Sunday, July 21, 2013

Tiga Fasa !

                  Bismillah. Alhamdulillah hari ni tergerak juga nk mengupdate blog. Bukan ape.. takot apa yang ditulis tiada manfaat dan merapu kalau tidak difikir dahulu.Tak nak la kongsi saham korang baca benda tak bermanfaat kan.. Insyaallah tergerak hati untuk menulis tentang fasa Ramadhan bila salah seorang sahabat tweet pasal benda ni. Dah lama dah cuma baru tergerak untuk menulis. Hah. Satu perjalanan juga nak menaip ni tau. Macam mana??

Alkisah.. Malam itu ummi panggil untuk duduk membaca taklim sepertimana selalu .Tapi sedikit lain lah kerana hanya tinggal saya sahaja walaupun adik beradik ramai. Hihi.. Berkepit dengan ummi. Best jugak. Walid di luar. Ummi pon memulakan taklim. Kitabnya "Fadhilat Ramadhan" oleh Syaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. :)

Ini lah bukunya.. Tepi tu Quran digital ummi yang saya buat hak milik saya :P


Dipetik dari kitab Ruhul-Bayan,sambungan satu hadis..(riwayat Ibnu U'mar..) Wallahua'lam.. Boleh cek balik kitab tu.Ni dari buku Fadhilat Ramadhan tu..

"Setelah memberitahu kelebihan memberi orang makan untuk berbuka puasa, Nabi saw telah bersabda "Bahagian nikmat Allah swt akan mencurah-curah dan rahmat ini adalah umum kepada semua orang Islam. Selepas itu sesiapa yang bersyukur atas nikmat-nikmat itu maka untuknya rahmat akan ditambah. Lainsyakartum laazidannakum. "Jika kamu bersyukur nescaya akan Aku tambah nikmatKu padamu"(tolong sebut biar betul ya or please refer your Quran). Bermula daripada bahagian pertengahan pengampunan akan diberikan. Ini adalah kerana sebahagian puasa telah berlalu  maka balasan dan penghargaan nya dimulakan dengan pengampunan. Bahagian terakhir adalah kelepasan sepenuhnya dari api neraka. "

Dalam buku fadhilat ni penulis berpendapat, perbezaan antara bahagian-bahagian rahmat ,keampunan dan kelepasan dari api neraka adalah kerana manusia juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

1)Manusia yang tidak mempunyai apa-apa beban dosa. ( Sejak awal Ramadhan lagi hujan rahmat dan nikmat mencurah-curah atas mereka.

2) Pendosa-pendosa kecil. (Setelah berpuasa beberapa lama, berkat dan balasan puasa itu adalah pengampunan dosa mereka)

3)Mereka yang mempunyai banyak dosa. (Setelah kebanyakan hari berpuasa,barulah mereka dilepaskan dari api neraka.


Wallahua'lam. Its Ramadhan :) Be a grateful muslim . No, lets be grateful mukminin wa mukminat :D Stop complaining about your food. Phase two loading. May Allah forgive us all.

1 comment:

  1. mungkin bayu biru boleh gne quran.com dan copy image ayat al quran tersebut (itu gambar) dan letak kat blog untuk membantu sahabat yang tak mahir, tapi lebih mudah dengan cara biasa

    ReplyDelete