Dan indahnya tawakkal pada Mu,Hidupkan dengan makrifat Mu,Matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah Pelindung dan Pembela ^_^

-My dear,hows your iman today?? sihatkah? sakitkah? sudah matikah?-
 uhibbukum fillah :)