"al waajibat aksara minal awqaat"
Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada
Sudah tentu kita seorang anak bukan? Dan juga sudah tentu kita juga insyaallah akan menjadi seorang ibu atau bapa buat seorang kanak-kanak bukan? Sudah dua komitmen perlu di situ. Tapi yang terutama,komitmen kita dengan Allah swt. Sebagai hambaNya dan juga khalifah di muka bumi ini.
Love Letter
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku jadikan di bumi seorang Khalifah. Berkata Malaikat: Adakah Engkau hendak jadikan di muka bumi ini orang yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan bertaqdis dengan memuji Engkau? Jawab Allah: Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”
(Al-Baqarah:30)
Bagaimana pula dengan jawatan-jawatan yang dipegang tak kira di sekolah atau universiti? Sungguh,berat amanah yang dipegang. Tapi insyaallah kita memegang jawatan ini bukan kerana kita hebat, atau senior kita yang memilih kita. Percayalah, Allah swt yang memilih kita. Jika kita fikir begini, insyaallah saya pasti tidak ada kesusahan pun dalam memegang amanah berat itu. Jaga urusan akhirat kita sebaiknya tak kira betapa sibuk pun, Allah pasti jaga urusan dunia untuk kita :)
setiap ketaatan yang dilakukan oleh manusia merupakan kurnia dan taufik daripada Allah bukan daripada kekuata dirinya sendiri
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah kertas kerja "Ziarah Kasih" sudah approve. Sangat gembira sebab dimudahkan. Cuma ada sedikit mehnah yang terpaksa juga ditelan.Kalau nak banding dengan mehnah yang Rasul saw lalui jauh sekali. Sangat jauh. Tapi ter esak-esak pula jadinya.Krisis perasaan mungkin.Boleh pulak menangis sambil gelak.. T_T Keep smiling. Maybe that the only sunshine a person had :) Ya Allah,rabbi yassir wa la tua'ssir ya kareem..
-Pendosa tanpa noktah-Rabbi firli Ya Allah-
No comments:
Post a Comment