Saturday, August 18, 2012

Aku dan Persepsi



"aku tidak perlu berilmu untuk memilih tudung labuh. Tapi aku ingin bertudung labuh sebab aku ingin mencari ilmu"
Alhamdulillah,dah 1 sem saya mengenakan tudung labuh,saya harap dapatlah istiqhomah...tu yang paling susah tu..tapi best sangat sebab bila pakai tudung labuh bulat saya rasa tersangatlah selamat dan tak terikat dengan fesyen :) sebelum ni pon saya bukan lah berfesyen sangat..hehee...Sepanjang saya mengenakan tudung labuh.. Alhamdulillah,alhamdulillah tak dak pulak orang cakap hodoh tak kemas bagai......huhuuu....malah sering dipuji..comel.kiki..hehe :)eemm,
tapi ada juga yang memberi nasihat..
"Tak semua tudung labuh tu baik" (sambil pandang mukaku..memang la saya terasa T-T)
"dah pakai tudung labuh tu elok-elok la sikit.." (memang la saya ni epy go-lucky..perangai kadang-kadang terover plak ;()
yup..yup...saya terima je..tak pe manusia kan sentiasa berubah..mungkin orang yang tegur tu brother saya terasa..dan kalau sister yang tegur mungkin saya rasa dia tak pakai tudung labuh pon..tegur-tegur plak..saya geram..teruk kan saya..=_=""

"kadang-kadang bila tidak terkesan teguran kita pada orang lain mungkin kerana teguran kita bukan dari pelosok hati kita..mungkin kerana agenda kita sendiri..mungkin kerana tiada sifat rendah diri dalam kita sendiri..kita tidak refleksi diri kita..renung-renungkan :)"



oh ya,tadi saya mengenakan niqab membeli belah bersama abang dan kakak saya...bukan tidak pernah saya pakai niqab,tapi yang tu di pondok..bukan di public ^^...hmm...apa ya yang saya mampu katakan...teruja ~
tapi untuk terus kekal pakai biar saya bersedia dulu..saya tak mahu MENJADI FITNAH BUAT AGAMA INI....ya,saya sangat sangat pelik sebenarnya dengan pemakai niqab yang letak gambar nye di laman sosial..sungguh tidak paham..kerana bagi saya pemakaian niqob untuk melindungi ia dari dilihat ajnabi..kalau diletak gambar2 sewenangnya lah dapat dilihat =.="(oh ya,tapi mungkin kerana dia lebih ramai ingin berniqob :) husnuzon..husnuzon..)

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

-Astaqfirullahala'zim..ikhlaskan hati ini,jangan Kau uji daku lebih dari kemampuanku..aminn-

Friday, August 17, 2012

Thats my kitchen now^^

Assalamualaikum~bismillahirrahmanirrahim...

Sahur yang ke 3 last...dalam 3 pagi Ummi ku dah tertidor...letih agaknye..so,the story begin...

Menu-Sambal sotong..
Bahan-Bawang merah,bawang putih(kisar),gula,garam,air asam,lagi~
sotong la..dah nama pon sambal sotong =_=""

ahakkk....senang je pon,campak je semua bahan..kikiki..
komen ummi-"sedap dik,berjayalah adik masak"(ni disebabkan selama ni tak sedap ke ummi??) haha...

hehe..cukup-cukup la..yang penting nak kongsikan ni..

"Zikir waktu memasak,pon boleh jadi ibadah,jangan kita sempitkan ibadah itu hanya solat,puasa dsb..luas..tersangat luas..Islam is not only a religion..its a way of life dear..ehem.ehem..insyaallah kalau sape makan berkat..anak ikot cakap..dari makanan membentuk darah daging" ^^ jadi jangan maka rasuah..eh,menyimpang plak :P


-senang kan memasak??pandai-pandai!! jadi jangan malas :)-

Perisai diri~Ramadhan kareeM:)

assalamualaikum..
BISMILLAH~

Rasulullah SAW menasihati umatnya dalam sebuah hadis bermaksud: “Puasa itu perisai, apabila salah seorang daripada kamu sedang berpuasa, maka janganlah mengeluarkan kata-kata keji (kotor), jangan menimbulkan suasana tegang. Jika ada seseorang memakinya atau mahu membunuhnya maka katakanlah: sesungguhnya aku sedang berpuasa”.

