Petang yang menarik.Menarik kerana seseorang yang tengah menulis ini tiba-tiba menjadi rajin mengemas.Sapu-sapu tanah di sudut bilik kecil itu angkara anai-anai. Persis hati ini mungkin. Berdebu kerana kelalaian. Oh,kalau lah bisa menyapu hati ini sebersih-bersihnya. Penyapu itu berfungsi dengan baik.Semestinya lah.Ku hentikan kerajinan itu sebentar. Sehelai kertas yang dilipat-lipat di hujung penyapu itu menarik perhatian. Tersenyum dan terus rindu menyapa.
"Kak dijah cantik tak seperti kakak saya, cantik, tapi tak jaga aurat. Saya sedih"
Allahurobbi. Teringat kembali. Ketika dapat sahaja kertas ini, hati rasa tersiat. Kerana hakikatnya diri ini juga sedang berubah dan turut sedih dengan luahan tulus si kecil. Hati yang suci itu risaukan kakak nya. Sayangkan kakak nya yang pasti. Aku tercari-cari pemilik tulisan comel itu. 12 kanak-kanak di hadapan ku itu sungguh mulus. Tidak jemu menatap wajah ceria mereka. Tak dapat ku teka siapakah penulisnya. Hati ini begitu mahu mencari jawapan pada persoalan itu. Alhamdulillah. Ketika bersalaman di hujung program. Anak kecil molek itu memeluk aku sungguh erat. Air matanya tidak segan silu keluar dari tubir matanya. Sungguh. Memaknakan sesuatu. Aku hampir ikut sebak. Tapi ditahan. Biar perpisahan ini mendekatkan bukan menjauhkan. Dalam doa.
"Adik, jangan sedih. Semua orang berubah. Akak juga sedang berubah. Doakan akak adik selalu ya :) "
“Setiap anak dilahirkan dalam fitrahnya. Keduanya orang tuanya yang menjadikannya sebagai Yahudi, Nashrani atau Majusi.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Sungguh kita semua berubah. Berubah menjadi baik insyaallah. Sedangkan Saidina Umar yang begitu keras juga terus lembut dengan kalam Nya. Kenapa tidak kita? Pulang ke asal. Hati akan tenang. Hati ini asal nya dari mana?
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab. Ini kerana, sesudah itu kamu tidak diberikan pertolongan."
[Surat Cinta Nya Az-Zumar, ayat 54]
-Tiada sebab untuk mencerca orang lain. Harapan sentiasa ada-
-By pendosa tanpa noktah-
-Life is a test-
-Indeed-
-3.26 pagi-
-Bagusnye qiam depan laptop-
-Macam nak tampar diri sendiri-
-Sebak-
-Ok.Assalamualaikum-
No comments:
Post a Comment