Sunday, March 17, 2013

6 Jamadil Awwal 1414 :)

Alhamdulillah diberi nafas lagi buat hari ini :)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah,
Pada tengah hari khamis itu,
6/5/14
Enam Jamadil awal,
Lahirlah seorang bayi perempuan,
krik krik,
Sanah helwah to me :)
Makin tua,
Sudah berumur 43 tahun ku kira. Ya! 43 tahun. Kenapa? Saya yang complex. Mengambil tarikh wafatnya baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada usia baginda 63 tahun. Tarikh itu juga ku abadikan sebagai tarikh expired ku. Ya, mungkin sahaja esok kematian itu menjemput dan mungkin sahaja masih diberi peluang bernafas menjangkau seratus tahun. Tapi diri ini yang senang lupa mengambil alternatif yang saya kira dapat menyedarkan tentang kematian dan usia yang semakin hari semakin pendek. Dalam usia yang telah dilalui ini,muhasabah balik,berapa peluang dan masa yang telah terbuang. Berapa dosa yang telah dibuat. Sungguh,malu dengan Tuhanku. 

Di skrin laptop,penuh nota dan perigatan buat diri ini yang mudah lupa.

Mengingati mati menjadikan diri ini mengira-ngira amalan yang dibuat.Cukupkah? Banyakkah? Dunia yang ada di tangan atau di hati? Sanggupkah melepaskan dunia ini? Ketika ini apa yang telah dapat ku banggakan di depan Tuhanku nanti? Allahu robbi. Thabit qulubbana a'la deeniq. 


Surat Cinta Nya :)

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” 
(Ali Imran: 185).



Rasulullah salla Allah alaihi wa sallam bersabda:
“Yang paling banyak mengingati mati dan paling baik dalam membuat persiapan untuk alam berikutnya, maka itulah orang yang bijak.”
[Sunan Ibnu Majah, no. 4249. Dinilai hasan oleh al-Albani]

No comments:

Post a Comment