Hari ni dah 27 Ramadhan...Rasa Ramadhan kali banyak benda berlalu pergi...gembira,sedih semua lengkap cukup rasa ^^ok..just nak imbau ape yang dah jadi sepanjang ramadhan

First Ramadhan saya mulakan malam tu di Masjid Jamek,KL..haha agak tragis bila ramai rakan-rakan memulakan Ramadhan dengan family :') tapi takpe...baru la ade feel duk jauh belajar~(jauh la sangat)..haa yup2..arytu memulakan Ramadhan dengan menjadi sukarelawan,,aktivitinye tolong sebarkan risalah di stesen LRT dan memberi makan gelandangan(but i dun involve wit it) ^^..macam gelagat orang boleh tengok.. ada yang tengok saya with a glance that mean
 "hey,is that for free??" atau
 "alamak,dah lambat ni..ade orang buat promo plak"..
 hello~terima je la =_=""..tapi ada 1 foreigner,I think he from Turki or Pakistan..perhaps,he ask can he have one..i repeat he said
 "can he have one"
 hoho...tadi bagi kat orang dorang macam tak ambik port je...ni macam rasa dihargai~im impressed :)



okok..tu bru first Ramadhan...terus lagi hidup di UIA,PJ..sebagai pelajar dan sebagai hmm...pekerja or sebagai ahli keluarga PERKIM PJ lebih tepat..GCI(grand charity iftor)~ya Allah..memang Kau telah beri ibrah dalam setiap yang terjadi..kenapa ya cuak sangat pasal GCI ritue...emm..tapi teringat muka-muka gembira haritu rasa macam all that cuak2 vanished :P.berjalan-jalan Ramadhan itu..Alhamdulillah..air mata ini tak segan-segan terbit, tanda hati ini masih hidup T__T

"Allah bila DIA berkehendak utk menguji hambaNYA, dengan apa cara sekalipun DIA akan menguji. 

kita sebagai seorang hamba tidak layak utk mempersoalkannya, yg kita mampu hanyalah redha dan sabar, berwaspada dgn setiap nikmat dan ujian itu. jgn mudah terlalai."

 ” Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan”, Insyirah:5.


-3 hari lagi :)-go go sin shan,upss!

Thursday, June 14, 2012

SuraT Cinta Pemilik Hati ini=)

Bismillahirrahmanirrahim:)
~Rumah manis Rumah~petang yg indah:)~

           -"La tahzan Innalahha ma'ana. Jangan takut dan jangan sedih , sesungguhnya Allah bersama kita."-



"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”" [Al-Baqarah 2:155 & 156]
KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

AKU TAK DAPAT TAHAN LAGI !!!
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
 

Syukur, aku masih disini,
                                           Syukur, aku masih melihat mu,
                                           Syukur, aku masih bernafas,
-Syukur kepadamu Ya Allah,Ya Rahman masih memberi peluang aku menebus dosa dahulu-

Cinta di Langit Gaza ..♥

Bismillahirrahmanirrahim~
Salam kekuatan;)

-Taman ilmu dan budi,6.18pm-

cinta,sebuah perkataan yang memaknai kehidupan manusia..klise yang sentiasa di ulang ulang dan diperdagang~


Saya sudah dalam proses menghadam buku ini..berbeza sekali dengan novel lain yang bertajukan cinta,penulisan ini memaparkan kisah hidup suatu bangsa yang tak terkira perit nya..

Sejujurnya,sudah lama saya terfikir,mengapa novel cinta lain tidak sebegini?? pastinya akan ada sepasang merpati sejoli dan pengacau nya..hmm~

 "Perumpamaan orang-orang yang beriman dari segi kasih sayang, belas kasihan dan kemesraan sesama mereka ialah umpama satu jasad, apabila satu anggota mengadu kesakitan, maka seluruh jasad akan turut berjaga malam dan demam." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa tindakan kita?!


