Thursday, August 23, 2012

Balik Kampung Walid♥ Budaya Membaca~

Well hello guys~(gaya aiman azlan)upss..Assalamualaikum ^^

Okay..tak de ape pon sangat nak menaip sebenanye..cuma sangat tak de mood nak bukak buku membaca..raya mood katekan..just telling u..i found dr sidek baba's blog,well known person perhaps..He was lecturer at IIUM..godek-godek la blog dia..mak aih panjang bebeno setiap artikel..i can guarantee sape yang baca blog dia memang sangat intelektual la..(kalau dia tengok rojak pasembor ni memang akan di lecture kan la saya rasa)hehee :)Sempat la baca pasal pendidikan dan zaman remaja permulaan baik untuk berkarya..Jadi,jadi dan jadi saya terfikir la bila nye la nak keluar novel pertama saya ni..hehe..perasan sungguh...But,seriezly,jeles jiddan-jiddan la(syarihin n aina ajar)  tengok Hilal Asyraf,Fatimah Syarha etc yang masyaallah karya-karya mereka jiddan jiddan la bestnye...hihihi..Insyaallah saya akan berkarya kalau ade kesempatan n idea..ye la tu kot..


***************************************************
-ape kena mengena dengan balik kampung ni???ok..jangan rasa tertipu..nak mula cerite la..tadi sampingan je ^^ pagi raya ke 5 bertolak ke Melaka..Alor Gajah..Lama dah tak balik sana..tu je :P kbai 

 "Keep reading books, but remember that a book's only a book, and you should learn to think for yourself."


Wednesday, August 22, 2012

HarGa seheLai tudunG LabuH :)



Dia menangis tersedu dlm dakapanku. 

Kalaupun saya salah, tak boleh ke mereka tegur depan²? Kenapa perlu cakap² kat belakang.   

Aku mengusap lembut belakangnya, cuba menenangkan.   

Saya rasa saya ni macam jahat sangat, saya tak tahu pun mereka tak suka dgn sikap² saya.

Saya rasa macam semua orang tak suka saya, cakap buruk tentang saya kat belakang. 

Tangisnya makin menjadi², tak pernah aku lihat dia menangis sebegitu krn dia biasanya hanya suka berdiam & memendam, susah meluahkan perasaan.   

Mereka kata macam², saya ni pakai je tudung labuh, bawa imej Islam tapi perangai tak macam orang tudung labuh. Salah ke saya menegur kalau saya nampak mereka buat perkara tak betul?

Memang saya akui saya agak tegas & berterus terang, tapi saya bukan nak malukan mereka. Saya tahu saya tak sempurna, saya bukan budak sekolah agama, banyak lagi ilmu saya tak tahu. Mereka kata masa saya tak pakai tudung labuh dulu, saya tak macam ni, rintihnya lagi.   

Aku biarkan saja dia terus meluahkan apa yg terbuku di hatinya, biar dia lega. Aku leraikan pelukannya, namun terus mengelus lembut bahunya, mudah²an dia diberi kekuatan.   

Awak menyesal pakai tudung labuh? aku meneka.

Dia hanya membisu. Dikesatnya air jernih yg turun melaju dari tubir matanya. Aku dapat mengagak jawapan disebalik kebisuannya. 
Awak berputus asa nak menegur mereka lagi? saya terus menduga.   

Buat apa nak tegur lagi, kalau tegur pun akhirnya saya yg kena kutuk, perlahan dia menjawab dlm sedu sedannya.   

Awak, Allah nak uji awak hari ini. Inilah harga tudung labuh yg kita pakai, inilah harga yg kita terpaksa bayar. Siapa kata pakai tudung labuh senang?

Tak mudah seperti yg mereka nampak. Bila dah bertekad utk pakai tudung labuh, kita kena siapkan juga 
 fizikal, 
✔ mental 
✔ & hati kita, 
kena kuat, kena tahan dgn cabaran. Dan inilah antara ujiannya. Bilamana kita orang yg bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dgn agama. Bahkan kita ni jadi perhatian di mana². 

