Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Penang Manis Penang.
Eh?
Ok. Rewind~
Gerabak yang bagaikan kotak-kotak yang bersambungan itu terus sahaja membelah angin malam itu. Jika di zoom in,dua orang budak muslimah sedang sibuk mengatakan sesuatu. Keterujaan kali pertama naik kotak itu pastinya buat fatin. Perkongsian gambar si koko terchenta juga. Kucing yang berbulu lembut itu. Rindu si cantik itu. Rindu dua kali ganda dirasakan fatin "kawan sebilik" nya itu. Muthabaah sudah boleh ditanda pada ruangan perkongsian dan pencarian ilmu. Hmm! Baiklah. Menarik. Tetibe kisah kisah misteri yang berlaku dua tiga hari yang lalu diceritakan. Terlalu banyak rupanya sangkaan-sangkaan yang buruk. Syaitan dipersalahkan. Itu mesti kerja mr. syait! Anda memang jahat.huhuu.. Allahu.. Fitnah. Mungkin? Bagaimana pokok bergoyang jika tiada angin. Sungguh,fikir balik. Saya juga rasa bersalah. Saya juga mendedahkan diri kepada perkara yang sama. Bezanya,maya dan realiti. Sungguh dalam ketegasan kadang-kadang masih lalai dan khilaf.Erkk.. Astagfirullah.. Astagfirullah. Astagfirullah. T_T (saya perasan blog post nisa banyak diselitkan perasaan tapi tak buat rijal.uhuk * menyelit tetibe)
|
Bila si dia mengantokkk~ Tv area jadi bilik nyee.. |
Satu perkongsian menarik dari satu mesej kak s-i di hp sahabat habibati itu, kita yang dipilih atau memilih untuk lebih bertanggungjawab dengan persatuan,usrah dan sebagainya perlu bekerja lebih keras. Jika hujung minggu tiada program,duduk di meja. Study! Jika ada program yang perlu diurus,korban masa makan,tidur, tengok movie dengan belajar. Memang payah. Tapi tujuan kita untuk di universiti ni apa? tujuan utama? Untuk dapat gred yang baguskan? Memang semuanya tak bergantung pada gred,tapi tapi tapi.... Jangan biarkan kerana pelajaran kita menjadi fitnah buat persatuan kita. Di medan juang lantang berbicara, di medan mengutip ilmu layu tak bermaya. Katakan TIDAK! Sentap. Sangat.
Konklusi dan Refleksi :)
(Yaitu) Mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji, kecuali kesalahan-kesalahan kecil. Sungguh, Tuhanmu Mahaluas ampunan-Nya. Dia mengetahui tentang kamu, sejak Dia menjadikan kamu dari tanah lalu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. MAKA JANGANLAH KAMU MENGGANGAP DIRIMU SUCI. Dia mengetahui tentang orang yang bertakwa.
An-Najm :32
p/s : Mengangap diri watak putih? Sedarlahh. Terlalu sikit amal dah harapan menggunung. Allahurabbi.
No comments:
Post a Comment