Di celah-celah kekenyangan kita masih ada bangsa seaqidah kita yg kelaparan.....

kekurangan kasih sayangkah kita??sehingga selalu saja membicara tentang sayang...kasih...tapi seringkali terlupa untuk bersyukur...
~Dalam keselesaan hidup kita...masih ada keluhan...masih punya resah~
~Kenapa tidak kita fikir sejenak untuk mereka di Gaza,Palestin??adakah mereka bukan saudara kita??~
~Kita dipalit kasih sayang...tidur lena..tapi mereka??
~Bagaimana kita memilih mati kita??
~Bom??di Gaza itu biasa...kita??mahu dijadi artifak lagi



-CINTA ALLAH SWT ITU LUAS..JANGAN KITA TERLALU FIKIR CINTA MANUSIA..CINTA MENYEBABKAN RINDU..CINTALAH UNTUK BERJALAN DI ATAS JALAN KEBAKTIAN ITU SUPAYA KITA RINDU PADA NYA..INSYAALLAH-=))





Tuesday, June 12, 2012

JOM RENUNG SAT~




-Allah itu sweet,mana mungkin Dia tinggalkan kita begitu saja-




-Kalau ada batu yang kukuh kenapa bersandar pada kayu yang rapuh-

Monday, June 11, 2012

Konvensyen saudara islam kebangsaan 2012


Belum habis penat bekerja hampir 2 miggu sebagai komiti taaruf week 12/13 cfsiium melangkah pula kaki ke Pusat Kesenian Islam berdekatan masjid negara untuk ke konvensyen muallaf ni=D



-pernah kita terfikir Malaysia satu hari nanti berbilang kaum,bercampur bahasa..tapi satu akidah...=D seronok kan??-



Sunday, June 10, 2012

TAARUF WEEK CFSIIUM 12/13

BISMiLLAH=D

Bermula alkisah 27 hb may 2012...
Im officially one of the ta'aruf committee member...XD



Alhamdulillah dimasukkan dalam biro Residential,Discipline and Welfare Bureou(RDW)..My first choice tuu...bila bekerja baru tau payah ke tak..hee..jenuh juga melayan karenah ibu bapa...yela culture shock agaknya tengok bilik muat2 jer 4 orang...tapi tak leh salahkan dorang juga..saya first time masuk sini pon agak tak bleh terima cuma mungkin orang sekarang lebih outspoken...tadah je telinga


 
-BERSYUKURLAH..KALAU TAK DAPAT APA YANG KITA MAHU..CUBA HARGAI APA YANG KITA DAPAT...JIKA KITA TAK NAMPAK HIKMAH DI SETIAP KEJADIAN YANG ALLAH SWT TETAPKAN PASTI KITA KECEWA-

tags~


Yang sangat tak dapat dilupakan..cerita salah seorang sahabat..saya sangat kagum dengan ceritanya...dari awal lagi perkenalan kami dalam biro RDW ni..saya tertarik dengan wajah nya seiras seseorang..she so pretty with her 'tudung labuh'=D..ya di bibir nya selalu menuturkan bait ayat ini~

"Hidayah itu milik Allah swt"

 
yes,simple sentence je kan??nak tahu what the story behind??jom~

Sahabat seorang ini rupanya dulu free hair..anak orang berada..katanya baju nya hanya pakai sekali dan dia akan jual kepada orang lain...dia taknak orang lain melihat dia pakai baju yang sama 2 kali..sampai begitu sekali,,tapi ditakdirkan Allah kesenangan itu tidak lama..tidak seperti dahulu apa yang dihajati pasti tertunai...namun sebenarnya itu satu rahmat dari Allah..sahabat ini berubah..180 darjah...walaupun tidak bersekolah agama..Dia berbicara lagi,di mana dahulu rakan yang bertudung labuh yang memandang hina nya...menjadi model,free hair.(emm..moga Allah memberi hidayah nya kepada si dia dan kita semua)...nampak bertapa bermaknanya "hidayah itu milik Allah swt" buat sahabat baru ku ini=D


-"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139.-

p/s:cerita ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tapi diambil pengajaran...setiap apa yang kita lakukan sebenarnya ada mesej tersendiri jika kita orang yang berfikir....

sweet memories~



Friday, June 8, 2012

Ada apa Dgn BuLan Rejab...

