Sunday, March 31, 2013

"Itu Manusia juga,Bukan Malaikat laaa"

A : Eh,same je macam aku dia tu.
B : Memang la. Kenapa cakap gitu?
A : Eh,kan dia sekolah agama?
B: Itu Manusia juga,Bukan Malaikat laaa

**************

A : La..dia KISAS ke??
B : Haah..Kenapa?
A : Tak macam KISAS pon...
B : Dia pon manusia jugak~

*****************
A : Perangai dia tu..Awat lagu tu?? Dah la pakai tudung labuh.
B : Awatnya??
A : Makan dengan laki dua orang ja.Kan kena mahram teman.
B : Tu abang dia. Hang tak tau ka?
Erkkk~

Macam-macam orang sekarang ni. Tapi itulah realitinya. Dulu saya mungkin A. Dan juga mungkin sekarang. Sungguh,saya sangat menghormati pelajar dari sekolah agama. Lagi-lagi yang tahfiz. DQ. Pondok. Persantren dll. Rasa cemburu. Dalam hati mereka itu ada kalamullah. Kata pensyarah itu "Nak senang masuk pelajaran, try try la hafal quran. Cerah hati. " Allahu robbi. Betapa mulia nya orang yang menghafal quran.

Jangan putus asa dalam menjadi baik,
walau diri ini berdosa banyak.
Jangan pula selesa dalam menjadi baik,
walau diri sudah beramal banyak.

Sama-sama muhasabah.
Mari jaga hati kita!
-Langit Ilahi Official-

Sepatutnya kita kena semat kuat-kuat dalam hati kita. Cuba berhusnulzhon. Kalau memang ternyata tak logik untuk bersangka baik. Cubalah membenci perbuatan itu bukan pembuat nya. Bagaimana mungkin jika ketika itu kamu menbenci seseorang dan menegurnya? Hikmah kah teguran itu? Dari hatikah teguran itu?? Jangan disalah kan tudung labuh itu. Jangan pula salahkan sekolah itu. Tudung dan sekolah itu bukan jaminan si dia adalah ahli syurga. Jauh sekali. Haa, sekarang ni. Jom kita muhasabah balik diri kita. Perbetulkan diri kita sambil membetulkan orang yang kita sayang. Orang sekeliling kita :D


Friday, March 22, 2013

Penat dan Sedih??

Allah Yang Maha Mengetahui :D Jadi nikmat mana yang mahu kamu dustakan??
Ibnu Qayyim Al Jauziyyah :

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah.


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." 
(Surah Ibrahim, 7)

Cintailah Tuhanmu dengan jalan-jalan yang terbentang luas di hadapan mu. Sungguh Dia sangat dekat. Moga dengan itu akan dititipkan kemudahan buatmu memahami hidup yang sementara ini :) Sakinah itu bukan ketika kamu mendapat wang yang banyak,pasangan yang memahami mahupun result yang baik yang bisa membuatkan kita mengukir senyuman. Sakinah adalah ketika kamu merasa aman dan dekat dengan Allah. Memaafkan orang lain dan kita tenang itu kan juga sakinah? Bahagia bukan? Tersenyumlah. Ucaplah Alhamdulillah sekarang. Ya,sekarang juga. Kekurangan itu hebat! Percayalah. Bagaimana? Ubah kekurangan itu kepada peluang~ Ah,sungguh sedang bersyukur kerana masih melihat mentari dan diberi kesempatan untuk meraih redhaNya.

Put all our pride away,
always find a gentle word to say
you know we shouldn't fool ourselves,
Allah has given so much to you and me.
Put all our pride away,
Always thank Allah when we pray,
You know we shouldn't be full of ourselves
when we, should be full of humility.

Full of Humility Lyric-Dawud Wharnsby




Every flake of snow is different, every place you go is different, everyone you know is different, that’s the beauty of it all. There are a million picture puzzle pieces in the passing clouds we can contemplate and dream upon the beauty of the signs.

*******************
Wahai diri,saat ini terasa begitu kerdil sekali. 

Salah silap mohon ditegur. Mulut harus dijaga kata sahabat itu anonymous. Takut kita menyakitkan hati orang lain dan paling teruk dengan mulut itu terciptanya fitnah. Allahurobbi T_T Banyak yang salah tapi tak sedar dek ditutup hijabnya mungkin. Ingat lagi, setelah setahun meninggalkan sekolah,seorang rakan tiba-tiba menegur kembali. Ajaibnya soalan "Kepala angin kau macam mana?" "Eh,bila aku gitu?Dengan kau je kot.". Nampak permainan di situ? Oh,nak berubah ni. Wahai diri,tolong diri sendiri yang serba kurang ini~

Monday, March 18, 2013

Remeh.

