بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum. Apa khabar iman? Sebelum menulis dengan lebih panjang nak kongsi sedikit satu mesej pemuda ni dari LINE saya. Insyaallah bermanfaat :)
"Moshe Dayan, seorang penulis yahudi pernah menggariskan tiga kelemahan utama umat Islam dalam satu artikelnya.. Pertama : umat Islam tak pernah belajar dari sejarah lampau. Kedua : umat Islam tak merancang dengan teliti. Ketiga : umat Islam terdiri daripada orang-orang yang malas membaca.. Sebaik sahaja artikel ini diterbitkan, ramai orang Yahudi marah kerana mereka berfikir orang Islam akan mengubah kelemah-kelemahan ini selepas mereka tahu. .Namun apa yang dijawab Moshe Dayan ? " Usah risau , orang-orang Islam takkan tau,Mereka bukannya baca pun "
Jadi dari mesej di atas kita patut sedar, betapa pentingnya aktiviti
Ok. Pertama sekali.
Cover buku
Sila lah jangan pilih buku yang menjadikan perempuan sebagai muka depan dia ya. Lagi-lagi kalau tak menutup aurat dengan sempurna. Penulis memang kurang sensitif kalau begitu. Kena ingat. Sekecil-kecil perkara mungkin boleh menjadi sebesar-besar dosa. Err.. Kan? Sebab bagi saya tak sesuai la. Nak menarik pembeli dengan rupa yang cantik watak yang entah wujud entah tak itu kah. Legend~ Tapi kalau cover tu muslimah boleh la dipertimbang.
Ok, kedua.
Ending.
Digalakkan memilih novel pengakhiran yang sedih. Sad ending. Tip ni dikongsi oleh kakak ipar saya. Saya rasa mungkin sebab dia tak nak adik dia ni baca novel yang menghidangkan keseronokan semata-mata. Perhaps. Dunia ni kan penuh pancaroba. Baiklah kita jangan teralu membina fantasi yang nampak bahagia senang lenang je kan.
Ok, last. Sebab menaip ni penat juga tahu. =P Senang lagi jadi vlog. Cakap je. Tapi sebab suara saya sangat comel tak boleh la menghasilkan video. Uhuk. Sila tahan kemualan itu ya.
Penulis.
Kenal penulis buku terlebih dahulu. Tapi tidak mengapa. Sebab tak kenal boleh taaruf. Penulis yang biasa nya saya pilih mestilah Habibur rahman el--shirazi, Hilal Asyraf, Ramlee Awang Mursyid, Aisyah Humairah dan Faisal Tehrani. Banyak info yang baru lah kalau baca buku-buku depa ni. Insyaallah.
Itu sahaja buat kali ni. Alhamdiulillah terhapdate juga blog ni. Tak terlambat kan nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri :) Syawal sebulan. Raya sebulan la. Jangan lupa puasa enam dan istiqamah tarbiah di madrasah Ramadhan wahai diri. Wasalam. Moga Allah redha.
No comments:
Post a Comment