Pada mereka, kita kena jadi sempurna, kena tahu semua ilmu agama & tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia, manusia yg banyak sangat kelemahan, saya bersuara sambil memandang tepat ke wajahnya yg sugul.   

Jangan pernah menyesal dgn diri awak, tudung awak. Jangan krn masalah sekecil ini, awak dah mengalah. Ujian ni banyak sangat hikmahnya utk awak. Allah nak ajarkan tentang sesuatu kpd awak. 

Sebelum ini awak mungkin tak pernah rasai ujian bila bertudung labuh, awal² dulu semua menyokong, memuji & beri galakan. Jadi mungkin awak tak terkesan sangat dgn istimewanya diri awak sekarang. 


Bila Allah datangkan ujian macam ni, baru kita akan rasai, betapa tak mudah sebenarnya, bersama tudung yg kita pakai, ada tanggungjawab besar yg kita bawa bersama. 

Tanggungjawab utk memegang amanah membawa imej Islam, tanggungjawab memperbaiki diri supaya biar dalaman kita secantik luaran iaitu akhlak kita indah sebagaimana tudung kita, tanggungjawabmempersiapkan diri dengan ilmu krn wanita seperti kita selalu jadi tumpuan bila sahabat² ada permasalahan agama. 

Jangan anggap ia sebagai beban, anggap ia sebagai keistimewaan yg Allah bagi hanya khas kpd insan² yg Dia pilih. 

Nah, betul kan, bertudung labuh tak semudah yang disangka? 

Hanya yg betul² kental saja dapat terus istiqamah dgnnya & yg istiqamah dlm mengharapkan keredhaan Allah, bukankah mendapat tempat istimewa di sisiNya? Awak tak nak jadi terkenal pada padangan Allah & penduduk langit? Awak dah nak berputus asa? Aku menduga.

Melihat dia terus membisu, aku bersuara lagi.   

Begitu juga, ujian ini mungkin nak menyedarkan sesuatu tentang dakwah yg berhikmah. Dulu kita biasa saja dengarkan, kat mana² ustaz cakap dlm mana² buku yg kita baca,dakwah mesti berhikmah.

Jadi sekarang Allah ajar awak bukan teori saja apa itu dakwah berhikmah, tapi juga praktikalnya sekali.

Bagaimana dakwah berhikmah? 
 Mesti kena caranya & tempatnya 
 Sesuai perkataanya, tidak melukakan
 Tidak menyebabkan kemarahan orang yg kita nasihatkan. 

Bagaimana kalau dakwahnya tidak berhikmah? Maka jadilah, 
 Dakwah kita tak berkesan, 
 Mad'u kita terasa jauh hati dgn nasihat kita
 & akhirnya keluarlah cakap² belakang macam yg awak alami. 

Jadi, awak jelaskan? Kenapa bersungguh benar Allah & Rasul minta kita berdakwah secara berhikmah. Dan mungkin Allah nak tegur, cara awak, Allah nak awak perbetulkan kaedah dakwah yg awak guna, Allah nak kata, salah tu & kena perbaiki. 

Salahkah Allah tegur? 

Tak salahkan. 
 Allah tegur sebab Allah sayang, 
 Allah tegur sebab nak bagi kekuatan, 
 Allah tegur supaya kerja² ini dapat awak laksanakan dgn lebih berkesan. 

Bila berdakwah, kita berhadapan dgn macam² ragam orang. Ada yg sensitif, ada yg terbuka, jadi kena bijak kita sesuaikan. 

Dai'e yg kental, takkan putus asa, sebab dia tahu, 
dakwah adalah kewajipan, bukan pilihan.  

