Wednesday, February 29, 2012

Cinta??

 Assalamualaikum...salam mawaddah wa rahmah ♥ 

Dalam entry kali ni ingin sekali saya kongsi apa yang terbuku di dlm hati sekian lama..hehe...ade unsur jiwang pulak di situ =_=""" Sudah ditakdirkan langkah kaki ini selalu saja rajin utk ke dewan al malik faisal hall mahupun lecture hall utk mendengar talk....Dalam pemerhatian saya yang kerdil ni talk yang akan dapat sambutan hangat pasti berkaitan cinta mahupun perkahwinan...Jika yang dijemput ustazah fatimah syarha atau imam muda pasti dewan akan penuh~hypothesis nya.....pelajar uia banyak yg berfikir pasal kahwin...maybe kahwin muda...accepted??hmm..xpe la..cuma rasa tak sedap hati bila ada ukhti yg bersama brothers...tidak kira la study atau discussi0n..emm boleh menimbulkan fitnah~


''Jangan  kamu  perempuan-perempuan  Islam  berkelakuan  dengan  terdedah  sebagaimana  terdedah  perempuan-perempuan  sebelum  zaman  Islam(dengan  menampakkan  kejelitaan  perempuan  kepada  lelaki  asing dan  menampakkan   perhiasan  mereka"(al ahzab:33)   


----->Jauhi Cinta Nafsu, cinta terlarang sebelum nikah kerana Allah, demi untuk mengejar cinta hakiki, CINTA Suci yang abadi, yang akan membawa mereka yang menyintai dan di cintai menuju ke Syurga Ilahi.
Ya,betul,setiap insan  mahu disayangi..tapi  kita mahu yang sementara atau kekal..kita diberi pilihan sekarang...pilih lah...sempat digarap dalam satu talk  ustaz  itu  menegas kan perlunya  kita menetapkan 'when' sebelum 'who'...penting!tersangat penting..jika kita terlanjur mencari who tp tidak menetapkan when..timbullah istilah kapel dan sebagainye...hmmm...
 
Rasulullah bersabda:
”tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga ia lebih mencintai ALLAH daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia”.......
"Kamu tidak perlu merendahkan martabat diri demi untuk meraih cinta seorang lelaki. Ketahuilah, manisnya dan cantiknya seorang perempuan itu terletak pada taqwanya, hatinya yang sentiasa tunduk malu pada perkara-perkara yang tidak patut."

 Prophet Muhammad p.b.u.h said,
                    "This world are jewellery and the best of jewellery  is a woman who   solehah...."

 p/s:asif atas segala kesilapan..sesungguhnya aku berlindung dengan segala yang aku perkatakan ya rabb......

Saturday, February 25, 2012

Study circle~ first impression...

bismillah~

 Alhamdulillahh...masih diberi rasa untuk menaip...hehe...pejam celik pejam celik dah nak dekat setahun dekat Pusat asasi UIA,PJ ni....harap harap jangan pejam tak celik celik dah la...ada misi belum selesai~okey...STUDY CIRCLE...haa ni subjek bukan core...tak masok cgpa...santai je...macam usrah pun ada....nak dijadikan cerita.sesi ke 3 study circle kitorang bincang tentang Taaruf with self~ akak fasi tu cakap...akak tu cakap bukan saya cakap tau..heehe..kita ni lahir kat dunia sangat lemah...kita hidup..upss..saya hidup dah nak dekat 19 tahun...Terpikir tak pengorbanan ibu bapa kita???kita rasa cam kejap je kan...^_^ haaa...tapi point utama bukan pasal tu...masa tu sempat kotorang main kertas kipas first impression...
Saya pernah main ni dalam LDK....first lipat ketas macam kipas...tipu sangat kalau tak tau..masa sekolah rendah dok buat kipas bila panas...hehee..then round la ketas yang dilipat tu supaya ahli kumpulan dapat tulis first impression dorang terhadap kita..Tapi kita tak tau sape yg tulis babnya dekat mana mana lipatan pon dorang boleh tulis=)This is my result:

