Assalamualaikum.
Di sini sukacita nak kongsikan satu artikel dari muka buku.
Myilham.com
Agak panjang.
Jadi sila jangan baca.
Bertindak sebagai orang tengah, ia bukanlah suatu amanah yang mudah. Kadang-kadang kita cuba memberi gambaran yang terbaik kepada muslimat yang dilamar oleh seorang muslimin. Cuba menunjuk jalan, menyuntik keyakinan. Tapi bila akhirnya muslimat itu memilih untuk menolak, sedikit sebanyak terasa juga kehampaan, walaupun orang yang meminta itu bukan kita dan tidak pun ada kepentingan dengan kita.
Kalau orang tengah pun rasa begitu, orang yang meminta lebih-lebih lagilah hampa. Meski cuba mengukir ceria, rasa di dalam tetap tak sama. Mungkin muslimat yang menolak tidak tahu, betapa muslimin yang meminta itu mungkin telah bersolat istikharah dan solat hajat berkali-kali, serta membina impian yang macam-macam, sebelum mendapat kekuatan menyatakan hasratnya melalui orang tengah.
Apapun, tidak dinafikan hak untuk menerima atau menolak itu adalah hak muslimat. Kalau tak berkenan, boleh ditolak, kerana tiada siapa yang hendak memaksa. Hatta orang tengah pun, sekadar itu sahajalah tugasnya, selebihnya dia akan menghormati apa pendirian akhir pihak yang diminta. Orang tengah cuma memudahcara, tidak memutuskan apa-apa.
Cuma terselit juga harapan di hati, kalau boleh janganlah pertimbangan yang dibuat itu rapuh sangat. Kadang-kadang segak tak segak itu dipertimbangkan lebih berat daripada kepimpinan dan kebertanggungjawaban si muslimin. Maklumlah, muslimatnya pun masih muda, jadi soal rupa, walaupun pada muslimin, tetapi menjadi nilaian juga. Kemudian alasan tak mahu fikir, ayah tak bagi dan sebagainya juga seakan menjadi alasan 'checkmate' buat muslimin yang meletak harap. Ada juga yang rasa dirinya mahal, jadi tolak dulu selagi rasa hendak tolak, tanpa diberi nilaian adil atas neraca taqwa.
Sebenarnya, muslimin yang meminta tidak murah, dan muslimat yang diminta tidak mahal. Yang pasti, keduanya ada nilaian dan harga sebagai manusia. Jika kita punya rasa, orang lain juga serupa. Jika ada sesuatu yang kita benci dan tidak suka, begitu juga orang lain, merasa benda yang sama. Tidaklah saya menyuruh apa-apa, melainkan hanya meletak harap kepada para muslimat, agar muslimin yang meminta itu dihargai sebaiknya, kerana anda sama sekali tidak tahu dengan siapa, bila dan bagaimana jodoh anda itu tiba.

Sungguh terasa.Ringkasnya. Saya hanya ambil kita sama sekali tidak tahu dengan siapa,bila dan bagaimana jodoh kita. Secara jujurnya terjun sahaja ke UIA, baru saya belajar menggunakan ana,enti,uhibbukifillah,syukran etc. Baru mengenakan pakaian yang jauh juga dalam fikiran aku jika tidak kerana UIA ni. Konklusinya,saya sedang belajar dan sedang berubah. Dan proses ini sampai mati. Jika di secara lahiriah nya saya nampak matang, aku pun tak tahu defini matang sebenar benarnya , "menjaga",baik atau sebaliknya.Jelas seorang yang ceria. Terpulang. Itu mata kalian. Sungguh sekarang aku sibuk membetulkan apa yang harus ku perlihatkan di mata Allah swt. Itu lebih penting. Dan itu mengambil masa. Saya pasti. Apa apa pun. Biarlah Allah yang menentukan. Islam bukan berkisar pada aspek munakahat dan politik sahaja. Maksudnya ya tapi bukan itu sahaja.Sungguh dan sungguh Allah Maha Mengetahui. Wallahua'lam.
"aku kasihan pada mereka yang mengagumiku. betapa banyak kelemahanku yg telah Allah pudarkan dari mata mereka, menutupi dosa-dosaku"
krik krik.
ReplyDeleteDah terbaca.
ReplyDelete