Wednesday, September 26, 2012

Minggu Mahasiswa Islam,PERKIM ^^

Bismillahirrahmanirrahim~Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. ^_^

Setelah bertungkus lumus buat preparation itu ini..(yeke??hheeee) Bermulalah Minggu Mahasiswa Islam, anjuran PERKIM,UIA,PJ di Kuala Kubu Bharu,Selangor...Setelah menempuh perjalanan lebih kurang dua jam dari Petaling Jaya ke situ sampailah kami ke destinasi yang bakal melakar sejarah buat kami semua..Jejak je Masjid ArRahimah,wah rasa menusuk hati..Alhamdulillah,selesa sahaja di masjid ni..bersih yang penting..Mestilahkan~rumah Allah :)


Malam tu usai Solat Maghrib diadakan sedikit solat hajat dengan niat melancarkan MMI kami ni... Lepas tu ade ceramah sikit dari imam masjid...Seronok sangat dengar..Yang masih saya ingat apa yang dikatakan..



"Orang yang ingat mati dia bersegera kepada taubat,dia dekat kepada zuhud..nak zuhud??Ingat kepada mati insyaallah.. Zuhud tu bukan tinggalkan dunia.tapi lebih kepada ingat pada dunia tapi tidak mengasihi dunia.. Bila dunia menguasai diri kita, itu tanda kita mengasihi dunia... Jangan kata Islam tak bagi dunia,Islam cuma tak nak kita jadi hamba dunia... Bila kita zuhud.. Bukan di sisi Allah swt je kita mulia tapi juga di sisi manusia pun kita mulia.. Orang tamak orang sekeliling dia pon tak suka "



-Malam tu kakak senior terchenta call,k.tira..borak borak dan sempat merapu sikit..  Saya tanya kalau kalau ada pesanan buat saya.. Akak cuma cakap "Sabar je,kamu kena banyak bersabar" err..malam tu memang kena banyak sabar..hmm..takpe..takpe..(saya cuma fikir tak kan lah semua orang akan menyenangi saya kan kan) Dalam berlapang dada berukhwah, kesabaran itu macam nutrien :)-

"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.."


-Jangan rumitkan keadaan,permudahkan urusan orang lain,Moga Allah swt mudahkan urusan kita-

yeah,hari  kedua,cuba gagahkan untuk terus bersemangat dan tersenyum.. :) Berjuang hingga habis~
Sangat-sangat best..pagi tu tolong masak masak sikit..and fall asleep~qoilullah yang agak panjang..hehee..Zuhur tu terus ke Baitul Hasanah untuk bersama adik-adik di situ..Seronok sangat tengok wajah-wajah mereka...tetap tersenyum walaupun diuji :)

Jeng jeng jeng...malam tu sangat memorible... 

Lepas isya' berborak dengan Amin dan Adi(nama samaran :P) hampir 2 jam setengah..baru tahu banyak persamaan kisah kitorang,hebat hebat rupanya sahabat saya berdua ni..Dari satu cerita ke satu cerita..seronok jiddan bersembang ^^.. Yang penting mereka telah menjadi antara cantuman puzzle dalam hidup saya..hew3 :")

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Surah Ali Imran Ayat 200


-MAY ALLAH ACCEPT OUR GOOD DEEDS,FORGIVE OUR SINS, AND PURIFY OUR HEARTS TO GAIN SUCCESS IN THIS WORLD AND THE HEREAFTER..! AMEEN..^^- 

No comments:

Post a Comment