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah pada hujung minggu semalam saya telah ke Ijok untuk menjadi sukarelawan Karnival Hidup Sihat Tanpa Gejala Sosial.Dipenuhi aktiviti yang menarik dan sangat membantu penduduk di sekitar Kampung Bukit Badong itu ku kira. Cuma sayang hari sabtu itu kebanyakan sekolah mengadakan sekolah ganti. Tapi sudah cukup bersyukur. Alhamdulillah.Banyak pengajaran digarap. Tak kira melalui program itu atau peserta nya mahupun sukarelawan yang terlibat.Berjumpa buat kali ke dua dengan Kak Maryam. Indah. Kerna ukhwah yang didasarkan kerana Allah itu,tidak terasa masa itu terbuang.


Dalam perjalanan ke program,sempat berbual dengan sahabat baik ku dahulu. Ya,lepas. Kerna sekarang dia adalah sahabat fillah ku. Insyaallah. Kami bersembang di dalam LRT itu. Berkaitan niqab. Purdah. Sinonim sekali dengan diriku yang sedang mengenakan purdah dan pakaian serba hitam ketika itu. Katanya, "Kite pelik tengok orang yang berpurdah kadang-kadang menarik perhatian.Mengenakan tudung siap ada bunga besar lagi atas kepala.Apa tujuan dia pakai purdah tu sebenarnya?". Tersenyum. Walaupun sahabat itu tak nampak aku sedang tersenyum. Entah kenapa. Jika berpakaian sebegitu,walaupun tak banyak,tapi aku mengira-ngira kembali apa yang aku ingin perkatakan setiap kali membuka mulut. Ringkas sahaja ketika itu aku menjawab "Entahlah". Aku takot.Mungkin di masa hadapan aku buat begitu.Tapi dari meletakkan bunga,kucing lah yang aku letak.heh. Lebih comel.Errkk.  Tapi keesokan harinya baru aku meluahkan sedikit rasa di hati kepadanya. Yang aku tak dapat memberi banyak komen berkaitan itu. Sungguh aku lebih memikirkan sahabat yang tidak solat fardhu. Sahabat yang sejantina ku yang perkerjaan nya menjual badan. Yang ternyata berdosa dan haram.Sungguh ketika aku menyatakan itu.Sebak. Terkedip-kedip mata,menahan butir jernih itu jatuh.Kerna apa yang aku fikirkan itu,tak dapat aku mencari solusi.Hanya doa dan simpati yang aku kira dapat ku beri. Aku pasti Allah swt akan memberi peluang untuk mereka berubah.Kalau lah bisa aku ketahui mengapa mereka begitu. Sebab aku yakin setiap orang ada alasan dan peluang untuk berubah. Diri sendiri ini juga mungkin berubah.Dan aku harap berubah kepada yang lebih baik. Persoalan tadi. Remeh. Bagiku. Maaf. Kerna aku sendiri tidak punya fatwa untuk itu.Berdosakah atau tidak? Hanya solusi untuk itu. Tegurlah. Jangan kerna hal kecil kita terlupa hal-hal yang besar. Hal ummat. Dan jangan kerana terlalu taksub dengan hal besar,hal kecil diabaikan.

*************

Kita lebih banyak menzalimi diri sendiri,berbanding dizalimi orang lain. 
Sungguh. Sebagai contoh,bila kita berselisih faham dengan sahabat kita,kita asyik memikirkan kesalahannya. Sedangkan itu semua tidak  perlu bahkan mencuri masa kita yang sedia ada sedikit itu. Berlapang dada lah :) ( Baru pulang dari bulatan gembira! Tak sabar mahu update pengisian sebab terlalu gembira. Esok quiz! Tolong insaf  ya ^^ )

“When I cry or lose or bruise, so long as I am still alive, nothing is ultimate. So long as there is still a tomorrow, a next moment, there is hope, there is change, there is redemption. What is lost, is not lost forever.”

 – Yasmin Mogahed

p/s: Malam ini malam yang agak menyentapkan hati. Bagaimana entah aku perasan seorang rakan di fb ku telah membuang profil ku dari senarai rakan nya. Mungkin tersilap. Kesalahan teknikal. Cuba berhusnulzon. Jika sebaliknya,tiada apa yang perlu difikirkan rasanya. Diri itu yang menambah diri yang serba kekurangan ini sebagai kenalan dan membuangnya. Itu hak masing-masing. Terima kasih ya atas perkongsian yang selalu mengingatkan diri ini walaupun jarang sekali aku menekan butang like. Syukran ala kulli hal ;') Apa pun alasan nya. Ya,saya setuju dengan tindakan anda! Tahniah. 


