Assalamualaikum :)
Alhamdulillah pada hujung minggu semalam saya telah ke Ijok untuk menjadi sukarelawan Karnival Hidup Sihat Tanpa Gejala Sosial.Dipenuhi aktiviti yang menarik dan sangat membantu penduduk di sekitar Kampung Bukit Badong itu ku kira. Cuma sayang hari sabtu itu kebanyakan sekolah mengadakan sekolah ganti. Tapi sudah cukup bersyukur. Alhamdulillah.Banyak pengajaran digarap. Tak kira melalui program itu atau peserta nya mahupun sukarelawan yang terlibat.Berjumpa buat kali ke dua dengan Kak Maryam. Indah. Kerna ukhwah yang didasarkan kerana Allah itu,tidak terasa masa itu terbuang.
Dalam perjalanan ke program,sempat berbual dengan sahabat baik ku dahulu. Ya,lepas. Kerna sekarang dia adalah sahabat fillah ku. Insyaallah. Kami bersembang di dalam LRT itu. Berkaitan niqab. Purdah. Sinonim sekali dengan diriku yang sedang mengenakan purdah dan pakaian serba hitam ketika itu. Katanya, "Kite pelik tengok orang yang berpurdah kadang-kadang menarik perhatian.Mengenakan tudung siap ada bunga besar lagi atas kepala.Apa tujuan dia pakai purdah tu sebenarnya?". Tersenyum. Walaupun sahabat itu tak nampak aku sedang tersenyum. Entah kenapa. Jika berpakaian sebegitu,walaupun tak banyak,tapi aku mengira-ngira kembali apa yang aku ingin perkatakan setiap kali membuka mulut. Ringkas sahaja ketika itu aku menjawab "Entahlah". Aku takot.Mungkin di masa hadapan aku buat begitu.Tapi dari meletakkan bunga,kucing lah yang aku letak.heh. Lebih comel.Errkk. Tapi keesokan harinya baru aku meluahkan sedikit rasa di hati kepadanya. Yang aku tak dapat memberi banyak komen berkaitan itu. Sungguh aku lebih memikirkan sahabat yang tidak solat fardhu. Sahabat yang sejantina ku yang perkerjaan nya menjual badan. Yang ternyata berdosa dan haram.Sungguh ketika aku menyatakan itu.Sebak. Terkedip-kedip mata,menahan butir jernih itu jatuh.Kerna apa yang aku fikirkan itu,tak dapat aku mencari solusi.Hanya doa dan simpati yang aku kira dapat ku beri. Aku pasti Allah swt akan memberi peluang untuk mereka berubah.Kalau lah bisa aku ketahui mengapa mereka begitu. Sebab aku yakin setiap orang ada alasan dan peluang untuk berubah. Diri sendiri ini juga mungkin berubah.Dan aku harap berubah kepada yang lebih baik. Persoalan tadi. Remeh. Bagiku. Maaf. Kerna aku sendiri tidak punya fatwa untuk itu.Berdosakah atau tidak? Hanya solusi untuk itu. Tegurlah. Jangan kerna hal kecil kita terlupa hal-hal yang besar. Hal ummat. Dan jangan kerana terlalu taksub dengan hal besar,hal kecil diabaikan.
*************
Kita lebih banyak menzalimi diri sendiri,berbanding dizalimi orang lain.
Sungguh. Sebagai contoh,bila kita berselisih faham dengan sahabat kita,kita asyik memikirkan kesalahannya. Sedangkan itu semua tidak perlu bahkan mencuri masa kita yang sedia ada sedikit itu. Berlapang dada lah :) ( Baru pulang dari bulatan gembira! Tak sabar mahu update pengisian sebab terlalu gembira. Esok quiz! Tolong insaf ya ^^ )“When I cry or lose or bruise, so long as I am still alive, nothing is ultimate. So long as there is still a tomorrow, a next moment, there is hope, there is change, there is redemption. What is lost, is not lost forever.”
– Yasmin Mogahed
p/s: Malam ini malam yang agak menyentapkan hati. Bagaimana entah aku perasan seorang rakan di fb ku telah membuang profil ku dari senarai rakan nya. Mungkin tersilap. Kesalahan teknikal. Cuba berhusnulzon. Jika sebaliknya,tiada apa yang perlu difikirkan rasanya. Diri itu yang menambah diri yang serba kekurangan ini sebagai kenalan dan membuangnya. Itu hak masing-masing. Terima kasih ya atas perkongsian yang selalu mengingatkan diri ini walaupun jarang sekali aku menekan butang like. Syukran ala kulli hal ;') Apa pun alasan nya. Ya,saya setuju dengan tindakan anda! Tahniah.
No comments:
Post a Comment