Bismillahirrahmanirrahim~Assalamualaikum

lama dah nak tulis..tapi tak tertulis-tulis..hee..nak abis pon bulan rejab nyee yopp=D
 cuma nak konsi nih~
Rejab bermaksud or ditakrifkan mulia atau agong~
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
 
  • Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  • Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
  • Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah
jom kita ingat balik..ade berape bulan2 haram?
Bulan-bulan Haram  ialah Zul Qa’dah, Zul Hijjah, Muharram dan Rejab. Ada 3...hee


"Ya Allah, Berkati lah aku dengan Sya'aban dan sampaikanlah aku dengan Ramadhan"


jom kita banyakkan beristighfar,banyakkan amalan kita yuk^^
bukan masa bulan rejab atau syaaban je tapi setiap bulan..setiap saat..biar kita tengah cuti sem ke cuti sekolah=) kita kena ingat kita tak pernah cuti untuk menjadi hamba Allah swt,,Allah hidupkan utk tujuan beribadah kepdanya..kalau Dia bg cuti..kita mati lah..adil???

-FAIR N SQUARE-

Wednesday, May 16, 2012

FITRAH..

Ustaz Don Daniyal:
         Fitrah itu islam....tu la bila orang yang peluk islam kita cakap KEMBALI kepada Islam...
~haaa....nampak tak??

Uztaz Muhadir Joll(UIA,PJ)
         Fitrah  tu  dah ade sejak masa kita lahir lagi....lahir lahir kita lapar..kita cari susu dekat mak kita...(english la~ni dah translate..hehe)


Dalam wikipedia anda akn dapati jwpn sepeti berikut hehee..

Fitrah berasal dari akar kata f-t-r dalam BARAB yang berarti membuka atau menguak. Fitrah sendiri mempunyai makna asal kejadian, keadaan yang suci dan kembali ke asal.
Dalam Islam terdapat konsep bahwa setiap orang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Fitrah dalam hal ini berarti bayi dilahirkan dalam keadaan suci, tidak memiliki dosa apapun. Seseorang yang kembali kepada fitrahnya, mempunyai makna ia mencari kesucian dan keyakinannya yang asli, sebagaimana pada saat ia dilahirkan.
Agama Islam sesuai dengan fitrah manusia

-FITRAH  ITU  PERLU  DIKAWAL  BUKAN  DIBUNUH..KAWAL  DENGAN APA??KAWAL DENGAN AGAMA SAHABATKU^_^ HAMPIRKAN FITRAH  KITA  DENGAN ALLAH SWT:)-

أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الله

     

KALIMAH SYAHADAH```


DALAM SEHARI HARI KITA SOLAT...KITA MENGUCAP KALIMAH SUCI INI.. KITA BERDOA KITA MENGUCAP LAGI...LAGI DAN LAGI...TAPI BERAPA RAMAI YANG DAPAT MENGHAYATI KALIMAH INI?? BERAPA RAMAI YANG ALLAH SWT JANJIKAN SYURGA KERANA SUCINYA KALIMAH TAUHID ITU??

 

أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الله

Bismillahirahmanirahim...
Abu Said ra. memberitakan daripada Nabi saw di mana baginda bersabda:
"(Pada suatu hari) Nabi Musa as. berdialog dengan Tuhan: "Wahai Tuhanku, ajarilah aku sesuatu yang dapat aku sebutkan Engkau dan aku dapat pula memohon pada Engkau, dengannya."

Nabi menyambung: "Tuhan menjawab: "Ucapkan La ilaha illallaah."

Nabi Musa as. menyambung: "Wahai Tuhanku, setiap orang hamba Engkau mengucapkan ucapan ini (sama dengan mereka)."

Allah SWT masih juga berfirman: "Ucapkan La ilaaha illallaah."

Nabi Musa as. menyambung sabda: "(Wahai Tuhanku) sungguhnya aku inginkan suatu ucapan yang di khususkan bagiku."

"Mendengar demikian Allah SWT pun menjawab: "Wahai Musa, seandainya langit langit yang tujuh dan bumi yang tujuh (lapis) diletakkan pada suatu daun neraca (timbangan) dan kalimah La ilaaha illallaah di letakkan pada suatu daun neraca, akan berat lagilah La ilaaha illallaah."

(HR An-Nasa'i, Ibnu Hibban dan Al-Hakim: Shahih)

Dalam hadis lain Ibnu Abbas ra.meriwayatkan Baginda Saw bersabda: "Demi yang diriku ditanganNya, jika segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa yang ada diantaranya dan apa apa yang ada dibawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La ilaaha illallaah di sebelah yang lain maka dacing kalimah itulah lebih berat."


Menyebut kalimah La ilaaha illallaah juga adalah untuk memperbaharui iman kita setiap masa

Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.