Sunday, March 17, 2013

6 Jamadil Awwal 1414 :)

Alhamdulillah diberi nafas lagi buat hari ini :)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah,
Pada tengah hari khamis itu,
6/5/14
Enam Jamadil awal,
Lahirlah seorang bayi perempuan,
krik krik,
Sanah helwah to me :)
Makin tua,
Sudah berumur 43 tahun ku kira. Ya! 43 tahun. Kenapa? Saya yang complex. Mengambil tarikh wafatnya baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada usia baginda 63 tahun. Tarikh itu juga ku abadikan sebagai tarikh expired ku. Ya, mungkin sahaja esok kematian itu menjemput dan mungkin sahaja masih diberi peluang bernafas menjangkau seratus tahun. Tapi diri ini yang senang lupa mengambil alternatif yang saya kira dapat menyedarkan tentang kematian dan usia yang semakin hari semakin pendek. Dalam usia yang telah dilalui ini,muhasabah balik,berapa peluang dan masa yang telah terbuang. Berapa dosa yang telah dibuat. Sungguh,malu dengan Tuhanku. 

Di skrin laptop,penuh nota dan perigatan buat diri ini yang mudah lupa.

Mengingati mati menjadikan diri ini mengira-ngira amalan yang dibuat.Cukupkah? Banyakkah? Dunia yang ada di tangan atau di hati? Sanggupkah melepaskan dunia ini? Ketika ini apa yang telah dapat ku banggakan di depan Tuhanku nanti? Allahu robbi. Thabit qulubbana a'la deeniq. 


Surat Cinta Nya :)

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” 
(Ali Imran: 185).



Rasulullah salla Allah alaihi wa sallam bersabda:
“Yang paling banyak mengingati mati dan paling baik dalam membuat persiapan untuk alam berikutnya, maka itulah orang yang bijak.”
[Sunan Ibnu Majah, no. 4249. Dinilai hasan oleh al-Albani]

Friday, March 15, 2013

Sila Jangan Baca.

Assalamualaikum.
Di sini sukacita nak kongsikan satu artikel dari muka buku.
Myilham.com
Agak panjang.
Jadi sila jangan baca.

Bertindak sebagai orang tengah, ia bukanlah suatu amanah yang mudah. Kadang-kadang kita cuba memberi gambaran yang terbaik kepada muslimat yang dilamar oleh seorang muslimin. Cuba menunjuk jalan, menyuntik keyakinan. Tapi bila akhirnya muslimat itu memilih untuk menolak, sedikit sebanyak terasa juga kehampaan, walaupun orang yang meminta itu bukan kita dan tidak pun ada kepentingan dengan kita.

Kalau orang tengah pun rasa begitu, orang yang meminta lebih-lebih lagilah hampa. Meski cuba mengukir ceria, rasa di dalam tetap tak sama. Mungkin muslimat yang menolak tidak tahu, betapa muslimin yang meminta itu mungkin telah bersolat istikharah dan solat hajat berkali-kali, serta membina impian yang macam-macam, sebelum mendapat kekuatan menyatakan hasratnya melalui orang tengah.

Apapun, tidak dinafikan hak untuk menerima atau menolak itu adalah hak muslimat. Kalau tak berkenan, boleh ditolak, kerana tiada siapa yang hendak memaksa. Hatta orang tengah pun, sekadar itu sahajalah tugasnya, selebihnya dia akan menghormati apa pendirian akhir pihak yang diminta. Orang tengah cuma memudahcara, tidak memutuskan apa-apa.

Cuma terselit juga harapan di hati, kalau boleh janganlah pertimbangan yang dibuat itu rapuh sangat. Kadang-kadang segak tak segak itu dipertimbangkan lebih berat daripada kepimpinan dan kebertanggungjawaban si muslimin. Maklumlah, muslimatnya pun masih muda, jadi soal rupa, walaupun pada muslimin, tetapi menjadi nilaian juga. Kemudian alasan tak mahu fikir, ayah tak bagi dan sebagainya juga seakan menjadi alasan 'checkmate' buat muslimin yang meletak harap. Ada juga yang rasa dirinya mahal, jadi tolak dulu selagi rasa hendak tolak, tanpa diberi nilaian adil atas neraca taqwa.

