Saturday, December 24, 2011

UjiaN ke HukumaN???

Saidina Ali pernah ditanya oleh seseorang. “Wahai Khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan?".

Jawab Saidina Ali :-“Hukuman adalah bilamana kamu diuji Allah, kamu makin jauh dari 
Allah, manakala ujian Allah pula apabila kamu diuji kamu makin hampir dan rapat dengan Allah swt...  




Sungguh ujian itu tarbiyah(pengajaran) daripada Sang Pencipta..terimalah dengan hati terbuka...jangan kita berkeluh kesah....selalu kita lupa bila Allah swt tutup satu pintu nikmat kepada kita,Dia bukakan pintu yang lain...hanya tinggal kita yang terlalu lama berdiri di pintu yang tertutup..kenapa?? carilah solusi jangan terus dihimpit ujian sedangkan kita manusia..Khalifah di bumi Allah..:)

ingat janji Allah....^_^

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakanya dan ia mendapat siksa(dr kejahatan) yg dikerjakanya........." (al-baqarah:286)

Ujian itu tanda Allah swt sayangkan kita..cubaan bagi yang beriman..bagaimana kita tetapkan hati bila berdepan dgn ujian....Namun yang pasti dalam duka ada sakinah(ketenangan) yang Allah titipkan dan dalam walang ada saadah(kebahagiaan) yang Allah selitkan...BERSABARLAH KETIKA DIUJI:)





Jangan takut dan jangan bersedih,Allah sentiasa bersama kita.. After effort comes prayer:)


Wednesday, December 14, 2011

Baik dan semakin BAIK...:)

Teruslah berbuat baik,berkata baik,Memberi nasihat yg baik,walaupun tak ramai org mengenalmu.Jadilah seperti jantung yg tak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat,hingga membuat kita terus hidup.Firman Allah ; "Orang-orang yang berbuat baik didunia ini memperolehi 'hasanah' (kebaikan) Dan bumi Allah itu adalah luas"-[Az-Zumar: 10]-


ikhlaskanlah hatimu untuk memberi dan ikhlaskanlah hatimu dalam setiap penerimaan ♥

Sebesar apapun lautan didunia ini sudah pasti

 berpantai. Dan sepanjang apapun sungai d'dunia ini

 sudah pasti bermuara. Ya kan??

"Namun, cinta Allah kepada kita sebesar lautan yang

 tak berpantai, dan terus mengalir seperti sungai yang

 tak bermuara."~~


“Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi.dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya,mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa letih. Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya.” (QS. Al-Anbiya :19-20) 


Sahabatku lakukan kebaikan,perbanyakkan membuat kebaikan hanya kerna الله♥
Bila ALLAH ada di dalam hatimu, kamu seolah-olah MEMILIKI segala-galanya..itulah KEKAYAAN, KETENANGAN dan KEBAHAGIAAN yang hakiki..YAKINLAH denganNya

Friday, November 25, 2011

PondOk Pak Teh Pengkalan Hulu,Perak..=)

Berakhir sudah episod penuh romantika..eh silap penuh ukhwah fillah d pondok pak teh bersama 2 org sahabat:)
MADRASAH AD-DINIAH AL-LATIFFIAH
kat papan tanda pondok tu nmpk x?boleh bce ke??ehehe..meh cek kasi jelas naa
(ENGKAU HARAP AKAN KEJAYAAN TETAPI TIDAK ENGKAU BERJALAN KEPADANYA
    BAHAWASANYA KAPAL TIDAK BERLAYAR ATAS DARATAN)
amacam???motivate korang x kata2 ni??hehee


Terletak tak jauh dari pekan Keroh…Pondok ni sangat lah mengajar erti syukur dan ilmu ketuhanan..Tauhid…Setiap kali solat fardhu akan ada pengajian aka ‘tadah kitab’…Yang pasti kitab yg digunakan adalah kitab kuning..kitab ni sanad nye kuat…Sedikit sebanyak saya mencedok sedikit ilmu tentang makrifatullah dan sedikit ilmu feqah..kenape sikit tak banyak??hehe..sebb nye ilmu manusia ni kalau nak banding dgn ilmu Allah swt..apa la sangat...jauh beza...:)


Kami bertiga menginap di sebuah pondok kelamin yang kosong...besar la sedikit dari pondok yang lain..tapi masih tidak ada bekalan elektrik dah air..kalau malam tu kami baca al-mulk dalam suasana yang romantik sekali..di bawah cahaya lilin..macam orang dulu2 tau..best sangat..mana nak dapat kat tempat lain..hehe..hari-hari kami di sini dilalui dengan penuh makna(at least ada la benda baru kan?) contoh nye..belajar memasak,mengemas bla  bla....etc..:)
 Jangan risau tentang orang di sini..:) diorang semua baik2 belaka..setiap hari ada aje makanan yang diberi pada kami..(tahu2 je kami malas memasak)...sekadar bergurau...hehe
Cerita pasal memasak ni..disebabkan kami bertiga xde lar begelar chef so kami masak dan makan ala kadar je...Di bawah adalah contoh makanan yang dimasak(skema je) hehe....
biskut siang siang bersama teh~ 

bubur ikan bilis dan kicap:)
kentang g0reng bersama ikan masin:P


:::Hidup yang SUSAH kadang-kadang menjana kita
menjadi lebih KREATIF:::






