Friday, January 11, 2013

Kaunter Pertanyaan ~

Selesai sahaja memberi salam dan berdoa terus aku melipat telekung. Suasana di musolla mid valley ketika itu agak 'meriah'. Alhamdulillah,walaupun sibuk membeli belah masih ramai yang tidak melupakan kewajipan sebagai muslim. Lantas,aku sarung sahaja tudung labuh berwarna pink yang terletak di sisiku. Tak mahu bersesak di cermin,aku betulkan sahaja ala kadar. Tiba-tiba, jeng jeng jeng..seorang wanita berniqab menyapa aku. Sudah,rasa cuak dan blur yang memang selalu berada dalam diri aku juga datang. Aku hanya memberi senyuman.


'Can I ask you'
'err,yes?'
'Where can I get this kind of tudung?'
(aku lihat tudungku.Oh,tudung labuh..)
'You can buy this at Masjid Jame'
'Where is it?'
(Alamak..uhuk2..orang arab ke ni.English lame tak practise..)
'Err..you can get lrt to go there.'
'Can I get this tudung here?'
'In this mall? I don't think so'

After bit thanks and good bye..We make our way. End. Okeh. Apa yang nak diceritakan ni? Apa kaitan dengan kaunter pertanyaan pulak?? Baik. Mari kita pergi cerita yang kedua. (skip kalau tak nak dengar cerita..jump to conclusion :P )

Lewat jam 9.30 malam. Aku bersendirian menuggu bus di stesen U setelah ke satu program di Bangi. Hati memang cuak, satu,takut ditahan guard nak masuk Uia nanti,yang kedua,tak sedap hati berdiri seorang diri. Lupa Allah sentiasa ada bersama.  Tiba-tiba, (haish,tiba2 lagi.. =.=") seorang kakak menyapa.


"Adik tunggu bus ea?"
"Haah~" Sambil tersenyum
(hati nakal membebel,huhu tak kan masak pulak)
"Adik tahu bus ape pergi taman jaya?"
"Tak tahu pulak akak. Akak dari mana ni?"
"Akak dari mid tadi dengan kawan :) "
"Ooo.. :) "


Dialog begini berlaku kerap juga.
Alhamdulillah sejak dulu hingga sekarang, maksud saya, dulu yang biasa ala kadar sehingga saya yang sekarang,bertudung labuh, tidak menjadi sebab untuk orang menjauhi saya. Perhaps~ Berusaha ikhlaskan apa yang di hati dan jangan lupa! POWER OF SMILE! Mesti anda akan jadi kaunter pertanyaan yang mesra pelanggan :)


"Yakhtalitun wa lakin yatamayyazun" 
"Bergaul tetapi tidak bercampur (berbeza)" - Syed Qutb



:)

REFLEKSI

Kata Saidina Umar,
“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”
(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

Jika Rasulullah saw tersenyum,pasti akan membuat hati-hati kita tenang kan?? Allahu T_T

P/s : Senyum tatkala gembira dan tatkala diuji :) Tapi kadang-kadang disalah anggap pula.. Astagfirullahalazim..





3 comments:

  1. err. pena bnyk lalui mcm ni. Tkut jgk. dan bhye T.T

    ReplyDelete
  2. nope, mksdnye. sebab yg tanye rmi foreigner. tkut2 jdi kes pape ke mcm samun etc. sebab tu kot :) tpi insyaAllah. Allah Maanaa ^^

    ReplyDelete