Sunday, May 5, 2013

Ini kalikah?

Assalamualaikum.

"Islam bukan hanya berkisar kepada topik politik dan munakahat sahaja"

Yes.Ini la yang aku mahu dengar. Hati riang gembira. Menang~ Topik yang listed at the bottom in my list.. Topik kecil je tu.Eh,betul ke kecil? Bendera merata sini sana. Membazir! Sumpah. Dah la tak cukup lagi umur. Baik kawin cepat kalau diri tu gatal sangat. Eh eh. Nanti dulu. Apa yang rakan sebelah aku buat ni. Kenapa dia mengangkat tangan? Kenapa dia seperti berdoa ketika melihat bendera biru dan hijau yang menghiasi jalan ke kampung itu. Eh,kenapa? Ika,apa yang awak doa tu?

"Saya doakan semoga Islam menang.Amin. Insyaallah"



Perasaan berbolak balik.Em.. Diri ini. Apa yang telah diri ini fikirkan. Bukankah politik dan Islam itu tidak dapat dipisahkan? Bukankah satu hari nanti juga engkau akan berumah tangga? Jika tidak suka jadi tidak perlu tahu langsung kah? Minda berputar ligat. Penghawa dingin dalam bus itu seperti cuba menyejukkan lagi hati yang mula berpeluh sejuk. Hati bermonolog. Kenapa tidak aku berdoa untuk Islam. Ini bukan ada kena mengena dengan parti apa pun. Allahurobbi. Banyak nya kurang diri ini.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui." 
(Surat CintaNya al-Baqarah:ayat 216)



Teringat kembali kata-kata ustaz yang mengubat seorang sahabiah terchenta. Seorang pemimpin ni kena tahu pimpin manusia dan alam jin. Tengok lah berlaku  yang berkaitan ini. Bagaimana pemimpin yang tidak tahu menahu mahu memimpin. Itu lah kita memilih pimpinan ulama. Bukan saja-saja. Aduh! Sungguh bagai ada kesedaran di situ. Pentingnya politik ni. Ini bukan main-main. Ini masa hadapan kita. KITA.


-I'riful haq, ta'riful haq- Ketahuilah kebenaran dan ketahuilah ahli-ahli yang benar-


Berdebar menanti keputusan. Hasbunallah wa ni'mal wakil!!

1 comment:

  1. truely true..kejayaan Islam yg sepatutnya kita doakan..thanks for reminding :)

    ReplyDelete