Tahu tak..yang ajaib di sini walaupun makan ala kadar tapi terasa nikmatnye...xpayah pon pegi kenny rogers ke ape ke :P..lagi2 kalau makanan tu kita makan berjamaah:) ade pulak makanan adik-adik dekat sini bagi...lagi lah sedap...
ni mango susu..sedap adik2 buatkan..tapi malang nasib teko ni akhirnye..hehe
hari khamis pelajar pondok dibenarkan keluar ke pasar pagi dengan menaiki van seorang ustaz,jadi kami pun apa lagi~jom3.....ape hasilnye??hehee
ni lah paling mewah kami dapat~keh3tapi kami xkesah....:P








p/s:Andai ada khilaf bisa saja tegur ea..yang baik itu datang dari Allah swt..yang kurang baik pun datang dari Nya...tapi disandarkan kepada diri ini...wallahua'lam..hope u have hepy reading =)

Tuesday, October 11, 2011

SAVE AURAT!^_^

Sehelai rambut wanita yang di lihat oleh LELAKI BUKAN MAHRAM dengan sengaja = balasannya 70,000 tahun dalam neraka, sehari akhirat = 1000 tahun di dunia, seorang wanita yang masuk neraka akan menarik 2 orang lelaki : 1 - ayah kandung 2 - adik beradik lelaki... 3 - suami 4 - anak lelaki kandung. * SANGAT DAHSYAT HUKUMAN ALLAH MENGENAI TUNTUTAN MENUTUP AURAT .... ^^

Thursday, October 6, 2011

Yuk IngaT mengingaTi.....



Dan berilah peringatan kepada keluargamu yg terdekat Limpahkanlah kasih sayang terhadap orang-orang beriman yg mengikutimu; Jika mereka mendurhakaimu maka katakanlah:”Sesungguhnya aku tidak bertanggung jawab terhadap apa yg kamu kerjakan”. – Qs. Asy-Syu’araa 26:214-216

Pilihan di tangan kita...jangan silap pilih:)


::::::::::::kte semue adalah wanita yg comel kan???
                  Tapi aqu malu dedahkan kecoomelanku.....comelnye aqu hanya untuk suamiku....=)::::::

Malunyer...........*_*

.:: Kata bintang: "Aku malu pada bulan. Bila mentari hilang dia muncul beri sinaran."
Kata bulan: "Aku malu pada bintang-bintang. Walau terlalu jauh tetap bersinar beri panduan orang yang sesat di lautan."

::::::::Kata manusia: "Aku malu pada PENCIPTA BULAN dan BINTANG. Walau seberapa banyak cahaya DIA berikan, aku tetap sesat hilang arah tujuan.." ::::::
               


~~Tatkala hilang sifat MALU drpd dirimu,buatlah sesuka hatimu...aku juga tidak peduli kerana hanya dengan sifat  itu kamu menjadi dirimu yg pantas dnganmu...sesungguhnya sifat malu itu sebahagian dari IMAN~~ =)

Friday, April 22, 2011

MENANGISLAH...=)

Aktiviti menangis memang ramai la jadikan h0bi terutamanya kaum hawa.... banyak juga la tanggapan tentang menangis ni..menunjukkan kelemahan la..(bagi org yg berfikiran sempit..)..tahu x menagis ni byk faedah nye.. antaranye air mata yg keluar dpt membuang toksin dlm badan...b0leh hilangkan stress mahupun tekanan.. tapi klu terlebih menangis merana pula badan....hm ada pula pepatah inggeris kata  no women no cry lah..hehe..ntah la kebenaranye..
   "Air mata seorang mukmiN tersangat mudah mengalir bersama getar rasa se0rang hamba yang menunduk taat kepada pemerintahnya...Air matanya yg tumpah bersumberkan dr lubuk hati yang penuh dgn cinta dan rindu kepada Allah swt...Menangislah kerana takutkan Nya...Kalau terlalu membeku mata takut hati kita telah keras..mohon lah kepadanya supaya diberi hati yg baru..kerana hati yg membeku itu akn terus membusuk.."

Sunday, April 17, 2011

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing


LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
...
LEMBU : eh? kenapa ?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata
“hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!”.

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg
sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh
suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan
bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik
berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh
anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat).

Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi,
menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , ?Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum
yang bukan sejenis yang tidak halal baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Wednesday, April 6, 2011

Awak...(p/s:saje je aq na p0st!)

