Sunday, October 28, 2012

SELAMAT PENDEK UMUR!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....

Berpuluh-puluh wish di fb mahupun hp..glad and sorrow actually~
Banyak nya mendoakan zauj wa anak yang soleh-solehah..
Alhamdulillah,tapi masih samar~ nak bahagiakan ummi dan walid dulu ^_^
Tersentuh satu wish 
'selamat pendek umur'
Amboi hidden sungguh~xpela..dia bagi link ke blog ustaz pahrol..ok baru paham..

"hari ini setapak lagi kita dekat dengan kematian"


Hakikat : Allah telah tetapkan bila, di mana dan bagaimana kita mati. Tak kurang sesaat pun.. Jadi semakin hari kita menapak ke arah 'tarikh' itu. Dunia semakin jauh meninggalkan kita dan akhirat mula melambai-lambai ke arah kita :)
BERSEDIAKAH KITA SEMUA???


Mati~ Penasihat terbaik manusia.. Cuba kita,bawak kereta,fikir “aish,mati tu ntah bila..takot-takot satgi” haa,mesti bawak kereta elok-elok kan kan?? 



"Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34)

-ingat mati tak bermakna meminta mati itu-


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: " Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Ya Allah engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada Mu,telah berjumpa pada taat MU.telah bersatu dalam dakwah pada MU,telah berpadu dalam membela syariat Mu.kukuhkanlah ya Allah ikatannya.kekalkanlah cintanya. tunjukkanlah jalan-jalannya .penuhilah hati-hati ini dengan nur MU yang tiada pernah pudar. lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada MU dan keindahan bertawakkal di jalan Mu :)

No comments:

Post a Comment