Lagi, apa Allah nak bagitahu awak? Terasa sangat sakit & terluka bila kita jadi bahan umpatan, kejian & kelemahan kita dibicarakan kat belakangkan? 

Jadi bila kita tahu sakitnya macam ni, kita jangan sesekali buat perkara sama kpd sahabat kita sebab kita dah tahu betapa pedihnya, betapa peritnya akibat drpd perbuatan ni. Bolehlukakan hati orang, boleh menyebabkan permusuhan juga.

Bila ada apa² yg perlu ditegur, dinasihati, jumpa sahabat kita sendiri, cakap secara jujur & ikhlas, insyaAllah semua orang suka kalau kelembutan digunakan cepat meresap. Kalau pun dia mungkin tak dapat terus berubah, sekurang²nya dia tak terasa hati & tak ada permusuhan antara kita.  

Awak, walaupun awak rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi saya tak tengok satu pun perkara buruk yg Allah maksudkan terhadap awak. Semuanya ada hikmah yg sangat indah. 

Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit? 
 Sebab Allah nak kita ingat, 
 sebab yg menyakitkan tu lebih lekat dlm ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. 
 Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa 'menyergah' kita dgn kuat.   

Sedu-sedannya telah reda, Ya Allah semoga kekalutan jiwa dia juga begitu.   

Habis, apa saya kena buat? tanyanya.   

Sekarang awak perlu sujud taubat kpd Allah, minta keampunanNya, mungkin ada kesilapan yg awak tak sedari, bersyukur padaNya sebab menegur awak dgn ujian begini. Kemudian pergilah jumpa sahabat² yg terasa dgn awak tu, minta maaf.

Sekarang tak timbul isu siapa bersalah pada siapa dulu, tapi yg sebaik²nya adalah leraikan permusuhan, minta & beri kemaafan, jawabku.   

Dia menggenggam tanganku erat, 
Terima kasih sahabat.   

Allah yg sedang memujuk awak, saya pelakon tambahan saja, tapi saya bersyukur, Allah kurniakan anugerah pengajaran yg tak ternilai utk saya hari ni.

Terima kasih ya Allah, terima kasih pada awak juga.

Hatiku tenang, moga Allah memberi dia ketenangan yg sama.   

Sahabat, walau siapa pun kita, bertudung labuhtudung biasa, atau yg tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, g lemah, ada cacat celanya.   

Sekiranya ada sahabat kita terlalai, terlupa, tolonglah ingatkan dia dgn sebaik cara.   

Dan yg paling utama, setiap apa saja ujian yg mendatangi kita, berbaik sangkalah pd Allah. Bertenang & fikirkan hikmahnya dgn rasional. InsyaAllah, pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita.


-ISLAH NAFSI,WAD'U GHAIRAK- "perbaikilah diri dan serulah orang lain"

Tuesday, August 21, 2012

Mimpiku...Saidatina Khadijah rdh...^^

Asslamualaikum..Bismilahirranmanirrahim...



Siti Khadijah namamu indah 
Qudwah hasanah tauladan ummah
Jikalau rasul terpinggir 
Engkaulah insan terhampir 

^^^^^^^^^^^^^^^


Nama yang ditakdirkan Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushairadhiallahuanhu :)
isteri pertama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ^^
"ibu semua kaum mukminin" (ummul mukmunin)
"wanita yang suci " (Ath-Thahirah)
menemui Ilahi di usia 65 tahun iaitu 3 tahun sebelum Hijrah..



^^^^^^^^^^^^^^^
Wanita terbaik!!ibu terbaik!!Muslimah terbaik!!

”Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang mendustakanku. Dan dia membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika semua orang menahan hartanya dariku dan Allah telah mengurniakan beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain”.
 [HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].



^^^^^^^^^^^^^^^

 Buat pemilik nama ku ini,ingin ku katakan~

-Aku rasa cemburu kepada mu,kau seorang yang penyayang,dikenali sebagai seorang wanita yang menjaga kehormatan diri,pendamping kekasih Allah azza wa jala,Rasul kita :)-

 Saidatina ‘Aisyah radhiallahu anha. 

“Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sebagaimana cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakalanya menyembelih kambing dan diberikannya kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan pernah aku berkata, “Bukankah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih muda dan baik daripadanya?”. Lalu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menyebut, “Tidak! Demi Allah !Dia Subhanahu wa Ta’ala tidak memberikan seorang pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia (Khadijah) telah beriman kepadaku pada saat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkan ajaran yang aku bawa di saat orang-orang mendustakanku. Khadijah  membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika orang-orang menahan hartanya dariku dan Allah mengurniakanku beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain” . [HR. Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].


^^^^^^^^^^^^^^
sabda Rasulullah saw,
"Tidaklah seseorang mencintai suatu kaum melainkan dia akan dikumpulkan bersama mereka."
 ('Riwayat At-Tabrani dan di-shahih-kan Al-Albani dalam At-Targhib 3037).



Layakkah aku bersamamu di padang mahsyar nanti??

-Ketika nabi berdakwah kau membantu,kau lah membuat Baginda tersenyum,sunguh teramat sangat aku mimpikan sebegitu...- senyum-

Saturday, August 18, 2012

Aku dan Persepsi



"aku tidak perlu berilmu untuk memilih tudung labuh. Tapi aku ingin bertudung labuh sebab aku ingin mencari ilmu"
Alhamdulillah,dah 1 sem saya mengenakan tudung labuh,saya harap dapatlah istiqhomah...tu yang paling susah tu..tapi best sangat sebab bila pakai tudung labuh bulat saya rasa tersangatlah selamat dan tak terikat dengan fesyen :) sebelum ni pon saya bukan lah berfesyen sangat..hehee...Sepanjang saya mengenakan tudung labuh.. Alhamdulillah,alhamdulillah tak dak pulak orang cakap hodoh tak kemas bagai......huhuuu....malah sering dipuji..comel.kiki..hehe :)eemm,
tapi ada juga yang memberi nasihat..
"Tak semua tudung labuh tu baik" (sambil pandang mukaku..memang la saya terasa T-T)
"dah pakai tudung labuh tu elok-elok la sikit.." (memang la saya ni epy go-lucky..perangai kadang-kadang terover plak ;()
yup..yup...saya terima je..tak pe manusia kan sentiasa berubah..mungkin orang yang tegur tu brother saya terasa..dan kalau sister yang tegur mungkin saya rasa dia tak pakai tudung labuh pon..tegur-tegur plak..saya geram..teruk kan saya..=_=""

"kadang-kadang bila tidak terkesan teguran kita pada orang lain mungkin kerana teguran kita bukan dari pelosok hati kita..mungkin kerana agenda kita sendiri..mungkin kerana tiada sifat rendah diri dalam kita sendiri..kita tidak refleksi diri kita..renung-renungkan :)"



oh ya,tadi saya mengenakan niqab membeli belah bersama abang dan kakak saya...bukan tidak pernah saya pakai niqab,tapi yang tu di pondok..bukan di public ^^...hmm...apa ya yang saya mampu katakan...teruja ~
tapi untuk terus kekal pakai biar saya bersedia dulu..saya tak mahu MENJADI FITNAH BUAT AGAMA INI....ya,saya sangat sangat pelik sebenarnya dengan pemakai niqab yang letak gambar nye di laman sosial..sungguh tidak paham..kerana bagi saya pemakaian niqob untuk melindungi ia dari dilihat ajnabi..kalau diletak gambar2 sewenangnya lah dapat dilihat =.="(oh ya,tapi mungkin kerana dia lebih ramai ingin berniqob :) husnuzon..husnuzon..)

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

-Astaqfirullahala'zim..ikhlaskan hati ini,jangan Kau uji daku lebih dari kemampuanku..aminn-

Friday, August 17, 2012

Thats my kitchen now^^

Assalamualaikum~bismillahirrahmanirrahim...

