Sunday, August 11, 2013

Novel Islami~

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum. Apa khabar iman? Sebelum menulis dengan lebih panjang nak kongsi sedikit satu mesej pemuda ni dari LINE saya. Insyaallah bermanfaat :)

"Moshe Dayan, seorang penulis yahudi pernah menggariskan tiga kelemahan utama umat Islam dalam satu artikelnya.. Pertama : umat Islam tak pernah belajar dari sejarah lampau. Kedua : umat Islam tak merancang dengan teliti. Ketiga : umat Islam terdiri daripada orang-orang yang malas membaca.. Sebaik sahaja artikel ini diterbitkan, ramai orang Yahudi marah kerana mereka berfikir orang Islam akan mengubah kelemah-kelemahan ini selepas mereka tahu. .Namun apa yang dijawab  Moshe Dayan ? " Usah risau , orang-orang Islam takkan tau,Mereka bukannya baca pun " 

Jadi dari mesej di atas kita patut sedar,  betapa pentingnya aktiviti memblogging membaca ini. Tapi perlu juga pilih apa yang kita baca. Itulah yang akan membentuk minda kita nanti. Sungguh tak tipu :D   Tanpa melalut dengan lebih menjela,  di sini nak kongsi la sedikit tip-tips untuk memilih novel. Kenapa novel bukan buku motivasi? haha. Sebab kalau bagi saya novel mungkin semalaman boleh habis tapi buku motivasi tidak. Itu kelemahan diri sendiri  la.   Subhanallah. But the best book ever is the book of miracle s ; Al-Quran kan~

Ok. Pertama sekali.

Cover buku 

Sila lah jangan pilih buku yang menjadikan perempuan sebagai muka depan dia ya.  Lagi-lagi kalau tak menutup aurat dengan sempurna. Penulis memang kurang sensitif kalau begitu.   Kena ingat.   Sekecil-kecil perkara mungkin boleh menjadi sebesar-besar dosa.  Err.. Kan? Sebab bagi saya tak sesuai la. Nak menarik pembeli dengan rupa yang cantik watak yang entah wujud entah tak itu kah.  Legend~ Tapi kalau cover tu muslimah boleh la dipertimbang.  Tapi aku tetap tak kan beli,kalau orang hadiah tak pa la..haha .  Macam cover buku kat sebelah ni. Seseorang bagi. Saya ambil.  Mungkin guna cover ni nak bagitahu ni novel yang islamik. Memang pun ,  Sesiapa nak tahu cara lamaran yang berkesan dan islamik sila beli buku di sebelah. Hihi.  However, we can't judge a book by its cover right.

Ok, kedua.

Ending.

Digalakkan memilih novel pengakhiran yang sedih. Sad ending.  Tip ni dikongsi oleh kakak ipar saya. Saya rasa mungkin sebab dia tak nak adik dia ni baca novel yang menghidangkan keseronokan semata-mata. Perhaps. Dunia ni kan penuh pancaroba. Baiklah kita jangan teralu membina fantasi yang nampak bahagia senang lenang je kan.


Ok, last. Sebab menaip ni penat juga tahu. =P Senang lagi jadi vlog. Cakap je. Tapi sebab suara saya sangat comel tak boleh la menghasilkan video. Uhuk. Sila tahan kemualan itu ya.

Penulis.

Kenal penulis buku terlebih dahulu. Tapi tidak mengapa. Sebab tak kenal boleh taaruf. Penulis yang biasa nya saya pilih mestilah Habibur rahman el--shirazi, Hilal Asyraf, Ramlee Awang Mursyid, Aisyah Humairah dan Faisal Tehrani. Banyak info yang baru lah kalau baca buku-buku depa ni. Insyaallah.


Itu sahaja buat kali ni. Alhamdiulillah terhapdate juga blog ni. Tak terlambat kan nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri :) Syawal sebulan. Raya sebulan la. Jangan lupa puasa enam dan istiqamah tarbiah di madrasah Ramadhan wahai diri. Wasalam. Moga Allah redha.


Monday, July 29, 2013

Whatapps sis??

                                                 Dengan nama Allah ,Tuhan sekelian alam :)


**1 new whatapp message**
hmmm...panjangnye cik sue ni~
em..baca je la..
Allah
Allah
Allah..
Apa mesej nya??



Tersebut al-kisah...
Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api mahupun cahaya. Di pertengahan prjalanan, mereka terpijak batu-batu yang banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yg mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yg menggunakn baju untuk membawa batu-batu itu.
Ada juga yang  tak percaya dan tak mengutip apa-apa.

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskn batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula mnghampiri di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu itu adalah betul-betul emas dan berlian. Maka ramai yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.

Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yang amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.

1. Paling menyesal ialah yg tak percaya langsung. Tidak ada langsung emas berlian yang dibawa walaupun mempunyai peluang.

2. Yang bawa sikit juga menyesal. "Kenapalah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"

3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari orang lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.

4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.

Begitulh gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yang terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halkum sudah terlambat.

Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal.
1. Yang soleh dan solehah mnyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi.

2. Yang kadang-kadang soleh, kadang-kadang perangai macam lagha lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.

3. Orang-orang kaffirlah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru pasal Islam, tapi pilih untuk  tak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya.

4.Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Murtad

Di hari perhitungan itu, diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 

'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin"

[32 :12]

Alhamdulillah.. Rasa bersyukur sangat-sangat sebab Allah sentiasa titipkan sahabat-sahabat yang sentiasa mengingati diri ini. :) Uhibbukifillah ya ukhti ~ Message whatapps yang paling bermakna ku kira.

Sunday, July 21, 2013

Tiga Fasa !

                  Bismillah. Alhamdulillah hari ni tergerak juga nk mengupdate blog. Bukan ape.. takot apa yang ditulis tiada manfaat dan merapu kalau tidak difikir dahulu.Tak nak la kongsi saham korang baca benda tak bermanfaat kan.. Insyaallah tergerak hati untuk menulis tentang fasa Ramadhan bila salah seorang sahabat tweet pasal benda ni. Dah lama dah cuma baru tergerak untuk menulis. Hah. Satu perjalanan juga nak menaip ni tau. Macam mana??

Alkisah.. Malam itu ummi panggil untuk duduk membaca taklim sepertimana selalu .Tapi sedikit lain lah kerana hanya tinggal saya sahaja walaupun adik beradik ramai. Hihi.. Berkepit dengan ummi. Best jugak. Walid di luar. Ummi pon memulakan taklim. Kitabnya "Fadhilat Ramadhan" oleh Syaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya rah. :)

Ini lah bukunya.. Tepi tu Quran digital ummi yang saya buat hak milik saya :P


Dipetik dari kitab Ruhul-Bayan,sambungan satu hadis..(riwayat Ibnu U'mar..) Wallahua'lam.. Boleh cek balik kitab tu.Ni dari buku Fadhilat Ramadhan tu..

"Setelah memberitahu kelebihan memberi orang makan untuk berbuka puasa, Nabi saw telah bersabda "Bahagian nikmat Allah swt akan mencurah-curah dan rahmat ini adalah umum kepada semua orang Islam. Selepas itu sesiapa yang bersyukur atas nikmat-nikmat itu maka untuknya rahmat akan ditambah. Lainsyakartum laazidannakum. "Jika kamu bersyukur nescaya akan Aku tambah nikmatKu padamu"(tolong sebut biar betul ya or please refer your Quran). Bermula daripada bahagian pertengahan pengampunan akan diberikan. Ini adalah kerana sebahagian puasa telah berlalu  maka balasan dan penghargaan nya dimulakan dengan pengampunan. Bahagian terakhir adalah kelepasan sepenuhnya dari api neraka. "

Dalam buku fadhilat ni penulis berpendapat, perbezaan antara bahagian-bahagian rahmat ,keampunan dan kelepasan dari api neraka adalah kerana manusia juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

1)Manusia yang tidak mempunyai apa-apa beban dosa. ( Sejak awal Ramadhan lagi hujan rahmat dan nikmat mencurah-curah atas mereka.

2) Pendosa-pendosa kecil. (Setelah berpuasa beberapa lama, berkat dan balasan puasa itu adalah pengampunan dosa mereka)

3)Mereka yang mempunyai banyak dosa. (Setelah kebanyakan hari berpuasa,barulah mereka dilepaskan dari api neraka.


Wallahua'lam. Its Ramadhan :) Be a grateful muslim . No, lets be grateful mukminin wa mukminat :D Stop complaining about your food. Phase two loading. May Allah forgive us all.

Wednesday, July 10, 2013

Tears For Ramadhan..

Once a year
Alhamdulillah this year
Differ
Begin with tears
For small things
Maybe big
or I have been so sensitive
Here,
Try to be steadfast
And here smiling
Laughing :)

I LOVE U RAMADHAN !



Almost breaking into tears again after had read on what the picture try to delivered.

Its the fasting month,time to learn to be humble and get off of our high horses.

Time to move on
Hope on Allah's reward
Ramadhan Kareem
Time to pray
Harder !

I am very sorry to you peoples. And feel really sorry to myself for being judgemental. Indeed, the best judgement only come from ALLAH.