Alhamdulillah.
Teringat lagi betapa tulus nya jawapan seorang sahabat ketika ditanyakan,
" Apa yang anda akan buat jika anda menjadi Perdana Menteri(PM)??" .
"Saya akan samakan semua silibus di sekolah agama dan bukan sekolah agama. Ini tidak adil. Kenapa sekolah agama dapat ilmu yang lebih tapi kami tidak??"
Masyaallah. Ketika itu mahu sahaja tabik spring buat sahabat fillah itu. Dalam usrah ku itu majoriti bukan lah dari sekolah agama. Tapi betapa aku hormat mereka kerana mereka lah yang sentiasa mengingatkan. Mereka lah yang sentiasa sedih dengan segala kekurangan pada diri sendiri. Mereka juga lah yang mewarna warnai hidup di kampus islamik itu. Sungguh aku rindu USRAH :)
*********
Ujian dan musibah datang dan pergi tatkala kita melangkah kehidupan hari-hari. Namun, sebenarnya kedua-duanya berbeza sekali. Ujian itu mendekatkan kita kepada Yang Maha Mengetahui tetapi musibah tidak, malah menjauhkan kita daripada Nya. Bagaimana kita harus mengambil sesuatu itu sebagai ujian? Cuba dan cuba pandang kesusahan kita itu merupakan nikmat. Ya,nikmat. Nikmat apabila diuji. Mungkin jika kita tidak diuji,lupa terus kepada Sang Pencipta. Tasbih ke mana, Quran ke mana. Nikmat iman. Percaya kepada janji-janji Allah. Dan apalah sangat sedikit ujian yang kita lalui dibanding dengan saudara seislam kita di nun jauh seberang laut sana yang makanan ruji mereka letupan bom dan jeritan sengsara.
***************************
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.”
[Surat CintaNya-2:286]

Sungguh,kenapa harus bersedih atas kehilangan nikmat yang sedikit itu sedangkan hakikatnya kita hanya meminjam dari Yang Maha Memiliki
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.”
[Surat CintaNya-2:286]
CUBA UNTUK TERUS ISTIQAMAH (C.U.T.I)
Ya Allah... Pemilik sekelian alam. Pemilik hati-hati ini.
Engkaulah yang ditasbih siang dan malam.
Sujud dan sembah kami hanya untuk Mu...
Tenteram kan lah jiwa kami...
Alhamdulillah fi kulli nikmah Ya Allah. Sungguh rasa bersalah setelah banyak sehingga tidak terkira nikmat Mu. Aku masih berkira. Aku masih lupa. Kita hanya hamba. Nanes T_T
No comments:
Post a Comment