1)COOL AND ALWAYS SMILE(kembang la...hehe..astaghfirullah~)

2)BAIK,COOL,BERILMU,BERANI KEMUKAKAN PENDAPAT,BERCIRI KEPIMPINAN(awak kata saya baik sebab Allah swt tolong tutup keaiban saya...alhamdulillah~)


3)COOL,BAIK N BAKAL PEMIMPIN(saya tak bape paham apa yang korang maksudkan dengan cool tu??er..insyaallah dapat pimpin diri pun dah syukur sangat)


4)CEPAT KALUT,BERTANGGUNGJAWAB,FRIENDLY(saya tak kalut la...excited jeee)


5)BAIK.PERAMAH,SUKA BERTANYA DAN BERI PENDAPAT,SWEET~(saya boleh beri pendapat sebab semua sisters je..kalau ada brothers saya malu..hehe..malu tak bertempat betol!)


6)OK,TP OK JE..(macam tak ikhlas je...huhu tapi ikhlas tu satu daripada rahsia-rahsia Allah swt,sapelah saya nak ukur keikhlasan awk...thanks..)


7)EXTEND SIKIT MASA UNTUK STUDY,JANGAN LUPA YE=)AWAK BIJAK TAPI SEBAB MASA TAK CUKUP AWAK TAK LEH STUDY BETUL2..TAPI INSYAALLAH AWAK BOLEH=)(yg ni paling tersentuh..saya rasa dapat agak sape tulis ni..huuhu..terima kasih sahabat yang selalu menegur...betape tak bersyukur diri ini...)


8)SUKA SENYUM,ADA PENDIRIAN SENDIRI,KALUT(tak kalut,tak kalut!)


9)ANDA YANG HEBAT!SUKA KAWAN DENGAN ANDA..SENYUMAN MENAWAN.MUAHH!(aish~sebaik sister yang tulis...huhu...)


10)COMEL DAN FRINDLY,BERANI SUARAKAN PENDAPAT AWAK...(alhamdullilah...Allah swt ciptakan begini)


11)FRIENDLY,BAIK,SUKA BAWA BESTA G KELAS=P(ni bukan first impressin ni..hahaa)




''FIRST IMPRESSIONS ARE NOT ALWAYS RIGHT,BUT IT QUITE IMPORTANT...IF A DAEI WHO CAN GIVE A GOOD FIRST IMPRESSION INSYAALLAH MADDU'  CAN ACCEPT US^_^''

-HIDUP BIAR BERJASA~---->

Cerita buat adik,sahabat..pentingnya solat=)

(khat basmallah ni selalu ustaz saya guna(^_~)

Assalamualaikum wrh wbt, cerita ni seorang ukhti yang cerita..masa tu kitorang jadi fasi utk satu program....saya bawa cerita ni untuk adik program tu..hehee~moga bermanfaat ye buat kita semua...

Pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga. Dia tiada zuriat dan sangat menginginkannya. Lalu terdetik dalam hati dia (bernazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.”

Takdir Allah S.W.T., isteri si lelaki tadi telah hamil dan melahirkan anak.
Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Bagaimana dia nak tunaikan nazar nya itu?

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah
bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat (solat mengikut syariat Nabi Musa a.s) dan minum air tu.

Lelaki itu pun berasa senang hati dan segera menjalankan apa yang di perintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah...


Masa saya bawa cerita ni kat adik-adik...saya buat teka teki...saya suruh dorang teka....lucu sangat dgn jawapan dia..air kencing si A la..si B la...haish~comel betol...

Ingat saudara-saudari ku sekalian. .
Solat sangat penting. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra ‘ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain disampaikan melalui Jibril as.
Ulang alik lagi....Baru diwajipkan 5 pun kita tak mampu~

Ketika saat Rasulullah SAW sedang nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah! As Solah wa amalakat aimanukum”.