Sebenarnya, muslimin yang meminta tidak murah, dan muslimat yang diminta tidak mahal. Yang pasti, keduanya ada nilaian dan harga sebagai manusia. Jika kita punya rasa, orang lain juga serupa. Jika ada sesuatu yang kita benci dan tidak suka, begitu juga orang lain, merasa benda yang sama. Tidaklah saya menyuruh apa-apa, melainkan hanya meletak harap kepada para muslimat, agar muslimin yang meminta itu dihargai sebaiknya, kerana anda sama sekali tidak tahu dengan siapa, bila dan bagaimana jodoh anda itu tiba.

Sungguh terasa.Ringkasnya. Saya hanya ambil kita sama sekali tidak tahu dengan siapa,bila dan bagaimana jodoh kita. Secara jujurnya terjun sahaja ke UIA, baru saya belajar menggunakan ana,enti,uhibbukifillah,syukran etc. Baru mengenakan pakaian yang jauh juga dalam fikiran aku jika tidak kerana UIA ni. Konklusinya,saya sedang belajar dan sedang berubah. Dan proses ini sampai mati. Jika di secara lahiriah nya saya nampak matang, aku pun tak tahu defini matang sebenar benarnya , "menjaga",baik atau sebaliknya.Jelas seorang yang ceria. Terpulang. Itu mata kalian. Sungguh sekarang aku sibuk membetulkan apa yang harus ku perlihatkan di mata Allah swt. Itu lebih penting. Dan itu mengambil masa. Saya pasti. Apa apa pun. Biarlah Allah yang menentukan. Islam bukan berkisar pada aspek munakahat dan politik sahaja. Maksudnya ya tapi bukan itu sahaja.Sungguh dan sungguh Allah Maha Mengetahui. Wallahua'lam.

"aku kasihan pada mereka yang mengagumiku. betapa banyak kelemahanku yg telah Allah pudarkan dari mata mereka, menutupi dosa-dosaku"



Wednesday, March 13, 2013

A Change

Petang yang menarik.Menarik kerana seseorang yang tengah menulis ini tiba-tiba menjadi rajin mengemas.Sapu-sapu tanah di sudut bilik kecil itu angkara anai-anai. Persis hati ini mungkin. Berdebu kerana kelalaian. Oh,kalau lah bisa menyapu hati ini sebersih-bersihnya. Penyapu itu berfungsi dengan baik.Semestinya lah.Ku hentikan kerajinan itu sebentar. Sehelai kertas yang dilipat-lipat di hujung penyapu itu menarik perhatian. Tersenyum dan terus rindu menyapa.

"Kak dijah cantik tak seperti kakak saya, cantik, tapi tak jaga aurat. Saya sedih"

Allahurobbi. Teringat kembali. Ketika dapat sahaja kertas ini, hati rasa tersiat. Kerana hakikatnya diri ini juga sedang berubah dan turut sedih dengan luahan tulus si kecil. Hati yang suci itu risaukan kakak nya. Sayangkan kakak nya yang pasti. Aku tercari-cari pemilik tulisan comel itu. 12 kanak-kanak di hadapan ku itu sungguh mulus. Tidak jemu menatap wajah ceria mereka. Tak dapat ku teka siapakah penulisnya. Hati  ini begitu mahu mencari jawapan pada persoalan itu. Alhamdulillah. Ketika bersalaman di hujung program. Anak kecil molek itu memeluk aku sungguh erat. Air matanya tidak segan silu keluar dari tubir matanya. Sungguh. Memaknakan sesuatu. Aku hampir ikut sebak. Tapi ditahan. Biar perpisahan ini mendekatkan bukan menjauhkan. Dalam doa.

"Adik, jangan sedih. Semua orang berubah. Akak juga sedang berubah. Doakan akak adik selalu ya :) "

“Setiap anak dilahirkan dalam fitrahnya. Keduanya orang tuanya yang menjadikannya sebagai Yahudi, Nashrani atau Majusi.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sungguh kita semua berubah. Berubah menjadi baik insyaallah. Sedangkan Saidina Umar yang begitu keras juga terus lembut dengan kalam Nya. Kenapa tidak kita? Pulang ke asal. Hati akan tenang. Hati ini asal nya dari mana?

