Monday, July 29, 2013

Whatapps sis??

                                                 Dengan nama Allah ,Tuhan sekelian alam :)


**1 new whatapp message**
hmmm...panjangnye cik sue ni~
em..baca je la..
Allah
Allah
Allah..
Apa mesej nya??



Tersebut al-kisah...
Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api mahupun cahaya. Di pertengahan prjalanan, mereka terpijak batu-batu yang banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yg mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yg menggunakn baju untuk membawa batu-batu itu.
Ada juga yang  tak percaya dan tak mengutip apa-apa.

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskn batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula mnghampiri di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu itu adalah betul-betul emas dan berlian. Maka ramai yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.

Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yang amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.

1. Paling menyesal ialah yg tak percaya langsung. Tidak ada langsung emas berlian yang dibawa walaupun mempunyai peluang.

2. Yang bawa sikit juga menyesal. "Kenapalah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"

3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari orang lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.

4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.

Begitulh gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yang terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halkum sudah terlambat.

Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal.
1. Yang soleh dan solehah mnyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi.

2. Yang kadang-kadang soleh, kadang-kadang perangai macam lagha lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.

3. Orang-orang kaffirlah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru pasal Islam, tapi pilih untuk  tak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya.

4.Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Murtad

Di hari perhitungan itu, diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 

'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin"

[32 :12]

Alhamdulillah.. Rasa bersyukur sangat-sangat sebab Allah sentiasa titipkan sahabat-sahabat yang sentiasa mengingati diri ini. :) Uhibbukifillah ya ukhti ~ Message whatapps yang paling bermakna ku kira.

No comments:

Post a Comment