Sahur yang ke 3 last...dalam 3 pagi Ummi ku dah tertidor...letih agaknye..so,the story begin...

Menu-Sambal sotong..
Bahan-Bawang merah,bawang putih(kisar),gula,garam,air asam,lagi~
sotong la..dah nama pon sambal sotong =_=""

ahakkk....senang je pon,campak je semua bahan..kikiki..
komen ummi-"sedap dik,berjayalah adik masak"(ni disebabkan selama ni tak sedap ke ummi??) haha...

hehe..cukup-cukup la..yang penting nak kongsikan ni..

"Zikir waktu memasak,pon boleh jadi ibadah,jangan kita sempitkan ibadah itu hanya solat,puasa dsb..luas..tersangat luas..Islam is not only a religion..its a way of life dear..ehem.ehem..insyaallah kalau sape makan berkat..anak ikot cakap..dari makanan membentuk darah daging" ^^ jadi jangan maka rasuah..eh,menyimpang plak :P


-senang kan memasak??pandai-pandai!! jadi jangan malas :)-

Perisai diri~Ramadhan kareeM:)

assalamualaikum..
BISMILLAH~

Rasulullah SAW menasihati umatnya dalam sebuah hadis bermaksud: “Puasa itu perisai, apabila salah seorang daripada kamu sedang berpuasa, maka janganlah mengeluarkan kata-kata keji (kotor), jangan menimbulkan suasana tegang. Jika ada seseorang memakinya atau mahu membunuhnya maka katakanlah: sesungguhnya aku sedang berpuasa”.

Hari ni dah 27 Ramadhan...Rasa Ramadhan kali banyak benda berlalu pergi...gembira,sedih semua lengkap cukup rasa ^^ok..just nak imbau ape yang dah jadi sepanjang ramadhan

First Ramadhan saya mulakan malam tu di Masjid Jamek,KL..haha agak tragis bila ramai rakan-rakan memulakan Ramadhan dengan family :') tapi takpe...baru la ade feel duk jauh belajar~(jauh la sangat)..haa yup2..arytu memulakan Ramadhan dengan menjadi sukarelawan,,aktivitinye tolong sebarkan risalah di stesen LRT dan memberi makan gelandangan(but i dun involve wit it) ^^..macam gelagat orang boleh tengok.. ada yang tengok saya with a glance that mean
 "hey,is that for free??" atau
 "alamak,dah lambat ni..ade orang buat promo plak"..
 hello~terima je la =_=""..tapi ada 1 foreigner,I think he from Turki or Pakistan..perhaps,he ask can he have one..i repeat he said
 "can he have one"
 hoho...tadi bagi kat orang dorang macam tak ambik port je...ni macam rasa dihargai~im impressed :)



okok..tu bru first Ramadhan...terus lagi hidup di UIA,PJ..sebagai pelajar dan sebagai hmm...pekerja or sebagai ahli keluarga PERKIM PJ lebih tepat..GCI(grand charity iftor)~ya Allah..memang Kau telah beri ibrah dalam setiap yang terjadi..kenapa ya cuak sangat pasal GCI ritue...emm..tapi teringat muka-muka gembira haritu rasa macam all that cuak2 vanished :P.berjalan-jalan Ramadhan itu..Alhamdulillah..air mata ini tak segan-segan terbit, tanda hati ini masih hidup T__T

"Allah bila DIA berkehendak utk menguji hambaNYA, dengan apa cara sekalipun DIA akan menguji. 

kita sebagai seorang hamba tidak layak utk mempersoalkannya, yg kita mampu hanyalah redha dan sabar, berwaspada dgn setiap nikmat dan ujian itu. jgn mudah terlalai."

 ” Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan”, Insyirah:5.


-3 hari lagi :)-go go sin shan,upss!