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab. Ini kerana, sesudah itu kamu tidak diberikan pertolongan." 
[Surat Cinta Nya Az-Zumar, ayat 54]

-Tiada sebab untuk mencerca orang lain. Harapan sentiasa ada-
-By pendosa tanpa noktah-
-Life is a test-
-Indeed-
-3.26 pagi-
-Bagusnye qiam depan laptop-
-Macam nak tampar diri sendiri- 
-Sebak-
-Ok.Assalamualaikum-

Monday, March 11, 2013

Train Perasaan Yang Memberi Pengajaran...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Penang Manis Penang.
Eh?
Ok. Rewind~

Gerabak yang bagaikan kotak-kotak yang bersambungan itu terus sahaja membelah angin malam itu. Jika di zoom in,dua orang budak muslimah sedang sibuk mengatakan sesuatu. Keterujaan kali pertama naik kotak itu pastinya buat fatin. Perkongsian gambar si koko terchenta juga. Kucing yang berbulu lembut itu. Rindu si cantik itu. Rindu dua kali ganda dirasakan fatin "kawan sebilik" nya itu. Muthabaah sudah boleh ditanda pada ruangan perkongsian dan pencarian ilmu. Hmm! Baiklah. Menarik. Tetibe kisah kisah misteri yang berlaku dua tiga hari yang lalu diceritakan. Terlalu banyak rupanya sangkaan-sangkaan yang buruk. Syaitan dipersalahkan. Itu mesti kerja mr. syait! Anda memang jahat.huhuu.. Allahu.. Fitnah. Mungkin? Bagaimana pokok bergoyang jika tiada angin. Sungguh,fikir balik. Saya juga rasa bersalah. Saya juga mendedahkan diri kepada perkara yang sama. Bezanya,maya dan realiti. Sungguh dalam ketegasan kadang-kadang masih lalai dan khilaf.Erkk.. Astagfirullah.. Astagfirullah. Astagfirullah. T_T (saya perasan blog post nisa banyak diselitkan perasaan tapi tak buat rijal.uhuk * menyelit tetibe)

Bila si dia mengantokkk~ Tv area jadi bilik nyee..
Satu perkongsian menarik dari satu mesej kak s-i di hp sahabat habibati itu, kita yang dipilih atau memilih untuk lebih bertanggungjawab dengan persatuan,usrah dan sebagainya perlu bekerja lebih keras. Jika hujung minggu tiada program,duduk di meja. Study! Jika ada program yang perlu diurus,korban masa makan,tidur, tengok movie dengan belajar. Memang payah. Tapi tujuan kita untuk di universiti ni apa? tujuan utama? Untuk dapat gred yang baguskan? Memang semuanya tak bergantung pada gred,tapi tapi tapi.... Jangan biarkan kerana pelajaran kita menjadi fitnah buat persatuan kita. Di medan juang lantang berbicara, di medan mengutip ilmu layu tak bermaya. Katakan TIDAK! Sentap. Sangat.

Konklusi dan Refleksi :)

(Yaitu) Mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji, kecuali kesalahan-kesalahan kecil. Sungguh, Tuhanmu Mahaluas ampunan-Nya. Dia mengetahui tentang kamu, sejak Dia menjadikan kamu dari tanah lalu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. MAKA JANGANLAH KAMU MENGGANGAP DIRIMU SUCI. Dia mengetahui tentang orang yang bertakwa.

An-Najm :32


p/s : Mengangap diri watak putih? Sedarlahh. Terlalu sikit amal dah harapan menggunung. Allahurabbi.



Friday, March 8, 2013

Saya meluat !

Bismillah. Tajdid niat!


وَمَا يَتَّبِعُ اَكْثَرُهُمْ اِلاَّ ظَنًّا اِنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِى مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

"Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja, sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun  berguna untuk mencapai kebenaran". 
[Love letter 10:36]

"awak saya meluat tengok dia tu! Gedik lebih"
"hurmm"
"ish ish..Tak baik la saya ni"
"tahu pun"

"awak saya rasa nak muntah tengok buku kimia ni"
"kenapa?"
"saya tak faham..."
"Tak ape..Doakan supaya Allah swt tambahkan kefahaman tu.."

Terlalu banyak dalam fikiran yang negatif.Apa yang kita fikir,itulah yang akan jadi. Fikir baik,baiklah jadinya. Itu salah, ini salah. Orang itu jahat,jadi jadi jadi kita baik? Kadang-kadang saya juga begitu, hingga perlu ditanya pada diri. "Apa kes kau? Konfem syurga ke? "


Bagaimana hatimu?
Apa khabar?
Sihatkah?
Demamkah?
Awak!
Isi hati itu
Penuh!
Dengan janji-janji Nya
Senyumlah :)


Judging a person does not define who they are.. It defines who you are! Lets husnulzhon ^^


Esok exam MUET. Dan inilah yang saya lakukan. Books beside me, but all I do is typing words that nobody no why its written here. Nobody could intepret what in my heart now. And I just know. The machine that control me was ill. Thirsty. Need homeostasis quickly. I really hoping someone to ask me "hows your iman?" And definitely I will give her hug and cries. Allahu. Really forgot Allah always there for me. La tahzan Innallahama'ana :D