Wednesday, December 26, 2012

Memaknakan makna NILAI :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :)


    Hidup  ini adalah  masa-masa yang berharga buat si insan yang tahu erti nilai. Nilai..Apakah?? Nilai RM10 buat si pengemis  jalanan,mungkin sama seperti nilai RM100 buat kita atau mungkin RM1000?
RM10 yang sama  dibawa ke masjid, nilainya melambung,dibawa ke pasaraya mahupun Year-End-Sale di kotaraya,ah sudahh... cepatnya nilai itu turun. Jadi nilai ini  berubah ubah dek tempat kah??

    Baik itu contoh not-not kertas yang tertera nombor yang memberi taksiran berbeza mengikut tempat. Bagaimana dengan nilai sesuatu objek misalnya makanan.Jika anda di posisi seorang jutawan yang mempunyai perusahaan maju,gilang gemilang lagi,apa nilai sebuku roti buat anda?? Pasti nilai itu menjadi sebaliknya buat sesorang yang hanya mempunyai pekerjaan yang biasa-biasa sahaja bukan. Jadi kali ini 'nilai' berubah mengikut status??

Don’t count every hour in the day, make every hour in the day count.
~Anonymous


Kenapa masa terasa sebentar. Kadang-kadang rasa seminit macam sebulan. Kadang-kadang rasa menyesal dengan masa yang telah berlalu?? Bagaimana harus dinilai masa itu? Sebenarnya jawapan nya adalah pada erti syukur pada diri kita sendiri. Kerjalah pagi dan malam,jika masih meraba-raba erti syukur itu pasti nafsu tidak akan pernah puas! Percayalah kepada Ilahi. Nilaikan setiap yang kita lakukan dan adakan. Kadang-kadang kita terpaksa beli kebahagian dengan duit.. Hakikat.. Tapi duit bukan lah segalanya.Kita usaha,tapi rezki itu Allah yang beri :)

Kaya sebenar bukan kerana memiliki tetapi apabila tidak dimiliki. Apabila kita terlalu ingin memiliki sesuatu atau seseorang, tanpa sedar kita telah "dimiliki" olehnya. -Ustaz Pahrol

Senang nak nilai jauh atau dekat satu tempat sebab ada ukuran tertentu kan. Wajib kita buat keputusan yang tepat supaya tak tersalah 'jalan'.Astaghfirullah.Sungguh diri ini kabur dalam menilai nikmat dalam setiap ujian Mu Ya Allah T_T. Harap sangat lepas ni boleh tetap bersyukur walau apapun terjadi! ::Keep Smiling:: 

-Pesanan ikhlas : Hargai ibu bapa kita walau apa pun nilai mereka di mata kita sementara mereka masih ada :) -

No comments:

Post a Comment