Wednesday, November 13, 2013

Perginya seorang Ammar..

Bimillahirrahmanirrahim. In the Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Nota yang terakhir Ammar tulis dan letak dalam begnya adalah kaedah pertama dalam risalah ikhlas, 

Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling, maka itu tidak penting. Jika Dia menerima sedangkan seluruh masyarakat menolak maka tiada kesannya. Setelah Dia meredhai dan menerima, jika Dia kehendaki dan selari dengan hikmah-Nya, walaupun kalian dalam keadaan tidak meminta, Dia akan menjadikan masyarakat juga menerima dan meredhai. Kerana itu, keredhaan Allah sahaja yang perlu dijadikan sebagai tujuan utama dalam khidmat dakwah ini."




Satu sosok tubuh yang tak dikenali pun.
Tapi tak tahu kenapa turut rasa kehilangan. 
Kehilangan seorang pemuda.
Yang perginya diredhai ibubapanya.
Kebaikannya disebut-sebut.
Dikenang dan dirindui orang yang pernah mengenalinya.
Perginya menemui Ilahi.
Di bumi syahidnya pejuang2 islam.
Seusia diri ini.
Lantas.
Tertanya sendiri.
Bila masa nya pula diri ini??
Sungguh beza.
Aku dan dia.

No comments:

Post a Comment