Maknanya, “Solat! Solat! Jangan sekali-kali kamu abaikan. Dan peliharalah (pesan supaya suruh solat) orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”

Ustaz saya cakap..kalau ada yang tak kena dengan peribadi kita,dengan hidup kita,akhlak kita dan sewaktu dengan nya..CHECK YOUR SOLAT BACK~

Friday, February 10, 2012

Wanita dan sekeping ...^_~

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wrh wbt...
Dalam entry ni,saya rasa kalian b0leh agak kan sekeping apa?
"SEKEPING HATI"
Ada satu hadis yg sgt biasa didengari di telinga kita...

“Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka
baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah, dia
adalah hati "
(Riwayat Bukhari & Muslim, dari Nu'man bin Basyir )


Pernah dengar dialog begini..??
"alarrr....xpe la..aku tak tutup aurat tapi hati aku baeeekk.."
"aku suka mencuri tapi still hati aku baikk tau...bukan mcm hang~huh..."

ketahuilah sesungguhnya hati yang baik itu pasti akan terasa dengan kebejatan yang dilakukan jasad....sungguh pemilik hati kita adalah Allah swt...DIA lah yang membolak balikkan hati kita... sungguh...jika kita hari ini sangat alim..berasakan diri kita sudah cukup tinggi..jangan lupa ada yang maha tinggi...bisa saja hati kita berubah..Pintalah kepada Sang pencipta utk memelihara hati kita..

Buat yang rasa dirinya tidak dipilih mendapat hidayah....ketahuilah hidayah itu perlu dicari....kadang-kadang Allah swt telah hidayahkan kita cuma kita tidak mendapat tawfiq:) insyaallah..mungkin saya juga masih di golongan ini...JOM BERUBAH~

Hati adalah raja. Seluruh tubuh adalah pelaksana semua titahnya. Di kemudian hari, hati akan ditanya tentang para prajuritnya. Sebab setiap pemimpin itu bertanggung jawab atas apa yang dipimpinnya.
ADa tiGa jENiS hAti:
1. Hati yang mati
Adalah hati yang tidak mengenal siapa Rabbnya.
Hati model ini selalu berjalan bersama hawa nafsu dan kenikmatan duniawi, walaupun itu dibenci dan dimurkai Allah. Baginya, yang penting adalah memenuhi keinginan hawa nafsu. Hawa nafsu telah menjadi pemimpin dan pengendali baginya.
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai” (Q.S Al-A’raf 7:179)

2. Hati yang sakit
Adalah hati yang hidup namun mengandung penyakit.
Ia akan mengikuti unsur yang kuat. Padanya ada kecintaan, keimanan, keikhlasan, dan tawakal kepada Allah yang merupakan sumber kehidupannya. Padanya pula ada kecintaan dan ketamakan terhadap syahwat, dengki, angkuh, yang merupakan seumber bencana dan kehancurannya.
Memiliki ciri-ciri:
a. Ibadahnya tak terasa nimat
b. Tidak merasa berdosa bila melakukan kesalahan atau dosa
c. Bila berdoa, tidak yakin doanya akan dikabulkan
>> Allah adalah persangkaan hambanya.
d. Berat untuk menjalankan ajaran agama
e. Terjebak dalam lingkaran setan
>> sering melakukan dosa

3. Hati yang sehat
Adalah hati yang selamat.
Didefinisikan sebagai hati yang terbebas dari setiap syahwat, keinginan yang bertentangan dengan perintah Allah dan dari setiap syubhat.
“Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih” Memiliki ciri-ciri:
a. Ibadah terasa nimat
b. Bila melakukan dosa cepat menyesal dan sadar
c. Yakin doanya akan dikabulkan Allah
d. Ringan dalam menjalankan ajaran agama
e. Terjebak dalam lingkaran rahmat


RaCuN hAti:

