(khat basmallah ni selalu ustaz saya guna(^_~)
Assalamualaikum wrh wbt, cerita ni seorang ukhti yang cerita..masa tu kitorang jadi fasi utk satu program....saya bawa cerita ni untuk adik program tu..hehee~moga bermanfaat ye buat kita semua...
Takdir Allah S.W.T., isteri si lelaki tadi telah hamil dan melahirkan anak.
Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Bagaimana dia nak tunaikan nazar nya itu?
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah
bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat (solat mengikut syariat Nabi Musa a.s) dan minum air tu.
Lelaki itu pun berasa senang hati dan segera menjalankan apa yang di perintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah...
Masa saya bawa cerita ni kat adik-adik...saya buat teka teki...saya suruh dorang teka....lucu sangat dgn jawapan dia..air kencing si A la..si B la...haish~comel betol...
Ingat saudara-saudari ku sekalian. .
Solat sangat penting. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra ‘ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain disampaikan melalui Jibril as. Ulang alik lagi....Baru diwajipkan 5 pun kita tak mampu~
Ketika saat Rasulullah SAW sedang nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah! As Solah wa amalakat aimanukum”.
Maknanya, “Solat! Solat! Jangan sekali-kali kamu abaikan. Dan peliharalah (pesan supaya suruh solat) orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”
Ustaz saya cakap..kalau ada yang tak kena dengan peribadi kita,dengan hidup kita,akhlak kita dan sewaktu dengan nya..CHECK YOUR SOLAT BACK~
mana p crite air bumbung org x solat?
ReplyDeleteasif..tak paham ;) crite dok ctu je~
Delete