Don't you know I've tried and I've tried To get you out my mind But it don't get no better As each day goes by And I'm lost and confused I've got nothin to lose Hope to hear from you soon...

'Sometimes, no matter how much faith we have, we lose people. But you never forget them. And sometimes, it's those memories that give us the strength to go on.'

♥people say they love rain...but when it rains,they use umbrella..People say they love sun.. but when it shines they search 4 d shade...People say they love wind.. but when its windy they close their windows....thats y i scared when people say that "they like me".....

Sunday, April 3, 2011

aMbillah peluang....

jom nyanyi sat..tapi jangan lalai:)
Taking Chances - Celine DionYou don't know about my past, and
I don't have a future figured out.
And maybe this is going too fast.
And maybe it's not meant to last,

But what do you say to taking chances,
What do you say to jumping off the edge?
Never knowing if there's solid ground below
Or hand to hold, or hell to pay,
What do you say,
What do you say?

I just want to start again,
And maybe you could show me how to try,
And maybe you could take me in,
Somewhere underneath your skin?

What do you say to taking chances,
What do you say to jumping off the edge?
Never knowing if there's solid ground below
Or hand to hold, or hell to pay,
What do you say,
What do you say?

And I had my heart beaten down,
But I always come back for more, yeah.
There's nothing like love to pull you up,
When you're laying down on the floor there.
So talk to me, talk to me,
Like lovers do.
Yeah walk with me, walk with me,
Like lovers do,
Like lovers do.

What do you say to taking chances,
What do you say to jumping off the edge?
Never knowing if there's solid ground below
Or hand to hold, or hell to pay,
What do you say,
What do you say?

Don't know much about your life
And I don't know much about your world


Dalam menjalani hidup seharian kita sentiasa diberi pilihan. Kadang-kadang hanya perlu membuat pilihan yang senang dan ada kalanya pula dimestikan membuat pilihan yang amat sukar..
  so0,fikirlah sebelom Mmbuat keputusan..

     "JIKA X DAPAT APA YANG KITA MAHU..
                                     CUBALAH MENGHARGAI APA YG KITA DAPAT....."

WajaH beRseri Bagaikan PuterI..=)

Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai “hiasan mata” anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan “lipstik kejujuran” pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah “pemerah pipi” anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah “sabun istighfar” yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan “selendang islami” yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu’ dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung “kesucian.”

# Bedaklah wajah anda dengan “air wudhu.”
 
 

Friday, April 1, 2011

uNtukmU sahabatku kaUm HAWA..

Wahai wanita tidak bertudung

Sungguh cantik alunan rambut mu,

Bebas menggerbang kemas terikat,

Terserlah di bawah cahaya mentari,

Mentari dunia yang tak sehebat neraka,

Iaitu api yang kan membakar rambut mu,

di hari akhirat hari penentu,

maka hanguslah segalanya,

hilanglah cantik alun rambut mu,

tiada lagi yang menggerbang,

tiada lagi yang terserlah.

Oleh itu jadikanlah diri mu,

Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,

Sungguh cantik alas kepala mu,

Ringkas pendek tersempang rapi,

Tersembul jambul tertutup dahi,

Terserlah lah bentuk tubuh,

Mengapa tidak dilindungi?

Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?

Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?

Tidakkah kau ingat,

Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,

Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,

Mereka itu wanita yang tak bertudung,

Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,

Oleh itu jadikanlah dirimu,

Sebahagian daripada mereka yang bertudung,

Bertudung labuh hingga ke paras dada.

Wahai wanita bertudung labuh

Sungguh cantik terlindung rambut mu,

Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,

Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,

Mengaburi segala yang tersirat di hati,

hanya diri sendiri yang menghakimi,

mungkin suci ikhlas kerana Illahi,

atau berdebu dengan sebab duniawi

,riak wajah nampak tawadhu’,

riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,

alangkah ruginya andai benar begitu,

kerna azab masih tak terlepas dari mu,

serupalah sahaja diri mu ditunggu,

diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,

sama dengan mereka yang menyempang tudung,

oleh itu jadikanlah dirimu,

sebahagian daripada mereka yang bertudung,

bertudung labuh hingga ke paras dada,

tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,

Andai kau telah sampai ke tahap ini,

Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,

Syariat islam sebati dalam diri,

Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,

Yang dijanjikan di akhirat nanti,

Dan tatkala di dunia ini lagi,

Muslimah solehah kau digelari,

Menjadi idaman setiap muslim soleh,

Yang sukar sekali untuk diperoleh,

Wahai muslimah solehah pula

Jadilah mukminah mujahidah,

Mujahidah yang akan menyeru,

Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,

Mujahidah yang akan berdakwah,

Agar diri dan umat berubah,

Mujahidah yang akan mengajak,

Agar islam kembali tertegak.

Dengarlah wahai wanita..Sahutlah seruan ini..