1. Banyak Bicara
 Rasul saw bersabda: “Keimanan seorang hamba tidak akan lurus sebelum lurus hatinya dan hatinya tidak akan lurus sebelum lurus lisannya” (HR. Anas bin Malik)
 Abdullah bin Umar berkata: “Janganlah kalian berbanyak kata selain dzikrullah, sesungguhnya hal itu akan menjadikan kerasnya hati. Dan manusia yang paling jauh dari Allah adalah pemilik hati yang keras”  Umar bin Khattab berkata: “Barang siapa banyak bicaranya banyak kekeliruannya. Barangsiapa banyak kekeliruannya banyak dosanya. Dan barangsiapa banyak dosanya maka neraka adalah tempat yang pantas baginya.
2. Banyak Makan
 Sedikit makan itu melembutkan hati, menguatkan daya pikir, membuka diri, serta melemahkan hawa nafsu. Sedangkan banyak makan akan menyebabkan kebalikannya.
 Rasulullah bersabda: “Tidak ada bejana yang diisi oleh anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap untuk menegakkan tulang punggungnya. Jika tidak bisa, maka sepertiga dari perutnya hendaknya diisi untuk makanannya, sepertiga untuk minumannyam dan sepertiga untuk nafasnya”
3. Berlebihan dalam Bergaul
Klasifikasi manusia ada 4:
a. Seperti mengkonsumsi makanan yang bergizi. (para ulama, ahli marifat. Bergaul dengan mereka adalah keuntungan yang nyata)
b. Seperti mengkonsumsi obat.(ia dibutuhkan kala anda sakit, seperti para professional muamalat, bisnis)
c. Seperti mengkonsumsi penyakit. (tidak membawa kebaikan kepada kebaikan)
d. Kebinasaan (ahli bid’ah, kesesatan, jauhi).

4. Banyak Memandang
Menimbulkan anggapan indah apa yang dipandang dan bertautnya hati yang memandang kepadanya. Maka akan lahirlah:
a. “Pandangan itu adalah panah beracun iblis. Barang siapa menundukkan pandangannya karena Allah, maka Dia akan berikan kenikmatan dalam hatinya yang akan ia rasakan sampai ia bertemu denganNya” b. Masuknya setan bila seseorang memandang. Setan masuk jalan ini melebihi kecepatan aliran udara ke ruangan hampa. Setan akan menjadikan wujud yang dipandang seolah-olah indah, mengobral janji dengan angan-angan, lalu, ia nyalakan api syahwat dan ia lemparkan kayu bakar maksiat.
c. Pandangan itu menyibukkan hati, menjadikannya lupa akan hal-hal yang bermanfaat baginya, dan menjadi penghalang antar keduanya. Akhirnya urusan pun jadi kacau, ia selalu lalai dan mengikuti hawa nafsunya.


bAGaiMaNA tERapI hAti yANg sAKiT?
1. Introspeksi diri, Muhasabah
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Q.S Al-Hasyr 59:18)
Orang cerdas (berakal) ialah orang yang menghisab dirinya dan berbuat untuk akhirat. Dan, orang lemah ialah orang mengikutkan dirinya kepada hawa nafsunya danberangan-angan kepada Allah (HR. Tirmidzi)
Umar bin Khattab ra, berkata “Hisablah diri kalian dan timbanglah diri kalian sebelum kalian ditimbang, karena kalian lebih mudah menghisab diri kalian hari ini daripada esok. Bersiaplah untuk menghadapi pertemuan terbesar. Ketika itu, kalian diperlihatkan dan tidak ada sesuatu apa pun dari kalian yang tersembunyi” (HR. Ahmad)
>> sebelum tidur, cobalah renungkan apa-apa yang telah kita lakukan dari sejak bangun tidur, perbuatan apa yang salah, apa yang kurang dalam diri kita, dan memaafkan sesama muslim

2. Taubat
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan nabi dan orang-orang yang beriman bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Q.S At-Tahrim 66:8)
*Allah membuka pintu taubat pada siang hari untuk dosa pada malam hari, dan Allah membuka pintu taubat pada malam hari untuk dosa pada siang hari*
>> Bersungguh-sungguh meninggalkan dosa dan diikuti dengan amal kebaikan

3. Tadabur Al-Quran
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran ataukah hati mereka terkunci?” (Q.S Muhammad 47:24)
>> Membaca al-Quran, memahaminya dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari. 


Insyaallah~